Pagi ni aku terbaca pasal luahan hati seorang guru yang stress dengan Group WhatsApp parents. Ibu bapa sekarang memang anggap cikgu tu macam pengasuh ke? Hal remeh temah pun nak tanya dalam WhatsApp group. Benda kecik pun sebok nak mintak tolong cikgu. Sorang cikgu bukan ade 2 3 orang student jer, diorang ade berpuluh student. Kalau setiap student ade mak pak yang banyak songeh, maunya tak stress cikgu tu…
Ade kes bila botol air anak hilang pun sebok WhatsApp cikgu tolong carikan. Baju anak kotor pun WhatsApp cikgu tanya kenapa. Buku terkoyak pun WhatsApp cikgu tanya… Lagi teruk ade yang tanya, hari ni anak ade homework tak? Ayooo… Tanya la anak masing-masing. Suruh la anak cari sendiri barang die yang hilang tu. Cikgu banyak benda lagi nak kena fikir.
WhatsApp group tu bertujuan untuk pihak sekolah maklumkan aktiviti sekolah supaya segala informasi dapat disampaikan secara terus dengan segera kepada parents. Bukan untuk parents tanya itu ini pasal anak. Bukan tak boleh tanya tapi berpada-pada. Contohnya kalau anak lebam kena pukul, haaa boleh la terus call tanya cikgu apa jadi. Benda yang remeh temeh jangan nak libatkan cikgu.
Satu hal lagi, bila ada program kat sekolah contohnya majlis hari guru dan si anak kena buat persembahan. Parents pulak sebok dok mintak gambar anak buat persembahan. Tak ke rasa menyusahkan cikgu pulak nak ambikkan gambar anak ko. “Elehhh… ambik gambar jer pun… bukannya susah…” Memang la, tapi kalau dah 40 orang parents sebok suruh ambik gambar anak die… Ko rasa tak menyusahkan ke? Dah tu lagi teruk bila dah bagi gambar siap komplen pulak. Suruh ambik gambar dekat sikit la, fokus kat anak la, gambar kelabu laa…
Sebab isu macam ni la tadika Akiff tak creat Group WhatsApp untuk parents sejak dulu lagi. Apa-apa info akan di hantar secara personal kepada parents masing-masing. Parents pun kalau ada benda nak tanya boleh call jer terus. Bila sistem komunikasi jadi terlalu mudah, benda remeh temeh pun nak tanya.
Okeh… Aku nak kongsi sikit pesanan untuk ibu bapa apabila berada dalam Group WhatsApp sekolah:
– Sentiasa ingat yang group itu adalah milik sekolah untuk sampaikan informasi, bukan untuk parents bertanya perihal anak-anak
– Jika ada isu melibatkan anak, seeloknya PM direct kepada guru. Bukan di dalam group.
– Beri masa kepada guru untuk reply whatsapp. Jika urgent, call jer.
– Andai ada informasi yang diberikan. Baca dan silent jer. Tak perlu reply “noted” atau respon sebab nanti akan ter’spam’ group tu dan info hilang naik ke atas.
– Andai nampak ada perbualan dalam group WhatsApp, scroll dan baca dulu sebelum bertanya/menyampuk.
– Jangan sesekali share isu viral yang tiada kena mengena dengan sekolah. Ingat! Group itu utk sekolah share informasi.
– Jangan berniaga dalam group.
– Jangan left group
! Jemput baca perkongsian rakan blogger tentang penyakit kulit ekzema yang dihidapi oleh anaknya. Parents boleh jadikan panduan dan tips sekiranya anak mempunyai masalah yang sama.
YB SHEHAN says
cikgu.. hari sabtu ada kelas ganti tak?
azi says
Cikgu..esok sekolah tak?
saidila@kaklong says
1. dia rasa susah sebab dia rasa dia takder kepentingan
2. cikgu sebagai admin kena tegas dan beri undang2 pada ibubapa supaya respek ibubapa lain yang ada dalam group
rasa nak sambung lagi kat entry ……huhuhu
Isma says
Kalau xdpt tanya cikgu nk tanya siapa lg di sek..kerani sek selalunya xmembantu. Ibubapa yg dikurniakan anak yg cerdas xde masalah tp bagaimana kl anak yg slow..selalu ketinggalan maklumat. Sbnrnya xnak tp terpaksa juga tanya cikgu. Kpd cikgu2 yg telah membantu terima kasih dan kpd yg lain2 perlu juga memahami keadaan ini.