Tengok gambar memang mengiurkan. Boleh dikatakan tiap hari gambar black pancake nutella ni berlegar-legar kat timeline facebook aku. Mulanya ternampak tu aku buat tak tahu jer, tapi lama-lama ter klik jugak akhirnya… Dah ter klik tu, tangan ter gatal ter send gambar tu kat Miss Permaisuri. Dan lepas tu die pun ter ingin nak rasa. Nampak tak macam mana peranan iklan melalui facebook ni? Huh…
Keinginan nak mendapatkan pancake nutella ni lagi menjadi lepas ade kenalan yang dah cuba dan dia kata sedap. Itu yang aku trus chek cawangan mana yang terdekat dan ada satu kat Bandar Baru Bangi. Mulanya aku ingatkan diorang ni bukak kedai, rupanya booth jer kat celah bangunan antara Restoran Miyagi dan Restoran Kelisa. Tapi menarik gak tempat makan situ sebab banyak booth lain yang ada, dah macam street food. Macam-macam makanan best ada kat situ, Pisang Cheese Jakarta yang famous tu pun ada tapi aku tak beli pun sebab ramai sangat orang.Dekat setengah jam jugak aku tunggu baru pancake aku siap. Dengar kata kat cawangan lain ada yang kena tunggu sejam lebih baru dapat. Fuhh memang ramai jugak orang tergilakan pancake ni walaupun harga mencekik. Giler kow sebijik pancake nutella ni berharga RM30! Kalau Nutella tambah cheese extra RM5 lagi. Hohoho… Hipster sangat aih harga pancake ni.Excited bila dah dapat pancake ni. Siap boh dalam kotak macam pizza tu. Patut la mahal kan, kotak ni jer dah berapa harga dia. Aku tapow bawak balik makan kat rumah sebab dak Akiff dengan Azif dok mentido dalam keter. Diorang tak tahu pun aku beli mendalah ni, kalau tahu kompom dalam keter lagi diorang nak.Perghhhh… Memang tak kedekut Nutella. Untuk chocolate lover rasanya korang mesti akan suka. Tak sabar nak balik makan kat rumah. Dah sampai rumah baru aku tunjuk kat Akiff dengan Azif.Waaaaa… semua teruja termasuk abah dia. Hahaha… Paling suka ofcoz dak Akiff sebab dia memang hantu coklat. Dak Azif kureng sikit benda-benda manis ni, die lebih kepada nak menyebok dan makan main-main jer. Sebab tu sebelum makan kena bukak baju seluar dia dulu sebab kalau tak nanti habis kotor baju. Walaupun dah sejuk, tapi rangup kat tepi-tepi tu masih kekal. Kalau korang tanya aku memang sedap ke? Aku akan jawab “Kalau roti canai letak Nutella pun aku cakap sedap sebab aku memang sukakan coklat lebih-lebih lagi Nutella…” Hahaha.. Tapi rasa memang sedap dan aku suka, cuma tak boleh nak makan banyak sebab muak. Kitorang makan berempat pun tak habis seketul ni… Ade baki 2 slice lagi yang dah pun aku habiskan…Cuma aku kurang suka part kat tengah tu sebab agak tebal daaannnn rasanya sama macam apam balik yang letak nutella. Tapi lain pulak dengan Akiff sebab dia suka yang tengah dari yang tepi, sebab kat tengah tu lembut. So, faham sendiri jer la kan yang manusia ni ada pelbagai citarasa, kalau aku cakap sedap belum tentu lagi sedap di tekak orang lain kannn… Tapi kalau korang tanya aku berbaloi ke tak? Jujur cakap aku rasa harga Pancake Nutella ni mahal, lebih mahal dari harga sebijik pizza. Sekali sekala makan rasanya ok jer… Kalau tanya aku nak beli lagi ke tak lepas ni? Jujur cakap aku tak beli dah kowt tapi kalau ade yang nak belanja aku nak jer… wakaka…
So, kalau korang nak rasa sendiri pancake special ni boleh la pergi kat Bandar Baru Bangi atau cawangan lain di Wangsa Maju dan Shah Alam. Boleh ushar detail lokasi di facebook Ahmad Lim Black Pancake.
Mahamahu says
sedapnya dah lama mencari ni nak cuba juga bro. Kat cawangan lain ada ker?
Admin says
Ade kat Wangsa Maju dengan Shah Alam… Haa try la bro… Nak tahu pendapat sifu food blogger lak… kehkehkeh
Bahrain says
Dah makan pancake ni rasa sedap n manis sangat. hahah sekali seumur je kot rasa packace ni.
yanieyusuf says
sedapnya tengok.. teringin pulak nak merasa nya..
Mama Kembar 3 says
Sedapnya! Sekali sekala makan ok lah harga tu, Nutella mmg mahal pun kan
Mustaffa bin Yasin says
wow.. nampak sedap jer.. manis
CIKZACOM says
Haritu teringin sangat..nt nak coba walaupun rege die ermmm boleh dapat 15 set apam balik.. but sbb nutella cikza nak gak p cuba
atul says
Saya dah g try smlm..mkn ngn mee cincai ngn air sweet corn bgai..harga mmg tak berbaloi lgsg..baik sy g mkn kfc leh dpt 7x snack plate..menyesal..cream cheese rasa sbijik mcam yg sy topping utk buat kek, pancake mcm apam balik biasa je..
Lia says
Betul x berbaloi lgsung..pancake apam balik je..hrga rm40.bihun dia mahai naw2.klu letak kaki ayam rm10,bebola daging rm13..air pun mahal..ingt kan special sgt lh milo kaw2 nya dgn hrga rm6..rupanya milo biasa ja..mcm kita beli kt pasar mlm..cwn pun cwn pasar mlm..total sy mkn ri tu rm79.p pancake,2 bihun,2 air..baik mkn pizza..
Che Ton says
Memang bodoh Ahmad Lim Pancake nak kaya cepat hanat
adianiez AIDA says
Landed here bila google pasal harga pancake ni. Tak pernah gi lagi. Ada je kat Melaka Raya tu. Mahal ekk? Now 2018 mesti dah lebih mahal dari rm30. Yes. Aida prefer spend duit utk dominos pizza la. Dari beli “apam balik” ni ha ha ha…
Dhessita says
Lagi sedap pancake macam ni dekat kedai tetangga kita hartamas shopping center, harga 15 rm untuk cheese, nutella 25 rm saje, Rasa pun lagi sedap, harga pun tak mencekik macam Ahmad Lim. 42 rm just for apam balik biasa, lagi kenyang makan sukiya all you can eat