Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Tips tabung 5 ringgit bawa hasil lumayan

January 3, 2017 by Admin 20 Comments

Spread the love

Awal tahun lepas aku ada terbaca perkongsian kat facebook pasal tabung 5 ringgit. Nampak menarik dan aku pun follow tips tabung RM5 tu… Tipsnya simple sangat iaitu haramkan penggunaan duit hijau tu dalam kehidupan. Kalau dapat jer terus letak tepi, anggap jer duit tu tak laku pastu simpan kat tempat khas atau tabung.Aku start menabung duit RM5 awal tahun lepas, tapi dah habis guna masa raya hari tu. Serius memang sangat membantu bila musim perayaan.

Tapi lepas tu aku masih teruskan dengan tabung RM5 sampai hari ni dan semalam aku chek nilai yang terkumpul hampir mencecah seribu ringgit. Hohoho… Banyak woo… Sedar tak sedar jer dah ade banyak tu. Ni collection aku sorang jer tau. Tak termasuk yang Miss Permaisuri punya sebab dia pun ada buat tabung RM5 dia sendiri.

Aku plan nak gunakan duit tu untuk percutian luar negara kitorang hujung tahun ni. Lokasi tak tahu lagi tapi dok berangan nak main salji. Hehehe… So untuk menampung budget winter trip ni, aku creat satu lagi tabung iaitu tabung RM20. Mana-mana duit oren yang tersesat masuk dalam tangan aku akan diketepikan dan dimasukkan dalam tabung.

Korang pun aku syorkan buat tabungan macam ni. Mula-mula memang terasa macam cepatnya duit keluar tapi lama-kelamaan korang akan terbiasa. Cuma kena betul-betul disiplin dan komitmen untuk menabung cara ni. Seeloknya set kan goal untuk apa tabung tu akan digunakan. Korang akan lebih fokus kalau dah ada tujuan yang jelas.

Loading

Filed Under: Family, Parenting, Personal, Tips Tagged With: Parenting, Personal, Tips

« Bangi Wonderland menarik ke tak?
Akiff mula jalani latihan badminton seawal usia 6 tahun. »

Comments

  1. Sohoque says

    January 3, 2017 at 2:01 pm

    Fuuuh bestnya pi winter trip…

    Tabung tu kalau buat tabung rm50 mesti lebih cepat terkumpul kan…?

    Reply
  2. Lea Azleeya says

    January 3, 2017 at 2:06 pm

    Terbaikkkk.. Memang jiwa kental.. Lea buat juga tapi sekerat jalan.. Hahaha.. JIwa tak kental lagik..

    Reply
  3. Fieza Sani says

    January 3, 2017 at 2:26 pm

    wahh..boleh try ni..tapi kena kental..kang time tak de duit, korek pulak..hehe

    Reply
  4. julia says

    January 3, 2017 at 4:17 pm

    saya punya baru ade 400++ hehehe

    Reply
  5. umminani says

    January 3, 2017 at 4:29 pm

    bagus, tabung hijau dan oren.. 2 warna penarik untuk duit berkembang. keep it up.

    Reply
  6. Fiza Rahman says

    January 3, 2017 at 5:01 pm

    Tahniah. Ada buat jugak. Tapi hati tak kental sebab asyik pakai jer. Last2 habis

    Reply
  7. Azwan says

    January 3, 2017 at 8:30 pm

    Tahniah. Saya pun menabung note hijau. Memang seronok. Nasihat saya, jangan selalu check berapa dah kumpul. Biarkan je, hujung tahun baru tengok. Kalau dah tengok banyak tu mula gatal tangan.

    Reply
  8. Azni says

    January 3, 2017 at 8:54 pm

    Hehe azni dah 3rd round . Round 1 beli kamera fuji, round 2 airfryer. Round 3 takder target apa2. Mmg best dpt saving mcm ni. Kipidap

    Reply
  9. Anuar says

    January 4, 2017 at 8:34 am

    Walaupun RM5… Tapi kalau dikumpul-kumpul lama-lama jadi bukit jugak kan?
    Tahniah..

    Reply
  10. ekjozbuluh says

    January 4, 2017 at 10:02 am

    Menarik. Inshaa Allah nak cuba lagi tabung hijau ni. Pernah cuba, 3 bulan korek semula. Cukup beli tubing CVL anak. Bab tabung oren tu, bayangkan withdraw duit, keluar semua oren. wakaka.

    Reply
  11. JULIA JOHARI says

    January 5, 2017 at 7:24 am

    Cayalah husband and wife turut sama buat tabung hijau dan oren mcm ni…terbaikkk…mcm julia jenis suka simpan sedebuk dlm akaun tetap…takkan sentuh jika nak melancong dan kecemasan je guna…sebenarnya impian nak beli rumah low cost dgn duit tu…huhhh harap2 dpt lah capai.

    Reply
  12. Ciklashahril says

    January 5, 2017 at 9:48 am

    Salam….

    Sekarang ni Cikla buat tabungan syiling. Mmg balance syiling yg digunakan Cikla masuk dlm tabung. Hujung bln lepas Cikla tukar separuh je, dah rm100. Itupun masih byk lg dlm tabung…

    Lepas ni nk try simpan rm5 pulak lah…

    Btw, nice tips.. Salam kenal…

    Reply
  13. mas saari says

    January 6, 2017 at 8:37 am

    thn lps buat tabung biru, segala duit biru diharamkan guna. byk jugak dpt kumpul, lepaslah pi bercuti dan guna utk persekolahan anak². tahun ni baru start tabung hijau + biru pulak.

    memang seronok menabung camni bila tgk hasilnya!

    Reply
  14. YB Shehan says

    January 6, 2017 at 9:31 am

    good good. jom la winter triup. ehhh.. x move on lagi. hahahaha

    Reply
  15. Suria Amanda says

    January 6, 2017 at 4:02 pm

    Winter?
    Korea Kah? hehehehe…SA dulu kumpul gak tapi setengah tahun je..kali ni nak buat balik..seminggu RM20..

    Reply
  16. Daus Redscarz says

    January 6, 2017 at 10:13 pm

    Bagus tips ni.. boleh tiru nanti..

    Reply
  17. Ezad skytech says

    January 6, 2017 at 10:56 pm

    Nak buat tabung ikut kaler duit ni jiwa nak kena kental…dapat duit terus simpan…jangan usik sampai capai target…kalau usik juga…DENDA diri sendiri supaya bayar double…dan jangan kira sampai hari target…kalau kira setiap bulan…takut habis digunakan…kan ? hehe

    Reply
  18. Mama Kembar 3 says

    January 7, 2017 at 9:12 am

    Opismate akak pun buat tabung RM5 ni. Rasa macam nak start jugak lah

    Reply
  19. titan says

    January 10, 2017 at 12:32 am

    ya.

    menyimpanlah.

    sikit-sikit, jadi gunung daik bercabang tiga.

    Reply
  20. Deplee Lee says

    February 25, 2017 at 11:58 am

    Saya dah Start ikut tips ni simpan wang kertas Rm 20 dan Rm 5 dari awal tahun ini lagi…skrg dah masuk 2 bulan menyimpan…mmg seronok dan berkesan duit kertas dgn tips ini…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative