Seronoknya tengok kengkawan pergi bercuti sampai ke luar negara. Huhuhu… Aku mampu kat dalam negara jer dulu. Belum ada rezeki lagi nak bawak family becuti ke luar negara. Kalau pergi sendiri tu boleh jer tapi kesian diorang gak sebab nak jugak merasa bercuti luar negara kannn… Faham-faham jer la kalau nak bercuti keluar negara ni, budget bukan sikit lebih-lebih lagi kalau dengan family dan ada anak kecik pulak macam aku ni. Banyak benda kena fikirkan.
Takpe, kite layan jer dulu tempat-tempat percutian menarik yang ada di Malaysia ni. Selalu kalau bab bercuti ni biasanya aku yang akan uruskan dari segi hotel. Sebab Miss Permaisuri kalau aku suruh dia carikan hotel biasanya dia tak tengok budget, die tengok yang mana best jer. Hahaha… So, aku lagi suka survey sendiri sebab aku lebih bijak bab-bab berjimat ni berbanding Miss Permaisuri. Wakaka… Ehh btul ok, tak tipu.
Hotel antara perkara penting setiap kali aku bercuti. Sebabnya tinggal di hotel tu sendiri pun aku anggap sebagai tempat percutian, bukan sekadar tempat bermalam. Sebab tu aku suka survey dan baca review berkenaan hotel sebelum decide untuk booking. Ni aku kongsikan antara hotel yang paling best pernah aku dan family stay. (klik nama hotel di bawah gambar untuk baca review)
Biasanya korang prefer booking online atau call direct hotel jer? Aku suke survey semua. Online aku buat, call direct hotel pun aku buat. Tapi biasanya online dulu aku buat, dah dapat best price baru aku call hotel. Kalau hotel bagi rate lagi murah boleh terus booking jer tapi kalau rate hotel mahal boleh proceed dengan online booking tu.
Ni salah satu pengalaman aku booking bilik hotel di Arenaa Batik Boutique Hotel, Kuantan. Korang boleh baca balik review pasal hotel tu yang aku dah buat. Mulanya aku survey online tapi biasanya aku compare rate dari beberapa web tapi pilihan aku biasanya agoda dengan booking.com. Rate dari booking.com aku dapat RM137.95 jer tapi kalau direct dengan hotel RM180.00… Fuhhh banyak beza tuuu…
Itu sebab bagi aku sangat penting untuk survey dulu harga hotel. Kekadang booking online mahal tapi direct hotel pulak murah. Kekadang web ini mahal, web itu murah. So, kunci untuk berjimat adalah survey. Tapi sekarang ni lebih mudah nak survey hotel dengan adanya website yang buat perbandingan harga antara laman web. Dah takyah susah-susah bukak beberapa website serentak untuk buat perbandingan harga.
Biasanya aku guna website HotelsCombined.com dan sekarang lebih mudah sebab boleh download jer Apps HotelsCombined kat smartphone. Lebih mudah, cepat dan praktikal. Okeh aku bagi contoh cara nak survey hotel penginapan melalui applikasi ni. Kebetulan pulak memang aku tengah survey hotel trip ke Hatyai bulan depan…
Senang kan, dah takyah nak bukak beberapa website sekali untuk compare harga. Sebab biasanya harga untuk bilik yang sama, hotel yang sama, tarikh yang sama adalah berbeza bagi setiap laman web…. Sebab tu kena rajin survey dan bandingkan. Tapi sekiranya harga booking direct dengan hotel lebih murah dari mana-mana laman web, HotelsCombined juga akan nyatakan ‘book with hotel’ supaya korang boleh contact terus dengan pihak hotel… Bijak tak???
PCL says
Tq Lan, hang memangbbijak. Aku terus download apps tu.. Aku pun plan nk pi bercuti n cari hotel best2 dan jimat. Ya kuncinta kena rajin survey. Bagus apps HotelsCombined ni.
Anuar says
Biasanya booking Hotel secara online lebih murah berbanding booking secara terus..
Tapi ada masanya booking secara terus di kaunter lebih murah berbanding secara online..
Explorasa says
Yup. Best guna apps ni. Jimat masa…
umminani says
boleh try nnt ..murah lagi jimat
Ben Ashaari says
Nk try nnti… Sblm ni prefer direct ngan hotel jer.
shiqeen sattar says
menarik aplikasi ni…
LISAk says
First time tau apss nama ni. Menarik… boleh try kalau trun KL nti. Tp trusted kan? Sebab ada some apss ni kita dh byr , smpai masa nti blik tkde pulak
Admin says
trusted.. dont worry sbb HotelsCombined ni juz platform utk bandingkan harga jer… bila booking die akan bg website asal gak… contohnya agoda ke… trivago ke… etc
YB Shehan says
ok. boleh la lan mula balik buat projek hotel hipster kn? sng nak cari. eheheh
Perawat Islam says
Assalamualaikum tuan,
Sebagai seorang perawat Islam yang kadang-kadang pernah diminta oleh pesakit datang ke tempat mereka, aplikasi untuk mencari hotel yang murah ni penting sebenarnya.
Terima kasih kerana kongsikan artikel ni. Lepas baca artikel tuan ni baru tahu tentang M Boutique Hotel dan Ipoh Bali hotel. Sedangkan saya orang Ipoh 🙂
nur says
Nk tanya..kalau bilik tu tulis standrd room.ada dua katil kings.2 dewasa 2 kanak2..bolehke kita masuk dewasa 4 orang.mksudnya masuk lbih dr yg dtetapkan