Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Seronok belajar berenang dengan Swimrush.

February 23, 2017 by Admin 6 Comments

Spread the love

Dah lama berangan nak belajar berenang cara yang betul… Setakat nak berenang style sendiri tu boleh lagi, bergerak la jugak walaupun tak jauh… Tapi kalau suruh aku terjun kat laut dalam memang tak ler… Belum yakin lagi dengan teknik renangan yang aku belajar sendiri tu… Baru-baru ni aku bersama rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang belajar berenang bersama tenaga pengajar bertauliah dari Swimrush Swimmming Academy… Aku dengan Akiff jadi orang pertama sampai kat lokasi, giler excited nak belajar berenang… Akiff muka cuak sebab tengok kolam dalam… Die ingat datang nak main-main agaknya… huh

3 jam berendam dalam kolam dan belajar teknik renangan yang betul, serius banyak sangat benda baru yang aku dapat. Selama ni bila menyelam aku hanya tahu perlu tahan nafas jer. Sebenarnya bila berada dalam air bukan sekadar tahan nafas, tapi perlu ‘bernafas’ dengan cara yang betul. ‘Bernafas’ dalam air atau teknik bubble ni adalah untuk pastikan kita boleh bertahan lebih lama dalam air dan dapat menghirup udara dengan segera apabila timbul dipermukaan.

Kemudian diajar juga cara untuk apungkan diri dalam air. Ada 2 cara apungan, ada yang terapung secara terlentang atau terbaring dan ada cara apungan seperti sedang meniarap atas air. Fuhhh susah jugak sebenarnya tapi kitorang semua boleh buat. Bangga rasanya… Bukan terapung jer kena belajar, untuk tenggelam dan duduk kat dasar kolam pun diajar jugak… Masalah kitorang ade yang boleh terapung tapi tak boleh tenggelam, ade yang boleh tenggelam tapi tak boleh terapung… Hahaha… Macam-macam tapi memang enjoy kelas renang ni…

Ada lagi beberapa asas dan teknik renangan yang diajar dan alhamdulillah cara penerangan dan praktikal yang ditunjukkan sangat mudah diterima… Trainer sangat frendly dan die akan pantau one to one dengan peserta untuk pastikan peserta dapat terima apa yang diajar sebelum proceed kepada next step.

Selain teknik asas berenang, kami jugak didedahkan dengan latihan water confidence seperti backfloat. Benda ni penting bukan sekadar untuk kemahiran berenang tapi juga untuk survival contohnya bile kita penat berenang dan kita nak berehat atau regain energy so kita backfloat dari swimming possition untuk relax dan biarkan diri terapung. Untuk aktiviti water confident, kami diminta untuk menyelam dan mengawal badan supaya mampu mencecah lebih dalam tanpa rasa takut.

Sebelum ni aku hanya tahu tahan nafas jer dalam air… Rupanya cara yg betul adalah ‘bernafas’ dlm air… Ni adalah aktiviti Water confidence… Serius byk yg aku belajar smlm dlm Swimming Class Bersama Swimrush… . . #SwimRushKBBA #SwimRush #SwimRushKL #SwimFearless #Swim4kids #Swim4ladies #Swim4adult #KelasRenang #KelasRenangMuslimah #Moonaz #MoonazSwimmingAttire #KBBA9 #LanCarenoDotCom

A post shared by Lan Careno www.lancareno.com (@lan_careno) on Feb 18, 2017 at 9:40pm PST

Hari tu bukan aku jer yang ambik kelas renang, Akiff pun terlibat jugak dengan trainer berasingan. Cara latihan orang dewasa dan bebudak tak sama, pendekatan yang digunakan pun tak sama. Aku tengok pada permulaannya diorang kena gunakan psycology untuk yakinkan bebudak yang takut. Untuk Akiff yang tak tahu langsung berenang memang la akan takut bila tengok kedalaman kolam tu. Tapi bangga rasanya bila tengok Akiff berani cuba dan dapat follow apa yang diajar.

A post shared by Lan Careno www.lancareno.com (@lan_careno) on Feb 17, 2017 at 6:08pm PST

Aku syorkan korang pun patut hantar anak-anak belajar berenang. Bukan untuk diorang jadi perenang tapi sebagai ilmu kemahiran hidup yang mungkin diperlukan suatu hari nanti. Skill berenang ni bukan boleh datang secara semulajadi. Kena belajar baru tahu. At lease bile bawak diorang mandi manda kat theme park, takde la risau sangat sebab dah tahu anak kite pandai berenang kannn… Okeh meh aku share gambar-gambar sesi kelas renang kitorang hari tu…

Mahal ke yuran untuk belajar berenang?
Swimrush Swimming Academy ada menyediakan dua pakej iaitu secara personal atau berkumpulan. Korang boleh refer banner kat bawah ni.

Lokasi untuk kelas renang adalah flexible ikut keselesaan korang. Kalau korang tinggal kat condo yang ada pool, boleh buat kat pool korang jer. Takyah susah-susah datang jejauh. Ajak la anak-anak jiran sekali dan share yuran sama-sama untuk private class. Kalau cukup 5 orang dah dikira Group Class dan yuran bulanan hanya RM130 seorang. Waktu dan hari korang yang tetapkan sendiri ikut keselesaan sama ada nak weekdays atau weekend.

Tapi kalau takde geng dan nak datang kat tempat diorang kat Taman Kosas, Ampang pun boleh jer. Setiap hari ahad jam 9 pagi untuk kanak-kanak dan pukul 10 pagi untuk dewasa. Tenaga pengajar tak perlu risau sebab diorang ada tenaga pengajar lelaki atau wanita. Kalau nak buat kelas renang khas untuk muslimah pun boleh jer. Bila dah habis semua sesi nanti korang akan diberikan sijil sebagai bukti korang pernah mengikuti kelas renang bersama Swimrush Swimming Academy.

Keperluan apa yang perlu ada untuk mengikuti kelas renang?
Hanya perlukan pakaian renang yang bersesuaian dan goggle. Kalau nak dapatkan keperluan renang yang murah korang boleh beli melalui Moonaz Swimming Attire secara online atau boleh datang kat booth jualan diorang. Maklumat lanjut boleh contact 011-3234 4575 atau 012-3937875.

Terima kasih Swimrush Swimming Academy yang memberi peluang kepada kami untuk belajar berenang dan terima kasih juga Moonaz Swimming Attire yang menyediakan kelengkapan dan keperluan latihan renang pada hari tu.

Swimrush Swimming Academy
Website: www.swimrush.wordpress.com
Facebook: SwimRush
Instagram: @swim.rush

Moonaz Swimming Attire
Website: www.moonaz.com.my
Facebook: Moonaz Swimming Attire
Instagram: @moonaz.swimming.attire

Filed Under: Advertorial, Blogger, Event, Parenting, Review, Servis Tagged With: advertorial, blogger event, Kelab Blogger Ben Ashaari, Parenting, review

« Tips berjimat… Booking hotel online atau direct dengan hotel?
Apa yang korang perlu tahu bila mencari hartanah sewa yang menguntungkan? »

Comments

  1. YB Shehan says

    February 23, 2017 at 10:42 am

    Mmg tbaik lah.. sy masihfobia air.. tu x berani cuba lg. Hahahaha

    Reply
  2. rajee says

    February 23, 2017 at 10:44 am

    Nak repeat lagi plissss, hahahaha

    Reply
  3. Mama Kembar 3 says

    February 23, 2017 at 10:46 am

    Akak ler tu yg bila dah boleh backfloat, tak reti nak tenggelam balik, sampai cikgu tanya sampai bila nak backfloat tu? Hahahhaha

    Reply
  4. umminani says

    February 23, 2017 at 10:56 am

    kita set lain masa nanti k. nak booking instructor

    Reply
  5. mas saari says

    February 23, 2017 at 12:18 pm

    Wahhh bestnya dapat belajar teknik beranang yang betul, anak² pun seronok!

    Reply
  6. Daus Redscarz says

    February 28, 2017 at 9:42 am

    BEstnya berendam…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Susahnya nak jadi Youtuber.. Baik jadi Blogger lagi senang.
  • Siap dah pasang pintu kitchen cabinet yang aku tempah dengan tukang kayu pallet.
  • Settle beli semua keperluan sekolah Akiff di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • Review Film : Ejen Ali The Movie. Filem Animasi tempatan yang cukup membanggakan
  • Bila kerajaan wajibkan penggunaan Car Seat bermula tahun 2020
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2019 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative