Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

GT Mobile model GT-888 smartphone terbaru bakal masuk pasaran Malaysia

February 17, 2017 by Admin 2 Comments

Spread the love

Apa perasaan ko bile dapat jadi yang terawal menggunakan smartphone yang masih belum ada kat pasaran Malaysia? Fuhhh… Mesti bangga dan terharu kann. Rasa macam nak gantung jer smartphone tu kat leher masa jenjalan. Hahaha… Over kan, tapi betul la sebab benda belum ada kat pasaran tapi aku dah jadi antara yang terawal memiliki smartphone ni. Gadget yang aku maksudkan ni adalah telefon terbaru jenama dari Singapore iaitu GT Mobile.

GT Mobile ni adalah salah satu produk keluaran GT Group yang telah pun berada di pasaran Singapura. Aku suka telefon ni sebab saiz yang memenuhi kehendak aku dan design pun menarik serta nampak exclusive dengan 2 warna pilihan iaitu metal gray dan silk white. Dari segi rekabentuk, GT-888 mempunyai ketebalan dan berat yang hampir sama dengan model smartphone berjenama popular lain. Phone ni bersaiz 5.5 inci dan berdefinisi tinggi (Full HD 1280 x 720 pixels). Jenis skrin pulak adalah dari jenis IPS OGS yang lebih nipis serta menggunakan Corning® Gorilla® Glass 3 yang lebih tahan lasak. Untuk spesifikasi penuh boleh tengok gambar bawah ni.

Aku percaya perkara pertama yang biasanya orang akan lihat tentang kualiti sesebuah smartphone adalah melalui kemampuan camera… Kamera belakang GT Mobile model GT-888 ini mempunyai resolusi 8MP tapi keupayaan camera boleh diset sehingga 13MP… Bagi kaki selfie, korang mesti suka sebab dengan bantuan flash hadapan dan kamera 5MP, gambar selfie semestinya memuaskan hati. Kat bawah ni adalah sample gambar yang diambil menggunakan GT Mobile model GT-888 dalam pelbagai situasi yang tidak di edit langsung, aku hanya masukkan watermark jer…

Mode biasa dalam keadaan terang…

Camera hadapan untuk selfie dalam keadaan terang…

Gambar close-up…

Gambar dalam keadaan low light menggunakan camera belakang…

Selfie dalam keadaan low light menggunakan camera hadapan tanpa flash…

Selfie dalam keadaan low light menggunakan camera hadapan dengan bantuan flash…

So far ok la kan sebab dalam keadaan low light kebanyakan smartphone memang tak dapat nak berikan hasil gambar yang terbaek… Satu masalah yang biasanya dihadapi adalah dari segi storage. Bagi GT-888 korang tak perlu risau lagi sebab walaupun storage yang dibekalkan adalah 16GB tapi applikasi tambahan binaan dalam sediaada untuk phone ni hanya ada dua jer iaitu GT Dollar dan GT Watch yang mana tidak memakan ruang storage. Dan bagusnya lagi sebab phone ni ada memory card slot. So, boleh la nak tambah lagi memory phone ikut keperluan korang.

Selain itu, ade beberapa lagi fungsi menarik yang terdapat pada GT-888 antaranya fungsi HotKnot yang membolehkan pertukaran data hanya dengan menyentuh device lain. Kemudian boleh jadualkan masa untuk phone auto on atau off… Kemudian ada bentuk-bentuk tertentu yang boleh di slide pada screen untuk membuka fungsi yang berbeza contohnya slide bentuk C untuk membuka camera dan slide bentuk V untuk membuka calculator.

GT-888 mempunyai 2 simkad slot yang boleh digunakan serentak. Dan satu lagi yang perlu korang tahu adalah phone ni boleh fast charging. Mampu untuk charge sehingga 35% hanya dalam tempoh 15 minit.

Secara keseluruhannya, aku enjoy menggunakan smartphone GT Mobile model GT-888 dan berpuas hati dengan spesifikasi yang disediakan melalui telefon ni. Kalau korang nak tahu lanjut tentang smartphone terbaru ni boleh layari www.gtmobile.sg

 

Filed Under: Advertorial, Gadget, Produk, Review, Technology Tagged With: advertorial, gadget, Produk, Produk review, review, smartphone, technology

« Tips tahan lama untuk kebahagiaan bersama…
Tips berjimat… Booking hotel online atau direct dengan hotel? »

Comments

  1. Mama Kembar 3 says

    February 21, 2017 at 8:11 am

    Lawa laa gambaq ambik guna GT Mobile ni. Menarik…menarik…

    Reply
  2. rajee says

    March 8, 2017 at 5:19 am

    Not bad lah performance gt ni…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Susahnya nak jadi Youtuber.. Baik jadi Blogger lagi senang.
  • Siap dah pasang pintu kitchen cabinet yang aku tempah dengan tukang kayu pallet.
  • Settle beli semua keperluan sekolah Akiff di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • Review Film : Ejen Ali The Movie. Filem Animasi tempatan yang cukup membanggakan
  • Bila kerajaan wajibkan penggunaan Car Seat bermula tahun 2020
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2019 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative