Aku jadi menantu orang Penang dah masuk 8 tahun, campur dengan tempoh bertunang 2 tahun kiranya 10 tahun dah jadi orang Penang. Dalam tempoh tu, port dating dan melepak aku dgn Miss Permaisuri biasanya kat shoping mall. Port feveret kitorang kat Queens Bay Mall. Tak pernah pun terfikir nak cari port tepi pantai sebab aku tak pernah rasa yang kampung mertua aku ni dekat dengan pantai.
Tapi baru-baru ni Miss Permaisuri ajak lepak dan makan Laksa Tempurung kat Pantai Ombak Damai, Gertak Sanggul. Hanya 15 minit jer dari rumah mertua aku dan aku baru tahu kewujudan tempat ni. Serously!!!Lawa giler wehh tempat ni. Tapi kenapa aku baru tahu… Walhal tak jauh pun dari rumah mertua. Miss Permaisuri cerita dulu-dulu ade la jugak datang area Gertak Sanggul ni sebab port mandi pantai kat situ pun nice gak. Huh… Ade rupenyer port mandi pantai kat Penang ni. Aku ingatkan pantai kat Penang ni tak sesuai untuk mandi manda. Grrr…
Gertak Sanggul ni terletak kat area Teluk Kumbar. Aku nak explain pun tak arif sangat tapi kalau korang nak waze boleh cuba la search sendiri. Lokasi yang kitorang pergi ni agak terpencil, dari tepi jalan memang tak nampak. Cuma kena alert la signboard Ombak Damai.
Menu special kat sini adalah Laksa Tempurung. Serius sedap! Aku memang peminat laksa dan laksa sini memang kena dengan anak tekak aku. Aku ada rasa char keow teaw gak kat sini tapi tak sedap sangat. Ada satu lagi menu special iaitu Pelam Goreng. Tapi sayang sebab aku tak dapat nak try hari tu sebab menu ni hanya ada setiap sabtu dan ahad jer. Macam menarik jer kan mangga goreng ni, aku tak pernah tahu pun mangga pun boleh digoreng.. Katanya kat sini pelam goreng pertama di Malaysia. Next time aku nak kena datang sini lagi untuk try.
Masa kitorang ke sini hari tu, tak sempat lepak lama sebab hujan lebat giler lepas kitorang sampai. So, tak banyak menu yang aku sempat try. Dan tak banyak gambar yang sempat aku ambik.
Bagi aku tempat ni berpotensi untuk jadi sebagai tempat tumpuan cuma mungkin kena pelbagaikan lagi menu yang ada. Aku tak pasti menu apa lagi yang ada tapi nampak macam tak banyak. Dan satu lagi, boleh masukkan juga konsep cafe hipster yang banyak menggunakan unsur terpakai sebagai dekorasi. Oh yaa… Satu lagi yang aku rasa owner cafe perlu buat adalah creat akaun media sosial. Aku cari tak jumpe pun. Huh…
Lambat pulak tunggu bulan depan nak balik kampung, nak bawak Akiff lepak sini dan main pantai kat sini. Tapi pantai sini bukan jenis pasir halus macam kat Pantai Cenang, Langkawi tu. Tapi ok la kalau setakat nak lepak menikmati alam kannn…
Tempat ni dibuka dari pukul 1.30 petang hingga 7 malam jer. Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat.
Update 24 Ogos 2018 : Laksa Tempurung Ombak Damai dah banyak perubahan sejak kali terakhir aku pergi. Boleh baca article yang aku dah kongsikan.
Bestnya dapat makan-makan dekat Penang…. Banyak makanan yang sedap-sedap… Cuma tak tahan nak cuti ke sana, sebab Jem…
biasala la lan.. kalau tempat paling dekat ngn rumah memang kita sendiri tak tau menariknya tempat tu ha… tapi serius memang cantik view sini. port makwe pakwe pun syok gak ni..heheee
tengok laksa dia memikat selera..penuh
Perghhhh….!!!
Dekat sangat dengan gigi air, tapi nampak menyelerakan la pulak
Laksa dia tu ha yg tertarik.
Perghhh terliur tengok laksa tu.
Tapi tak pernah pi Penang, memang kat sana dengarnya banyak tempat makan menarik!
aah x pernah dgr juga kewujudan laksa ini. wajib singgah ini.