Bermula pertama kali korang berniat untuk melabur dalam bidang hartanah hinggalah waktu korang beli hartanah untuk disewakan, korang tak perlu nak risau sangat. Pengalaman kali pertama beli rumah, mungkin korang akan rasa agak leceh dan menyusahkan. Tapi lama-kelamaan korang akan rasa memiliki hartanah tidak lah terlalu complicated sebenarnya tapi kena sentiasa beringat yang bidang hartanah ni mempunyai cabarannya sendiri. Kekadang penuh ujian yang mungkin akan memberikan kesan buruk sekiranya korang tersilap perancangan. Berikut adalah perkara yang perlu korang tahu semasa mencari hartanah yang ingin dijadikan aset sewa yang terbaik untuk dijadikan condo for rent in KL.
Sebelum korang dapatkan khidmat ejen hartanah, seeloknya cari sendiri dulu rumah yang korang nak tu. Sebabnya ejen mungkin akan push korang untuk beli rumah yang terdapat dalam list die sebelum betul-betul jumpa hartanah yang kita mahukan. Bagaimanapun, pastikan korang menggunakan pendekatan yang bijak untuk menilai sesebuah kejiranan yang di dalam budget korang.
Mencari Hartanah
Julat harga yang korang boleh laburkan bergantung kepada kerelaan meletakkan wang kepada hartanah tersebut. Faktor lain yang terlibat bila mencari hartanah sewa adalah:
- Kejiranan – Kualiti lokasi hartanah mempengaruhi jenis penyewa yang dimahukan dan tempoh kekosongan yang mungkin akan dihadapi.
- Sekolah – Bakal penyewa mungkin merancang untuk memulakan kehidupan berkeluarga, jadi diorang mesti mahukan rumah yang berdekatan dengan sekolah. Bila korang menemui hartanah berdekatan institusi pembelajaran, pastikan korang tahu mutu pendidikan yang ditawarkan di situ.
- Pasaran kerja – Lokasi dengan peluang pekerjaan yang banyak biasanya dapat menarik ramai penyewa. Korang tak perlu risau andai ada syarikat besar yang beroperasi berdekatan dengan rumah, sebab pastinya pekerja-pekerja akan membanjiri tempat itu. Bagaimanapun, jenis syarikat boleh mempengaruhi nilai hartanah sama ada baik atau buruk.
- Sewa – Memandangkan sewa akan menjadi punca pendapatan, korang perlu selidik kadar sewa purata di kawasan tersebut. Kalau dapati kadar purata tak dapat menampung kadar cukai dan gadai janji anda, Lebih elok teruskan mencari yang lain.
Dapatkan Maklumat Dalaman
Kena banyak borak dengan penduduk setempat atau mungkin boleh juga dapatkan info dari tuan rumah terdahulu dan juga jiran-jiran. Tapi kalau korang boleh dapatkan maklumat dari penyewa mungkin lebih baik sebab diorang akan bagi pendapat lebih jujur mengenai aspek negatif sesebuah rumah sebab diorang tak ada kepentingan. Kalau dah betul-betul berminat dengan hartanah itu, datang dan melawat sekali lagi rumah tersebut pada hari lain untuk selidik kehidupan bakal jiran supaya tak menimbulkan masalah dikemudian hari.
Periksa Sendiri Hartanah Itu
Jenis hartanah yang sesuai untuk permulaan adalah kediaman, kondominium dan kediaman keluarga. Kondo biasanya memerlukan penyelenggaraan yang rendah sebab biasanya kondo ada syarikat maintenance yang akan uruskan penyelenggaraan luaran, bermakna kita hanya perlu risaukan bahagian dalaman kediaman jer. Kondo bukan sebuah unit kediaman bebas, jadi kadarnya tak setinggi kediaman keluarga. Kediaman keluarga boleh menarik penyewa jangka panjang yang terdiri dari kalangan pasangan atau keluarga. Kerana biasanya diorang ini terdiri dari kalangan dewasa, kewangan diorang pun biasanya bagus dan tentunya tiada masalah dari segi bayaran sewa setiap bulan. Sebagai bakal pemilik rumah, korang perlu cari hartanah yang mampu menarik golongan yang macam ini.
Bila dah jumpa kawasan kejiranan yang boleh dijadikan pelaburan, cari hartanah yang baik dan mampu memberi pulangan. Bandingkan hartanah yang di luar kemampuan dengan yang berada dalam kemampuan kita., Tinjau senarai hartanah di kawasan itu dan tanya pembeli berkenaan harga akhir yang boleh kita dapat untuk mengetahui serba sedikirt berkenaan nilai pasaran kawasan itu.
Untuk potensi kenaikan, pertimbangkan juga kemungkinan menarik penyewa yang lebih baik ke hartanah dengan membuat beberapa ubahsuai. Ini juga akan membantu menaikkan nilai hartanah tu bila menjualnya nanti.
Dari sudut aliran tunai, korang cuma boleh bergantung harap dengan anggaran sahaja. Ambil kira kadar sewa purata di kejiranan itu dan tolak kadar bayaran gadai janji bulanan. Cukai hartanah yang di bahagi dua belas, elaun penyelenggaraan, dan insurans bulanan. Jangan ambil mudah kos penyelenggaraan sebaik sahaja selesai urusan pembelian. Kalau ada lebihan, hubungi ejen anda dan buat tawaran. Kalau semuanya ok dan berjalan lancar, maka jadilah korang sebagai pemilik rumah.
Kesimpulan
Bila korang jumpa hartanah yang korang idamkan, pastikan korang takde masalah dari segi kewangan dan pastikan juga jangkaan yang munasabah. Dengan cara ini hartanah itu pastinya akan memberikan pulangan setiap bulan. Pelaburan hartanah di Malaysia bukan bermula di saat kita membeli rumah, tetapi ia bermula sebaik sahaja kita meletakkan batu asas untuk status kewangan melalui hartanah sewa.
Azni says
Adui target nak cr 1 lg rmh sewa tak capai last year. Dok takut ngan keadaan ekonomi skrg. Camma nak bg semangat balik ni
Belajar Saham says
Terima kasih atas tips tuan. Tengah mencari rumah atau apartment untuk buat sewa.
Miera Hassan says
Thanks info ni.. Belum beli rumah lagi, tapi boleh jadikan panduan.. Mana tau rezeki..