Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Selesai sudah proses terminate astro

February 8, 2017 by Admin 82 Comments

Spread the love

12 tahun aku ditemani astro. Dah 3 jenis decoder aku pakai. Dari yang besar gedabak, kepada yang kecik dan tukar lagi kepada jenis yang boleh record punya. Dari remote biru yang selalu rosak tu, tukar kepada yang putih dan kemudian yang hitam. Dari piring astro yang kelabu tu kepada piring astro yang hitam. Dari bulanan yang kurang RM50 hingga lah bulanan mencecah RM180…

Akhirnya Februari 2017, aku nekad untuk tamatkan perkhidmatan astro. Alasan utama adalah sebab nak jimatkan perbelanjaan. Tapi dah banyak kes aku dengar dan baca, bukan mudah untuk terminate Astro sebab diorang ni akan sedaya upaya akan cuba kekalkan kite sebagai pelanggan Astro. Proses penamatan Astro ni simple jer sebenarnya tapi kekadang tu sajer customer service diorang nak susahkan proses sebab nak lengahkan proses terminate.Hari tu aku ada update status kat Facebook tanya pendapat rakan-rakan yang dah pernah terminate astro dan banyak jugak cerita yang aku baca. Dan proses yang diorang lalui pun berlainan. Ok takpe, ni aku cerita proses yang aku lalui dan mungkin korang boleh follow step ni untuk lebih mudah…

– Call Astro Customer Service (03-9543 3838)
– Mohon untuk semak baki akaun.
– Kemudian dapatkan 3 info ni iaitu baki semasa yang perlu dijelaskan, tarikh bil seterusnya akan dikeluarkan dan status hubungan korang dengan Astro sama ada masih dalam kontrak atau tak.

Ni kiranya panggilan pertama untuk pra pemotongan. Jangan bagi tau lagi kat operator tu korang nak terminate. Dah dapat info tadi baru boleh plan proses seterusnya.

Lepas dah dapat info yang aku beritahu tadi, korang kena jelaskan dulu bayaran bil semasa ikut apa yang operator tu beritahu. Kemudian, call astro untuk terminate akaun. Kena pastikan korang call kali kedua ni seminggu sebelum next bil dikeluarkan. Ada kes operator astro akan mintak tempoh seminggu untuk proses penutupan akaun. Risau nanti bil baru dah keluar, akaun tak sempat terminate dan tak pasal-pasal korang kena settle bil untuk bulan seterusnya pulak. Dan proses terminate akan tertangguh. Nampak tak permainan dia kat situ?

Tapi ade jer sesetengah kes diorang boleh tutup akaun astro dalam masa 24 jam. Ok takpe, anggap jer seminggu proses diorang. Nanti operator tu akan tanya sebab untuk tutup akaun, juz cakap korang dah tak mampu bayar. Bertabah la sikit sebab nanti diorang akan cuba pujuk. Mungkin die akan offer untuk pakej basic atau apa-apa pakej, yang penting kena keringkan hati dan cakap jer nak tutup akaun.

Dah settle, kemudian tunggu jer la astro korang tu padam. Dalam proses menunggu tu jangan pulak korang purchase apa-apa chanel astro best atau astro first sebab nanti automatik permohonan pembatalan akaun tu akan terbatal sebab diorang anggap korang masih berminat. Benda ni dah berlaku kat member aku, boleh baca pengalaman Hafiz Rahim kat blog dia.

Perlu ke serahkan kembali decoder astro selepas terminate?
Yer perlu kalau decoder astro korang tu jenis PVR atau yang boleh rakam tu. Kalau dekoder lama tak perlu serahkan balik.

Macam mana proses serahan decoder tu?
Nanti akan ada agent astro yang datang rumah untuk collect. Kalau die mintak korang hantar sendiri ke astro customer service, cakap jer korang takde masa untuk hantar. Kebiasanyannya diorang hanya mintak dekoder dan kad astro tu jer. Remote dengan piring terbang tu diorang tak nak pun. Tapi ade jer kes diorang tak ambik balik dekoder tu even yang PVR punya. Tapi kes member blogger aku yang sorang ni lagi kejam sebab customer servis suruh hantar sendiri, kalau tak nanti kena penalty RM500.. Giler kejam.. Korang boleh baca pengalaman terminate astro dari Dkna Abza…

Sebenarnya ada banyak cara untuk proses penutupan akaun ni selain melalui call. Korang boleh juga pergi terus ke kaunter customer service astro. Ada juga rakan-rakan aku yang terminate astro melalui perbualan chating di facebook rasmi astro dan ada juga melalui interaksi email. Tapi paling mudah dah cepat semestinya melalui call.

Filed Under: Personal, Produk Tagged With: Astro, Personal

« Mangga goreng dan laksa tempurung di Gertak Sanggul, Pulau Pinang.
Pomade Movida murah dan wangi giler »

Comments

  1. Faizal Fredley says

    February 8, 2017 at 10:22 am

    owhhh…nak terminated gak nnti….tq untuk info… huuh

    Reply
    • Syed says

      September 5, 2019 at 4:28 pm

      Lepas da tutup, pihak astro akan hantar apa2 tak kat email?

      Reply
  2. Anuar says

    February 8, 2017 at 10:53 am

    Syabas tuan..
    Saya pun ada juga perancangan nak terminate Astro ni…
    Tapi MEM pulak tak setuju… Sebab dia suka tengok movie… Sudahnya dia sanggup tolong bayarkan Bil Astro tiap-tiap bulan… Oklah tu… Jimat duit poket saya RM120 sebulan… 😉

    Reply
  3. Hafiz Rahim says

    February 8, 2017 at 4:23 pm

    Aku tunggu sinetron Astro ngan ko pulak.

    Reply
  4. 1001 Petua says

    February 10, 2017 at 8:23 pm

    p/s : hi… sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. 😀 ty..banyak petua dan tips berguna yang saya kongsikan di http://www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. 😀

    Reply
  5. Perawat Islam says

    February 13, 2017 at 3:58 pm

    Astro ni memang macam tu. Kadang-kadang masa operator dia telefon nak promote sesuatu, cakap lain, tapi nanti bila kena bayar, lain pulak jumlah dia.

    Pastu pandai-pandailah staff kat kaun ter dia atur ayat supaya kita kena terus bayar.

    Reply
  6. lokmanamirul says

    March 6, 2017 at 3:53 pm

    terikat dgn syart2 tu susah

    Reply
  7. ANIS AZIRA BINTI MUSA says

    March 23, 2017 at 12:27 pm

    ALHAMDULILLAH SEKEJAP JE PROSES NYA..TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT DARI TUAN BLOG

    Reply
  8. Eli says

    July 2, 2017 at 11:50 am

    Salam. Tq info cuma nak tanya utk bercakap dengan operater astro tu tekan no brape ya lepas dh dail.?

    Reply
  9. Ros says

    July 5, 2017 at 1:16 pm

    Salam. Ni pengalaman sy. Bulan lepas dh call utk terminate. Dia suruh bayar bill dulu. Dh bayar n dh call utk terminate, malangnya sampai pulak lagi bill terbaru. Macam mana nk buat ek? Harap siapa2 boleh tlg

    Reply
  10. norsafina says

    July 5, 2017 at 2:52 pm

    Saya dah cuba call astro xdpt pun cakap ngan operator asyik dgr suara mesin record je.. Mcmne step yg sebenarnye..

    Reply
  11. Azmar says

    August 7, 2017 at 4:19 pm

    Nak tembus talian ASTRUK tu mula2 kol no.tepon yg diberi tadi. Akan ad recorded machine yg jwb (stended aa..)
    1. Pilih bahasa (amik BM jer..tekan 1). Time dia tgh mbebel tu masukkan 10 digit no.acc ASTERUK korg atau no.MyKad. Nti dia akan bgtau status bil terkini korg.
    2. Pastu akan kuar pilihan perkhidmatan. Tekan 3 utk Bantuan Teknikal.
    3. Next akan kuar: Jika anda berada di depan TV, tekan 1. Jika anda tidak berada..blabla, tekan 2..etc. So, sila tekan 1 ok.
    4. Jangan pilih ap2 nombor dh..tinggu untuk bercakap dgn operator.

    Lps tu wat2 la tanya bil ad tertunggak lagi ke. Then baru masuk jarum nk terminate. Time ni sila tabah dan cekalkan hati utk tidak terpedaya dgn pujuk rayu operator tu.

    Slmt berjaya.

    Reply
    • erie says

      May 2, 2018 at 10:28 pm

      sekarang ni x de pulak dia bg tekan 3 untuk bantuan teknikal

      Reply
    • honey says

      May 7, 2018 at 11:41 am

      betul..baru je kejap tadi call nak terminate..call2 mesin yang jawab..hampi2 giveup even call byk kali…punyala dia konar takde langsung sebut no sambungan ke pegawai bertugas ke operator ke..last2 try tekan bantuan teknikal..tekan sambungan yang kena ada kat depan tv..pastu tunggu je sampai kuar suara manusa..pergh..nak sambung & bercakap kat dia punya pegawai tu punyalah susah..dok menyelit lak kat celah2 no tu ..hampeh! tu pun takde sebut juga bantuan pegawai bertugas.. pandai betul!

      tp alhamdulillah process terminate mudah..walaupun pagawai tu offer macam2 pekej..takpelah..just bgtau i dah pasang unifi..mmg nak terminate..

      Reply
  12. Maria Zain says

    August 8, 2017 at 9:15 pm

    betul ke kena bagi sebulan notis?

    Reply
  13. Fauzee says

    August 21, 2017 at 8:28 pm

    Bos..sekarang sudah x boleh nak bercakap dgn pegawai khidmat pelanggan astro..saya nak termined x bole..nak bagitaw astro mcm mne kalau call x de operator cakap..bodoh astro ni dia nak suaahkan kita supaya x yah potong.

    Reply
    • zaza says

      August 28, 2017 at 2:21 pm

      Patut la asyik fail je cuba dari minggu lps.

      Reply
    • abe says

      April 25, 2018 at 11:48 am

      jgn bayo bill..nanti automatik padam

      Reply
      • Wan farizan says

        August 1, 2019 at 9:40 am

        Betul ke camtu.. x pyh bayar..nnanti ia aitkmatik termunate

        Reply
      • Hanip says

        September 12, 2019 at 4:36 pm

        Buat apa susah2 nak call untuk tamatkan perhidmatan.biar sahaja dia block ac astro anda dengan ,tidak perlu membayar bil. Dia main kasar anda pun main kasar. Anda nak tutup ac astro terpaksa dengar iklan lepas tu bil hp melambung,.so biarlah astro yg cari anda .bila anda tak bayar dia pasti call anda. Masa tu terus cakap apa yg anda nak cakap ?.nak tutup akaun astro atau pun nak tambah bil astro ke rm300 sebulan .hehe

        Reply
    • marina says

      July 17, 2020 at 6:13 pm

      Pening la…nk terminate ke nk buat agreement baru… katanya lebih murah..ntahla

      Reply
  14. Wan says

    October 16, 2017 at 5:22 pm

    Kne penalty repot kt ppim je..

    Reply
  15. Piji says

    December 4, 2017 at 5:09 pm

    Cibai punya astro..nk brckap dgn operator pun x dpt..last2 mechine ckp time kaseh ..pundek pnya astro..,

    Reply
    • Cik Daun says

      December 9, 2017 at 3:16 am

      Hg yg xreti tekan kot..kena ikot la instruction masa call tu.. 1 utk bill, 2 account status, 3 technical, 4 aotg & other products, 5 package & subscription…so kalo nk potong better pilih 5.. Tp kena make sure sediakan number akaun…aku call senang ja dpt ckp.. Proses potong xla rumit sgt… Mmg hg kena hati kental masa depa offer apa2 sblm tu tp kalo da nekad nk tutup depa bkn boleh paksa pn.. Baru mnggu lepas call, depa kata potong ikot tarikh bil, xda lg notis sebulan tu, min 3 hari ja..utk akaun yg xda kontrak & apa2 tunggakan mmg senang sgt..

      Reply
      • Syuhaida says

        January 18, 2018 at 4:46 pm

        Cik daun, boleh bagitau tak berapa nombor astro tu ? Sy call bnyk kali tetap mesin yg jwb dn xde nombor pilihan2 mcm cik daun ajarkan tu..

        Reply
  16. Ameer says

    December 13, 2017 at 8:11 pm

    Macam mana kau buat ekk, aku call tapi mesin jehh yg menjawab. Geram pulak aku. Nak kata aku tak ikut arahan mesin tuh, aku dah ikut dah tapi tak dapat gak cakap dgn operator. Tolong bgitahu mcm mana kau dapat ckap dgn operator tuhh

    Reply
  17. saripdoll says

    December 14, 2017 at 9:14 pm

    assalam…kalau decoder yg biasa tu kena pulangkan tak kad n decoder…tq

    Reply
  18. Nurul says

    December 15, 2017 at 4:17 am

    As salam. Nak tanya. Kalau kita dah tutup suis astro semua. Yang kita dah set rakam tu terakam x agak2??

    Reply
  19. Momo says

    December 22, 2017 at 11:42 am

    Berjaya tamatkan… susah nak bercakap dengan operatornya.. mula mula tekan butang 5 tu lama tunggu tapi tak ada operator.. lepas tu try semula dan tekan butang 3 bantuan teknikal, lama juga tunggu tp alhamdulillah berjaya bercakap dengan operator… sy direct cakap nak tamatkan langganan astro… dia tanya kenapa nak tamatkan, saya cakap sy tak tengok tv,.. dia tawarkan pakej channel percuma untuk 3 bulan, sy kata sy memang tak tengok tv.. lepastu dia proses penamatan sy dan dia kata akan tamatkan langganan pada 26/12/2017 sebelum new charges due date (bil baru) pada 27/12/2017… dan sy bagitau dia yang sy masih belum bayar last bil sy bagi bulan ni.. dia kata boleh bayar sebelum 27/12 atau pada 27/12/2017 tu pun boleh sebab memang dah set untuk tamatkan.. boleh call astro kalau nak sambung semula dan piring dan dekoder astro tak perlu kembalikan (sy guna astro beyond biasa).. thank you lancareno.com

    Reply
    • erie says

      May 2, 2018 at 10:25 pm

      apa no customer service yang boleh bercakap dengan operator,no yg kat bil tu robot, x leh nak cakap ngan operator dia…

      Reply
  20. Nazri says

    December 29, 2017 at 7:59 am

    Klu dah susah sangat cara nak tutup akaun,biarkan aje tak payah bayar..pandai la diaorang block sendiri siaran..saya pun dah tutup astro bulan2 rm154..tapi sekarang guna njoi sekali bayar rm355

    Reply
    • Muhd Naufal says

      May 23, 2018 at 3:40 pm

      Salam Tuan, smlm dah tutop acc astro sy & dimklumkn staff astro akn dtg kerumah utk ambik decoder n piring diorg & sy akn didenda 500 sekiranya gagal memulangkannya (itu cerita smlm) & harinie seorg dr services centre tlh mnghubungi sy & mklumkn yg mereka tdk akn ambil decoder sy malahan akn bg saluran njoi secara percuma tanpa sebarang byrn..berkali2 sy btnya akn pkr itu & jwpn mereka ini adalah sbgi penghargaan dr pihak astro krn sy tlh lama mnggunakan astro & tlh habis tempoh kontrak..jd soalan sy..adakah ini benar ataupun sy akn dikenakan caj pmasangan sprt yg tuan mklumkn td..

      Reply
      • izmer says

        May 20, 2019 at 11:36 am

        bestnya siap dapat enjoy free

        Reply
  21. Hanisah says

    January 12, 2018 at 10:15 am

    Nekad arini nak terminate….call jela senang kan..tq info

    Reply
  22. John says

    January 21, 2018 at 12:27 am

    As salam,

    saya pun hadapi banyak masalah nk terminate astro ni, selepas 4 bulan da terminate tiba2 saya dapat bill astro semula dengan pakej baru yang tidak pernah saya langgan. Sya call customer servis mereka bagi alasan saya ada minta penyambungan semula. Akhirnya saya email aduan ke SKMM, tak sampai 24 Jam, masalah selesai orang astro call mintak maaf pasal kesilapan teknikal dan abaikan bill tu.

    Reply
  23. Emaroe says

    February 22, 2018 at 9:28 pm

    Saya call astro susah gila nak dapat 5minit tunggu operator sambung panggilan xmasuk2..last skali baru2 ni saya pergi astro centre dok dpn kaunter cakap nak terminate. Tapi counter lady tu cakap kene return piring,smartcard,dekorder. Haimeh????

    Reply
  24. ZALIE MOCKSIN says

    February 28, 2018 at 2:24 pm

    Ari ni setel bayar bil astro RM215. x tahu lah knp bil tiba2 naik.selalunya RM156 je. lepas bayar terus ko Astro. minta tutup akaun. Insyaallah 2 mac last lah hayat Astro di rumah saya. Harap Astro x buat taik lah.

    Reply
  25. mk says

    March 2, 2018 at 3:43 pm

    Decoder Beyond saya rosak setelah saya check dan confirm bukan masalah power supply (saya ada technical background). Bila call Astro minta ganti decoder, saya diberitahu yg kena bayar service technician yg datang tu sebanyak RM65 dan ini tak termasuk kos repair atau ganti decoder tu lagi. Apa yg menyakitkan hati decoder ni dah saya guna lebih dari lima tahun dan dan rosak pun bukan sebab disalah guna tapi atas usia (ware and tear) dan ini pun dia orang nak cekik duit buta. Sepangjang menggunakan perkhidmatan Astro, saya tidak pernah sekali pun mis bayaran bulanan hinggakan bayaran bulanan saya buat advance sebulan
    Biasanya kalau kita menyewa barangang eletrik tertentu semua kerosakan biasa (melainkan salah guna atau abuse) kos perbaiki akan ditanggung oleh pihak pembekal tapi Astro ni haramjadah pasal kerajaan bagi muka banyak sangat jadi yang susah dan menjadi mangsa Astro ini adalah pengguna seperti kita.

    Reply
    • Sally says

      March 26, 2018 at 11:06 pm

      Sy pun mengalami mslh sama..dh byr techinican utk check..lps 3jam guna,xdpt tgk..guna dh 5thn..rsnya mmg decoder dia bermasalah..

      Reply
  26. JohnLabu says

    March 15, 2018 at 7:01 pm

    Pundek punye astro

    Reply
  27. Mus says

    July 23, 2018 at 10:48 pm

    saya pun dlm proses nak terminate Astro. Bil astro boleh buat beli emas. Dapat 1gram. 🙂

    Reply
  28. Benzomiey says

    August 6, 2018 at 11:56 pm

    Aku malas nk byr astro.. Lantak la.. Biar bill tu tertunggak.. Caj jd mahal tibe2.. Babi punye astro..

    Reply
  29. Benzomiey says

    August 6, 2018 at 11:58 pm

    Aku da malas nk byr astro.. Biar tertungak.. Da bayr tp masih yg tertunggak.. Kan kimak tu..

    Reply
  30. fara says

    August 27, 2018 at 9:45 am

    salam cik,no kt atas tu dh x betui ,blh x cik update no tepon baru ???sy pun nk terminate astro nie…

    Reply
    • Admin says

      August 29, 2018 at 11:55 am

      Tq inform saya.. ok dah btulkan no astro terkini.. 03-9543 3838

      Reply
  31. izlnalan95 says

    September 3, 2018 at 1:04 pm

    salam saya jugak nk terminate ASTERUK ni klw kita tak jelaskan bill trtunggak tu pihak astro akan serahan kita punya account kepada CTOS betul ka?

    Reply
  32. ZAIR13PJS says

    September 25, 2018 at 2:48 pm

    Wow.. dari tahun lepas sampai la bulan 9 tahun 2018, ni masih ada org komen.. nampak sangat la ramai dok cari info mcm mana nak terminate menatang astro ni.. Terima kasih tuan sudi tunjuk ajar ..

    Reply
  33. Akak Kembang says

    September 29, 2018 at 10:09 pm

    dlm cadangan nak tutup gak… bagus ingo ni

    Reply
    • Rudi bin muhammad ali says

      July 19, 2019 at 8:42 pm

      Boleh bagi pencerahan tak saya nak tutup akaun astro macam mana ya

      Reply
  34. Matci says

    October 7, 2018 at 10:34 pm

    Terima kasih info sgt berguna. Bye astro

    Reply
  35. Sapien says

    October 19, 2018 at 9:39 am

    Baru kol astro tadi..saya bercadang untuk tutup astro dan mahu ambil Njoi sja.. semasa kol astro dan bagitau tadi.. dorg cadangkan supaya bayar dahulu bil yg terakhir lepastu semasa bayar bil tu selitkan rm16 saja untuk convert kan akaun lama ke akaun Njoi.. jd saluran astro anda akan tamat pada tarikh akhir bil dan akan terima saluran Njoi selepas itu tanpa bayaran bulanan suda.. promosi katanya. . lagi pun saya da tamat kontrak dgn asto.. cuma 1 je yg tiada jaminan untuk set dekoder tu.. kalau rosak tiada ganti.. kena la beli dekoder baru.. huwaaaa

    Reply
    • Admin says

      October 19, 2018 at 10:28 am

      wahh… tq info bro… ok gak tu kalau ambk njoi… xyah pening bulan2 tu…

      Reply
  36. Zaza says

    October 24, 2018 at 11:49 am

    Saya baru tadi call astro untuk hentikan langganan astro family pack yang saya langgan 4 bulan lepas &nak kekalkn njoi yang sebelum ni saya guna..call no ni
    03-9543 3838 tekan no 5 &no 2 tunggu sebentar utk bercakap dengan operator..settle bayaran terakhir yang perlu di bayar&bulan depan njoi akan call untuk penyambungan njoi semula tanpa pembayaran

    Reply
  37. nije says

    October 28, 2018 at 3:00 pm

    Lama dah terfikir nak terminate.. lagi-lagi yang saya punya skali dgn internet.. gila mahal 10 mbps dalam rm150.. giler. skrg ni 100 mbps unifi pun baru rm129.

    Reply
  38. anwar says

    October 31, 2018 at 2:11 pm

    Saya baru tamatkan Perkhidmatan Astro. Tapi diaorg tawarkan NJOI, hanya bayar RM15.90 je tuk convert kepada NJOI.

    Reply
  39. Norulz says

    November 23, 2018 at 3:35 pm

    Sangat membantu info-info di sini. Terima kasih

    Reply
  40. Boikot astro says

    November 25, 2018 at 9:43 am

    Yela bang sy pn terminate astro…. dorg hntr bil mcm bangang… sy dh byr setiap bulan pn ade outstanding bill dn pernah suspended acc… dia ingat kite bodo x kaunter bill stiap bulan…
    by the way tq info yg diberi….

    Reply
  41. REiGN says

    November 28, 2018 at 4:37 pm

    Hari ni 28 Nov 2018 ada lagi yg sambung komen… hahaa! Saya baru call Astro utk terminate servis sbb dah pasang TIME 100mbps yg RM99 tu.. YES! Lepas ni cari android box 1000+ channels bye2 Astro. Customer since 2003. Asyro asyik ulang tayang cerita same je.. NTV7 landsung takleh tengok siaran putus2.

    Reply
  42. sue says

    December 3, 2018 at 8:29 am

    Tq info2 kt sini bnyk mmbntu untuk proses nk ttup akaun astro..dah berjaya akhirnya .. haha…
    3hb dec trikh keramat yg dijanjikan astro untuk ttup akaun .. xsmpai 3hb ..2hb dah terpadam . Lega rasa .. tp pelik masa call ckp nak terminate xde plk dia srh hntr dekoder atau kad .. dia hnnya ckp kena byr penalti shj rm240 . Perlu ke antr decoder n kad ni ..nak antr kt mn plk..nk call astro tny pon da xleh sbb bila call je dia mntk no akaun..taip no akaun dah xde dlm sstm , jd xdpt la nk tnya apa2 lg dah .. sapa tahu , risau ada caj tersmbnyi plk nt xhntr balik hrta karun mereka ni..

    Reply
    • Admin says

      December 3, 2018 at 8:52 am

      Sy hari tu dia kata nak dtg collect decoder tp smpai skrg xde yg dtg collect… So simpan jer laa… Yg penalty tu knape?

      Reply
  43. epuljawa88 says

    December 3, 2018 at 11:07 am

    alhamdllah ak yg latest kot usha comment ni ‍♂️.. da terminate astro tad.. pujukan rayu tu aduhhh siap ofer 6buln full chanel.. seb bek berbekal pgalamn baca komen kat atas ngan pegangan erat bni kt sbelah cekal kan niat terminate.. pasal pulang dekoder n baya pnalty takde plak pihak astro bgtau.. jujur kot.. tq komen n info.. senang ati

    Reply
  44. ina says

    December 8, 2018 at 9:54 pm

    terima kasih atas maklumat yg diberikan..bercadang nk convert kpd njoi ..harap berjaya lah

    Reply
  45. Mohd Izhar Isnin says

    December 14, 2018 at 6:27 pm

    Sy rase info blog ini sgt berguna hingga 2025. Hahaha. Sy tgh plan nk terminate. Tq lancareno. Byk pahala anda dpt. 🙂

    Reply
  46. Ahmed Akmal Wahid Sulong says

    December 30, 2018 at 7:45 pm

    Esok nak call utk terminate sebab malas nak langgan astro sebab dekoder rosak kot tak boleh guna remote n nak pindah rumah.

    Malas pula nak bayar caj buka n pasang balik

    Reply
  47. Azrie says

    January 1, 2019 at 4:11 pm

    Salam, admin atau sesiapa di sini boleh tak tolong buat satu kempen #jomterminateastro, #astrocekikdarah, #byebyeastro di twitter dan wujudkan satu page khas di fb, tag kan sekali ppim, fomca, suruhanjaya persaingan malaysia..astro kt malaysia ni da lama bermaharaja lela dn memonopoli pengguna, mari kita sama-sama gunakan kuasa pengguna dan menyelamatkan pengguna lain yang terpaksa, kalau dulu kita semua boleh bersatu tolak pemerintahan 61 tahun, kenapa yang ini kita tak boleh..so minta jasa bantuan ikhlas dari admin atau sesiapa untuk memulakan kempen ni dengan segera dan viralkn, inilah kuasa pengguna.

    Reply
  48. Azrie says

    January 1, 2019 at 4:16 pm

    Jom kita sama-sama tukar MyTv siaran digital bawah skmm tu atau tukar ke unifi untuk yang hendak ada internet sekali…#byebyeastro

    Reply
  49. ina says

    January 2, 2019 at 5:01 pm

    nak tnya, nk ckp dengan teknikal tu mmg kena ada depan dekoder ke..ada ke cara lain nk ckp dgn operator walau kita xde depan dekoder. ..nk convert kpd njoi aje

    Reply
  50. Rahimi says

    January 5, 2019 at 7:45 am

    Astro ni mmg cilaka la aku ambik pakej pling basic x pernah langgan ape2 pn tetibe je ade out standing bill rm177.then ble kite dh jelaskan bill ade lg tetibe rm76.kalau x kenangkan mak aku nk tgk tv kt kg mmg aku potong je.dh la call astro mesin jawab kepala bana btul.jiran aku lg kesian bill tetibe je rm1k..gler ape kerajaan tlgla ambik tindakan pada si pencekik darah ni..

    Reply
  51. Azrie says

    January 7, 2019 at 10:13 am

    Please netizen buat sesuatu, gerakan di kempen media sosial, bantu rakyat ynag teraniaya dengan monopoli li, we can do it #jomterminateastro #byebyeastro

    Reply
  52. Yana says

    January 20, 2019 at 4:19 pm

    Salam, nk tny. Kalau tak bayar bil astro, boleh kena ctos tak?

    Reply
    • Jan says

      March 28, 2019 at 10:08 pm

      terbaru. aku bru jer call cust. servis astr bgtau recoder aku x menyala(rosak). dia kata kna panggil tech. dtg baiki dan akn caj RM65. aku kata x setuju. bkn salah aku recoder rosak. dia bls recoder ada waranty dlm 2@3 tahun je. aku terus kata kalu xleh free aku nk terminate astr skrg. (berani krna dah abis kntrak) dia kata tgu sekejap nk call sape ntah. dalam 2 minit dia bgtau Caj RM65 tu xpyh byr smsa tech dtg tp astr akn caj dlm bil akn dtg. aku kata NO Way..aku xnak bayar. Sila terminate astr sy skrg jgk..!!! Ok Selesai.Esk aku nk g bayar bil yg terakhir. bye2 astr.

      Reply
      • Rawk says

        August 19, 2019 at 3:18 pm

        Bayar bil akhir untuk tutup akaun astro kat centre ke?

        Reply
    • Hanip says

      September 12, 2019 at 4:42 pm

      Buat apa susah2 nak call untuk tamatkan perhidmatan.biar sahaja dia block ac astro anda dengan ,tidak perlu membayar bil. Dia main kasar anda pun main kasar. Anda nak tutup ac astro terpaksa dengar iklan lepas tu bil hp melambung,.so biarlah astro yg cari anda .bila anda tak bayar dia pasti call anda. Masa tu terus cakap apa yg anda nak cakap ?.nak tutup akaun astro atau pun nak tambah bil astro ke rm300 sebulan .hehe

      Reply
  53. Yatie says

    January 30, 2019 at 9:57 am

    Dua ari lepas dia org call bgtau akaun tertunggak. Bila dh bayar saya call blk nk bgtau nk potong smpai 3-4 kali x trjawab. Bila jawab katanya salah talian. Aduuuhhh…..nti lama² kena cas lg. Mati mcm ni.

    Reply
  54. Terkena says

    February 24, 2019 at 12:40 pm

    Sy dh 3tahun xguna astro akaun lama.xinform pn nk terninate. Bil trtunggak 2rts lebih.skali sy call astro utk jelaskan n terminate.dia kata kna jls bill dlu pstu terminate.sy jlskan…ingt nama dh clear dlm ctos..3bln kmudian saya call nk tnya knp ada baki lg.dia kata lps sy byr,astro aktif blk.. Haiii pnsnya hati..buang gitu je duit.astro ko mknla duit mcm tu sbg income ye… Saya dh call utk terminate tp dia kata xde.sy jwb,korg ada rekod check la.bkn main ambik rejod suara bila kite call..huhh

    Reply
    • Nanysuryati binti baba says

      September 12, 2019 at 4:54 pm

      Lain kali jangan bayar bil cakap nk tutup akaun astro.suruh tukarkan akaun astro tu pada astro anjoi .baru makcik2 tahu akaun itu sudah di tutup sepenuhnya.

      Reply
  55. Duan Deris says

    March 18, 2020 at 1:42 am

    Akhirnya…selesai sudah kisah bab Astrok ni. Terima kasih

    Reply
  56. Hashim says

    March 19, 2020 at 5:58 pm

    Astro dah dipotong tapi bil masih dihantar dan kena bayar.

    Reply
    • Nul says

      January 20, 2021 at 2:07 pm

      Sama laaa, ada cara tak, nak stopkan bill ni. Sbb dh trminate tp bill tetap smpai

      Reply
  57. ZalEe says

    September 2, 2020 at 4:16 pm

    Tak payah call cust service utk potong astro, pergi je pejabat diorang.. byk songeh senang skit kita nak mengamuk. Nak call² tak boleh nak mengamuk bgai..

    Reply
  58. Izzuddin Zahrin says

    September 25, 2020 at 6:03 pm

    Untuk sebarang pertanyaan boleh je whatsapp astro.

    https://api.whatsapp.com/send?phone=60395433838

    Nti robot akan reply, jimat la sikit kredit tu hehe

    Reply
    • Siti says

      December 21, 2020 at 2:11 pm

      Jadi nak pilih yg mana ye untuk terminate astro? Sbb dia bhagian teknikal tiada pun info psal terminate?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan
  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
  • Penting untuk tahu ubat sapu jenis apa yang sesuai untuk masalah kulit baby
  • Blender harga RM288 dijual harga RM57.90 sempena promo Double Digit Sales 11.11 di PG Mall
  • Resepi Maggie Goreng Basah viral yang sedap giler
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative