“Abah, nanti kita pi tempat yang ada rabbit tu… Dah lama abang Akiff tak main dengan rabbit…” Banyak kali dah Akiff ajak aku pegi Farm In The City. Suka sangat dia pergi situ. Dah 3 kali aku bawak dia ke sana, tapi nak bawak selalu tak boleh la sebab tiket masuk situ boleh tahan mahal jugak. Tapi memang berbaloi dan puas hati bila tengok anak enjoy kat situ.
Tapi nasib baik ada alternatif lain untuk aku bawak Akiff main dengan rabbit dengan harga tiket yang mampu milik. Aku bawak Akiff dengan Azif ke Rabbit Fun Land di Lenggeng. Sebenarnya tempat ni dah lama dibuka cuma aku jer yang baru tahu. Dulu Rabbit Fun Land ni dibuka kat area Broga Hill. Tapi sekarang dah berpindah ke lokasi baru di Lenggeng, Negeri Sembilan. Tak jauh pun dari Broga Hill tu, lebih kurang 15 minit jer dari tempat lama. Harga tiket masuk RM8 seorang. Tak kira dewasa atau kanak-kanak harga sama jer. Cuma bebudak umur 2 tahun ke bawah jer yang tak dikenakan bayaran. Murah kan harga tiket. Padan la dengan apa yang disediakan kat situ. Dah masuk sini jangan lupa beli carrot yang dijual kat situ untuk bagi makan kat haiwan-haiwan yang ada. Beli sebungkus carrot pun dah cukup dah bagi aku sekeluarga. Untuk main dan bergambar jer pun.Haaa nampak tak Akiff dengan Azif tu. Mula-mula penakut, tapi lepas tu dah seronok dah. Siap kejar rabbit tu.Dalam kurungan ni ada lebih kurang 30 ekor arnab tapi diorang banyak dok bersembunyi kat tepi-tepi. Banyak yang mentido sebab kekenyangan kot. Sebab tu nampak macam kosong jer. Arnab-arnab kat sini semuanya jinak-jinak dan bagusnya sebab aku tak nampak pun taik-taik arnab bersepah kat situ. Selain arnab, ade jugak binatang lain yang korang boleh bagi makan. Yang paling enjoy bagi makanan kat haiwan-haiwan ni adalah budak Azif. Semua binatang pun dia sebok nak bagi makan. Yang si Akiff pulak penakut, arnab dengan monyet jer die berani. Yang lelain die tengok dari jauh jer.Korang tengok gambar atas ni. Aku suruh dia berdiri dekat dengan kandang kambing tu untuk bergambar tapi die pegi sampai situ jer sebab takut. Hahahhaa… Sabar jer laa…Ni semua antara binatang yang ada kat sini. Lembu colur pink pun ade okeh… Haiwan tak banyak mana pun tapi ok la kan. Kalau besar sangat nanti nak jenjalan pun penat. Selain tu korang boleh jugak naik poney ride.Ni area poney ride tu, kena bayar RM8 sorang kalau nak naik. Rasanya untuk kanak-kanak jer kot. Akiff dengan Azif tak naik pun.Haaa ni satu lagi tarikan yang ada kat sini, titi gantung! Dewasa pun boleh naik tapi takde special apa pun. Just for fun. Bagi aku tempat ni ok jer sebab tumpuan utama adalah kandang arnab tu. Berbaloi dengan harga tiket masuk, bagi aku puas hati la bawak bebudak untuk isi masa terluang diorang.
Kata pemilik tempat ni, dia buat farm ni adalah sebagai salah satu alternatif untuk ibu bapa bawa anak-anak buat aktiviti luar dan tinggalkan gadget. Sebab tu bayaran masuk sini pun yang tak membebankan keluarga.
Untuk bebudak KL macam Akiff dengan Azif ni, dapat tengok lembu pun seronok dah. Inikan pulak dapat pegang dan main-main dengan haiwan yang ada kat sini.Satu benda yang aku nak puji adalah persekitaran kat sini memang bersih dan terjaga. Cuma aku cadangkan buat kurungan yang besar sikit untuk haiwan-haiwan kat situ bergerak dan bermain. Bagi nampak macam persekitaran ladang yang terbuka. Mungkin diorang boleh belajar dengan Farm In The City dalam bab ni.Oh yaa… Ada satu lagi tarikan yang ada kat sini yang mungkin korang berminat nak cuba iaitu penginapan dalam persekitaran ladang. Kalau korang tengok gambar atas ni, belakang tu ada macam rumah panjang tu sebenarnya adalah bilik-bilik yang disewakan untuk pengunjung merasai pengalaman bermalam dalam ladang. Belakang rumah panjang tu terdapat ribuan ekor arnab yang dibela untuk tujuan komersial. Kalau nak beli stock daging arnab boleh dapatkan kat sini. Diorang ni adalah pembekal daging arnab yang bertauliah dan halal.
Rabbit Fun Land ni hanya dibuka pada setiap hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum sahaja. Kalau hari biasa ditutup untuk pengunjung luar sebab diorang nak bagi ruang khas untuk rombongan sekolah. Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan detail kat bawah ni.
Instagram : @Rabbit_funland
Facebook : Rabbit Fun Land Lenggeng
Lot 1556, Mukim Lenggeng, 71750, Lenggeng, N.Sembilan
Waze : rabbit fun land , Setul Lenggeng
Waktu operasi setiap Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Jam: 11.00 pagi sehingga 6.30 petang
Perdu Cinta says
Alhamdulillah hajat Akiff dah terlaksana…yeyyy..