Sekarang ni aku dah tak boleh makan sesuka hati, nak kena jaga pemakanan sejak dapat result koelsterol dalam badan aku melebihi yang sepatutnya. Huhuhu… Doctor pesan kalau tak jaga kolesterol nanti boleh bagi kesan kat jantung. Sebab tu sekarang ni aku dah jarang makan kat luar, Miss Permaisuri masak jer kat rumah tiap hari. Itu pun dah kurang masakan bergoreng atau berminyak.
Doctor pesan kalau nak makan tu banyakkan yang rebus atau panggang. Haaaa ok… Kalau macam tu, jom ke Kenny Rogers Roaster sebab kat situ takde makanan bergoreng dan boleh dikatakan semua hidangan yang disediakan kat situ adalah healthy food. Haaa nampak tak permainan dia kat situ? Wakaka… Ayam panggang kat Kenny Rogers memang terbaek! Sekarang ni pulak Kenny Rogers Roaster ada perkenalkan set menu terbaru yang diberi nama Spicy Gilerrr iaitu Spicy Chicken & Soup Meal dan jugak Spicy Chicken Favourite Meal…
Ayam golek die memang dah tahu terbaek ditambah pulak dengan sos yang pedas giler. Fuhhhh… Yang suka makan pedas mesti suka ni. Memang menu ni special untuk golongan macam korang. Untuk orang yang tak tahan macam Miss Permaisuri mungkin korang boleh request untuk letak sos berasingan sebab kalau tak request nanti diorang memang akan terus tuang sos kat atas ayam tu.
Rasa pedas sos ni memang boleh meleleh air mata. Aku yang makan pedas pun agak tercungap jugak. Tapi pedas sos ni bukan macam pedas ramen korea tu yang boleh buat bibir bengkak, pedas yang ni adalah masam-masam pedas. Masam tu yang buat rasa sos ni special, maksudnya ade kepelbagaian rasa dalam satu suapan. Gittewww…. Rasa masam tu bagi aku agak kuat jugak, mungkin untuk seimbangkan dengan tahap kepedasan sos tu…
Set ni didatangkan juga dengan peanut butter chocolate muffin. Akiff kalau dah dapat kek coklat memang die boleh hadap makan yang tu jer. Aku sempat la rasa separuh muffin ni, kat dalam ada filling peanut butter, memang sedap.
So, korang boleh la pergi try set Spicy Gilerrr ni… Memang berbaloi lagi pun set ni dah ada sekali dengan air Blue Chillex… Kombinasi lemonade dengan lemon, rasa masam-masam manis.
Sebab set ni kan pedas, Akiff dengan Azif makan makaroni cheese jer laaa hari tu… Tu nampak dak Akiff, bukan reti dok diam. Azif pun sama naik dengan abang die sekarang ni… Sebab tu kitorang dah jarang makan kat luar kecuali memang teringin sangat jer…
Athirah says
Wahh sedapnya yang baru punya.. Rugi tak mencuba nih. *lari p kenny rogers
Lea Azleeya says
Dah kenapa tunjuk gambar yang menyelerakan tu.. Hahaha tergugut iman.. Adoii laparrrrr…
Mama Kembar 3 says
Dah lama tak makan Kenny Rogers, tetiba teringin plak ni…sedapnyaaa
Suria Amanda says
Dah lama jugak x makan KRR ni…nanti la ada masa terluang nak pi terjah..
ieda says
dah lama tak pi makan kat Kenny Rogers…last pi haritu kena saman parking…hehe…terus hilang mood nak pi sana dah.
Perawat Islam says
Tidak pernah cuba lagi makanan di Kenny Rogers. Walaupun dah beberapa kali terserempak dengan retoran Kenny Rogers, tetapi kaki ni masih belum mahu melangkah masuk.
Mungkin rezeki akan datang kut inshaaAllah. Manalah tahu ada pesakit saya yang nak belanja 🙂
YB Shehan says
terliurnya. lama x keluar dari rumah. sobs…