Ingat lagi tak teka-teki dalam cerita Nujum Pak Belalang… “1- Banyaaaaak… 2- Sedikit-sedikit… 3- Jarang-jarang… 4- Kadang-kadang…”
Aku rasa teka-teki ni kalau jawab zaman sekarang mungkin dah tak tepat kot sebab yang beristeri dua bukan hanya sikit-sikit tapi memang jarang-jarang dah kita dengar, tak macam zaman dulu. Yang beristeri 3 apatah lagi kan… Zaman atuk nenek kita dulu memang tak susah nak cari mereka yang beristeri lebih dari 1 berbanding zaman sekarang ni. Tokwan aku pun kahwin lebih dari 1, tokwan Miss Permaisuri pun kawin lebih dari satu. Hebat kan orang zaman dulu, diorang tak takut bini ke ehh? Ehhh… Hahahhaa…
Dah kenapa topik entry aku ni lain macam jer? Sebenarnya aku nak kongsikan amalan yang perlu diamalkan untuk bertahan lama dalam perkahwinan. Haaa… Mesti ade yang baca tajuk entry aku ni fikir tahan lama yang lain kann… Takpe, memang ade kaitan jugak yang bertahan lame tu pun… hehehe… Teruskan membaca k..
Sebenarnya tips ni adalah hasil dari pembacaan aku dan aku rumuskan secara ringkas di sini. Aku belum cukup layak lagi nak berkongsi tips perkahwinan sebab usia perkahwinan aku pun masih dikira muda lagi, baru masuk tahun ke-8. Tips dan pesanan ni juga adalah peringatan untuk aku sebagai seorang suami dan ketua keluarga.
Amalan dan tips keluarga bahagia:
i- Kepercayaan.
Bagi aku dalam perkahwinan, kepercayaan adalah dalam ranking no 1. Kalau tiada kepercayaan terhadap pasangan, syaitan mudah-mudah jer nak hasut untuk berprasangka buruk. Benda takda isu pun boleh jadi isu besar. Tapi ada yang kata jangan letak kepercayaan 100% kepada pasangan, biar ade sikit sense untuk kite hidu kecurangan pasangan jika ada. So, maksudnya jangan mudah berprasangka buruk, andai terdetik rasa tidak percaya, selidik dulu.
ii- Komunikasi.
Bagaimana kita dengan rakan-rakan, begitu juga sepatutnya kita dengan pasangan. Ringankan mulut untuk berborak apa sahaja dengan isteri/suami. Pasangan sepatutnya jadi BFF no 1. Dengan anak-anak pun same jugak, kena selalu berborak dengan diorang. Terutama bila anak dah makin dewasa, kite yang kena jadi BFF die… Borak tu pulak jangan serius jer memanjang, isu semasa dan isu-isu viral pun best gak dijadikan topik…
iii. Toleransi
Beri ruang dan peluang kepada pasangan untuk membuat keputusan. Jangan sentiasa sebelah pihak sahaja yang membuat keputusan. Dan cuba bertoleransi dengan pasangan dalam hubungannya dengan rakan-rakan. Contohnya, jika suami/isteri nak keluar hang-out dengan kengkawan die, sekali sekala berikan mereka peluang itu. Atau maksud toleransi lain yang boleh aku katakan adalah kerjasama dalam melaksanakan urusan rumah tangga..
iv- Kepentingan keluarga vs kerjaya
Sentiasa dahulukan keluarga dari kerjaya. Paling penting disaat-saat memerlukan seperti ketika pasangan atau anak tidak sihat. Dan tak lupa juga sokongan untuk aktiviti yang dilakukan pasangan/anak, kena pastikan kita sentiasa menyokong diorang bukan sahaja dari segi moral tapi dari segi masa juga.
v- Berjemaah
Berjamaah ni bukan hanya dari segi solat berjemaah sahaja, makan pun kena berjemaah, tengok tv pun berjemaah. Waktu makan pastikan semuanya ada di meja dan makan sekali. Layan TV pun bersama-sama, jangan asyik nak layan bola jer. Hehehe…
vi- Aktiviti bersama.
Ini adalah perkara yang aku paling suka buat. Bawak pasangan dan anak-anak berjalan dan bercuti. Takde budget nak bercuti jauh, pergi yang dekat pun ok dah. Kalau takda budget jugak, cukup sekadar berkelah di taman dan main bersama. Yang penting dapat spend time togather dan buat aktiviti bersama.
vii- Hubungan kelamin
Dalam hubungan suami isteri, benda ni adalah perkara penting yang tak boleh diambil mudah. Banyak perkahwinan yang goyah disebabkan perkara ini. Nak dibincangkan mungkin malu dan ego, tapi pasangan tak boleh memendam rasa jika ada ketidakpuasan. Hubungan kelamin yang suram boleh mengakibatkan mood ‘kelaut’… Haaa…. faham la kot kan… Kalau hubungan kelamin tiptop, InsyaAllah yang lelain aku nyatakan kat atas ni lebih mudah dipraktikkan.
Bayangkan orang dulu bukan anak jer yang ramai, malah ada juga yang beristeri ramai. Macam mana diorang boleh handle keluarga tu? Antaranya adalah kerana kehidupan suami isteri diorang adalah terjaga. Macam mana diorang jaga keupayaan batin? Ada 3 faktor yang orang dulu amalkan tapi sangat jarang diamalkan kini.
Pemakanan, dulu bahan mentah diperolehi dari sumber asli dan terhindar dari bahan kimia. Pemakanan zaman dulu dengan sekarang jauh berbeza, kita sekarang terdedah dengan bermacam jenis makanan tidak sihat. Perkara ni memang susah untuk kita elak tapi masih boleh dikawal. Kena amalkan pemakanan yang sihat untuk pastikan kesihatan dalaman dan luaran terjaga.
Senaman, pekerjaan dulu banyak menggunakan tenaga. Orang dulu banyak memiliki tanah untuk diusahakan. Aktiviti harian diorang tu dah cukup untuk mengeluarkan peluh dan bergerak aktif berbanding dengan pekerjaan kita sekarang yang banyak dihabiskan di dalam pejabat. Lagi satu, orang dulu amalkan senaman khas untuk kuatkan batin iaitu Senaman Harimau. Korang boleh Google pasal senaman harimau untuk info lanjut.
Urutan, selain senaman harimau, urutan batin juga sangat mempengaruhi keupayaan seksual. Dan amalan orang dulu adalah menggunakan minyak belacak atau minyak lintah untuk urutan batin. Urutan batin adalah untuk membantu peredaran darah di bahagian senjata lelaki supaya lebih mantop. Kalau korang nak cari tukang urut batin boleh PM aku, nanti aku akan bagi contact seseorang yang mempunyai kemahiran ni.
Kalau korang malu nak suruh tukang urut ‘gentel’ sekitar alat tu, boleh jer urut sendiri tapi kena follow step yang sepatutnya. Korang boleh dapatkan Minyak Lintah Belacak Tok Jali dan nanti diorang akan bagi sekali dengan aturan cara untuk urut. Simple jer dan memang boleh buat sendiri. Dengan khasiat yang ada pada minyak ni InsyaAllah boleh bantu tingkatkan kualiti hubungan korang.
Bagusnya minyak ni sebab diadun dari pati lintah asli dan ikan belacak yang sememangnya terkenal sejak turun temurun untuk menjadikan senjata lelaki kuat, mantap, dan tahan lama semasa berjuang. Untuk dapatkan Minyak Lintah Tok Jali ni korang boleh hubungi 016-2265127 (Hezlee)… Harga sebotol adalah RM74.90 tidak termasuk pos. Untuk bacaan lebih lanjut tentang minyak ni boleh baca article MINYAK LINTAH BELACAK TOK JALI, KUATKAN TENAGA BATIN LELAKI
umminani says
wow….tips yg bagus
Anuar says
Orang dulu hebat… Mampu nak sara isteri lebih daripada satu.. Sebab keonomi zaman dulu tak sama dengan ekonomi zaman sekarang…
Dengan keadaan ekonomi sekarang ni, nak sara sorang isteri dan anak-anak pun dah rasa pening kepala dah… Memang tak mampu nak fikir kahwin lebih daripada seorang… huhuhu
ERAZ FADLI says
Wow.. (Sambil kelip2 mata)
Tips menarik ni bro..
Dkna Abza says
lepas aku bersalin nanti boleh cadangkan kat jai hehehehe
YB Shehan says
wow.. baru baca.. tips yang sgt menarik