Kenapa ntah aku rasa trip bercuti ke Hatyai kali ni terasa sangat memenatkan. Mungkin sebab faktor cuaca kot sebab masa aku pergi hari tu memang cuaca panas giler.. Bayangkan dalam van dah bukak aircond paling kuat pun masih terasa bahang cuaca kat luar. Huhuhu… Tapi hadap jugak la, nak sejuk pergi Korea la kannn… kehkehkeh…
Trip kali ni aku follow geng-geng Miss Permaisuri. Diorang yang plan segalanya, Aku follow jer iternary diorang. Sebahagian dari kitorang ade yang bertolak dari KL Sentral dengan train ETS dan ada yang naik kereta dan park kat Padang Besar.. Harga ticket ETS untuk dewasa dari KL Sentral ke Padang besar adalah RM76 dan bebudak RM42. Train bertolak dari KL Sentral pukul 7.05 pagi dan sampai ke stesen Padang Besar pukul 12.35 tengah hari. Aku sekeluarga naik train ETS dari Alor Setar sebab kitorang balik kampung aku dulu sebelum tu.
Turun jer kat stesen keretapi Padang Besar, kitorang jalan kaki ke kompleks imigresen. Tak jauh pun, memang kat area situ jugak. Van yang kitorang book dah ready tunggu lepas imigresen tu. Kalau tak booking van lagi takde hal pun sebab ade jer orang van dok memanggil-memanggil kat sana. Van yang aku sewa hari tu 2,000 baht sehala, boleh muat sampai 10 orang.
Kitorang naik van lepas settle urusan kat imigresen Malaysia, tapi kena beringat yer kalau yang ada pinjaman PTPTN tu. Better korang chek dulu status korang sebab takut jadi macam pengalaman aku kena tahan kat imigresen dulu sebab kena blacklist PTPTN. Wakaka… Dah lepas kat imigresen Malaysia baru naik van dan berhenti settle passport kat imigresen Thai pulak…
Dah settle urusan kat situ, kitorang terus bergerak ke Hatyai. Perjalanan ke Hatyai makan masa lebih kurang sejam.
Kitorang sampai hotel dalam pukul 2.30 petang… Kebiasaan kalau bercuti aku yang survey dan carikan hotel tapi kali ni urusan hotel semua Miss Permaisuri dengan kengkawan dia yang uruskan. Bijak jugak diorang pilih Lee Gardens Hotel sebab hotel ni terletak di atas shoping mall dan betul-betul kat tengah pusat tumpuan Hatyai. Turun hotel jer boleh terus shopping kat area situ. Nak cari kedai makan halal pun ade kat sekitar tu… dan lagi best kat tepi jalan bawah hotel tu meriah dengan jualan pelbagai barang dan makanan. Tak yah jalan jauh-jauh pun. Kalau korang ke sini jangan lupe cuba roti canai jagung, pulut mangga dan jugak satay ayam yang ada kat situ. Memang terbaek…
Bilik hotel memang selesa dan memuaskan hati, agak besar dan bersih. Cumanya kalau la bilik tu berlantaikan carpet mesti lagi ohsemmm… Segala keperluan dalam bilik ada kecuali iron. Dah mintak kat house keeping tapi diorang kata memang hotel tak sediakan iron. Huhuhu… Pesanan untuk Miss Permaisuri, next time kalau travel bawak baju dengan tudung yang tak perlu iron k…
Kat hotel ni dah disediakan wifi tapi tak tau kenape hp aku tak boleh connect… So, lepas jer chekin aku terus turun bawah dan cari kedai untuk beli sim kad sana. Mujur jumpe 1 kedai yang penjual tu orang Changloon. Senang nak suruh die setting sekali kat phone. Simkad yang aku beli ni harganya 250 baht atau lebih kurang RM30, unlimited data selama seminggu. Murah giler kann… Aku masukkan simkad ni dalam phone GT Mobile dan kemudian hotspotkan ke handphone aku dan Miss Permaisuri. Jimat kan… 1 simkad boleh guna banyak phone sekaligus…
Hari pertama just free and easy. Berkeliaran jer kat sekitar hotel dan pekan Hatyai tu. Aku nampak pusat urut bersepah kat sekitar tu, murah giler beb… 200 baht untuk sejam body massage… Wow… Tapi sebab fikirkan kesian kat Miss Permaisuri nak kena melayan hero-hero aku tu sendirian, tak jadi aku nak turun pergi massage. Ingatkan nak tunggu diorang tido dulu tapi masalahnya aku pun tertido sekali. Demmm…
Hari kedua kitorang booking van lain pulak sekali dengan tourist guide. Bayaran yang dikenakan adalah 380 baht seorang. Kanak-kanak free… Murah kann sebab die akan entertain kite seharian dari pagi sampai malam. Cakap jer nak pergi mana, die akan bawakkan. Tapi sejujurnya aku rasa planning untuk trip kali ni agak tak kena dengan family aku sebab banyak tempat yang kitorang pergi adalah tempat shopping. Disebabkan family aku ade bebudak kecik, jadi tempat shoping tu adalah sesuatu yang membosankan diorang.
Tapi takpe, kitorang tetap enjoy dengan trip ni sebab ade jugak beberapa tempat menarik yang termasuk dalam itternary. Antaranya Chang Puak Camp Hatyai iaitu tempat dimana korang boleh merasai pengalaman naik gajah masuk ke dalam hutan dan meredah sungai. Serius aku dah teruja sangat nak naik gajah tapi bila sampai kat sana, si Akiff lak takut walhal sebelum sampai kemain cakap besar nak naik gajah. Demmmm… Melepas aku nak merasa naik gajah. Untuk merasai pengalaman ni hanya perlu bayar 500 baht atau lebih kurang RM60 seorang. Serius berbaloi sebab dengan bayaran tu bukan hanya dapat naik gajah selama lebih kurang 45 minit tapi dapat tengok show gajah dan jugak show crocodile.
Tapi sebab dak Akiff dengan Azif takut, so dapat belanja si gajah ni makan pisang jer laa.. Jangan tanya mana Akiff dalam video atas ni sebab die berdiri jauh sebab takut nak datang dekat. Grrrr… Next time abah datang dengan kengkawan abah la cenggini. Baru dapat merasa naik gajah.
Selain tu ade beberapa tempat lagi yang kitorang singgah antaranya Tang Kouan Hill atau bukit monyet. Nak naik ke atas bukit ni kena naik dengan lift. Haaa pernah tak korang naik lift tapi lift naik mengiring? Haa kat sini boleh la merasa. Aku pun pelik gak mulanya sebab lif naik bukit ni sebijik macam lif dalam bangunan tapi die naik mengiring sampai ke atas bukit. Kemudian kitorang singgah kat Python iaitu kepala naga yang memancutkan air. Panjang wooo naga ni sebab kepala, badan dengan ekor naga ni ada kat tempat berasingan. Cerita pasal naga ni tak sempat aku ambik tahu sebab masa ni tengah panas terik. Singgah kejap jer untuk bergambar. Kitorang ade jugak berhenti kat Samila Beach dan bergambar dengan Golden Mermaid.
Settle melawat kat area Songkhla, kitorang ke Khlong Hae Floating Market. Tempat ni yang paling aku excited nak pergi sebab ramai yang cakap tempat ni best. Aku klasifikasikan floating boat sebagai tempat wajib pergi. Kat sini bukan jer dapat tengok diorang berniaga dari atas sampan malah makanan yang dijual juga murah dan sedap. Tapi tak semua makanan kat situ halal, kena ushar peniaga yang bertudung baru beli. Floating market ni dibuka setiap hari jumaat, sabtu dan ahad dari pukul 3 petang waktu Hatyai hingga pukul 10 malam.
Hari terakhir sebelum chekout sempat la aku bawak Akiff naik tuttut. Dari hari pertama lagi dok nampak tuttut ni tapi tak sempat nak cuba. Murah jer pun naik mendalah ni, 20 baht sorang untuk pergi kemana-mana lokasi sekitar Hatyai tu. Bagi aku kalau nak percutian tu lagi menarik, tak perlu pun sewa van, naik jer tuttut kemana-mana korang nak pergi.
Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang aku nak pergi kat Hatyai tapi tak berkesempatan dalam trip kali ni. Antara tempat yang aku nak pergi adalah Ice Dome dan cable car. Takpe, ade la alasan untuk repeat lagi ke Hatyai kan… Hehehe… InsyaAllah ni bukan kali terakhir aku ke Hatyai dan aku akan datang lagi nanti.
Tempahan van boleh hubungi +6011-3789 4677 (Rimba) atau +6674-261461 (Lizawati).
Julia Johari says
Hatyai mmg ohsem! Julia dok sana 4 hari 3 malam…cuma kami pi 3 orang je…tu naik kereta sewa…air botol tu fenomena baru tau…x jumpa lg masa pi sana…syok kan…mmg hatyai panas la lan…julia pi dulu pun jenuh makan aiskrim kelapa kt songkla bawah pokok…hahahahaha….
Lepas ni jom pi krabi…juju wishlist krabi plak utk besday suami hahahaha…syhhhhhhhh jgn pecah rahsia kt dia eh hahahhaha
erra kyra says
Rasa penat sama tu sebab duit terbang sama..
Suria Amanda says
Jeles laaa…bestnya kalau dapat pergi…communication kat sana xde masalah kan…makan pun senang…hope can be there one fine day
Khairul Zamri says
Best jugak nampaknya tempat ini boleh jadikan senarai tempat melancong tahun ini
Nadhie says
Cantiknya hatyai ice dome tu n besstnya cable car dia. Plan nak pergi tapi tataw bila. tempat paling nak pergi floating market tu
NOOR says
camne nk book hotel disana
Admin says
Trivago membandingkan lebih 1000 laman web tempahan hotel…
Ingridbess says
Ada x bus dr hatyai direct ke kl? Kena booking dlu or blh walk in je?My pitstop from Phuket di hatyai.sy decide nk balik ikut jln darat..
eyda halida says
hai saya nak ingat bln 12 nak ke san dgn family , harap ada sesiapa yg penah pegi boleh tolong sy bg contact no van ke atau teksi.. kami nak naik train sampai ke pdg besaq trus masuk ke thai. haarap ada boleh bantu sy.. thanks
eyda halida says
rasa2 brpa modal boleh bwa utk masuk sana ek?
razmi says
dh pergi ke puan.. sy pegi hatyai 29 dis 2017- 01 jan 2018. sy kerap juge bwk trip p sane..
salmah s hassan says
salam. sy cadang nk ke hatyai bersama suami&anak .. bagaimana jika nk mengunakan khidmat trip tuan? terima kasih
Admin says
Sorry.. saya tak buat servis travel agent… ni pengalaman personal jer ni tp kat hujung entry saya ada bg no contact yg boleh bantu puan…
Kavita says
Dari padang besar ke hatyai berapa Dan nak booking macamana .tq
Zura says
Next week trip kami 6 branak ke sana..hope semoga berjlan lncar dan dipermudahkan..nk tya gak bape nk kena stby utk 4hr 3mlm ni..
Zahura says
Hai..nak tnye,dri hotel hatyai nak ke pdg besar bole naik van x?Ets sy dri pdg besar -kl sentral 12.50 tgh hri,agk2 dri hatyai pukul berapa sy kena bertolak
Admin says
Hi, boleh jer ambk van ke padang besar. Nasihat saya kena bertolak dari Hatyai dalam pukul 9.30 pagi. Satu jam perjalanan ke imigresen. Pastu kena bg extra time utk urusan kat imigresen. Situ tak boleh agak cpt atau lembat, bergantung kpd ramai org tak. So, better bg masa 2 jam utk imigresen supaya x kelam kabut.
zetty says
bole saya taw kat mana encik dapatkan van untuk hari kedua tu? bole kongsikan tak no dy? van tu muat utk berapa org?
Bella says
Ada sesiapa pernah pergi hatyai masa pesta air tak? Boleh share…tq
Mas says
Hi nak tanye..nombor van yg tertera tu sediakn perkhidmatan van di hatyai ke?
liza says
best nye
berangan nk pegi April nnt…
arap hajat kesampaian…
ngah google2 n baca2 blog pengalaman org2 yg dah pegi…
asmida says
Sama laaa nak p april jgk ke sana..tgh kumpul ilmu dlu..hihi
Maya says
Nak thu cara nk ke hayyai..bleh share terima kasih
ciksiti says
salam, saya akan ke hatyai pada awal Mei ini, nak tanya…untuk tiket bas dari Hatyai ke TBS/KL sentral… senang tak nak cari stesen bas atau tempat beli tiket bas berdekatan Hatyai city centre?
Sekiranya saya beli melalui online, di manakah pick up point di Hatyai?
Admin says
Wslm… Sorry saya takde pengalaman naik bas ke Hatyai. Kalau reader lain ada pengalaman mungkin boleh bantu. Tapi saya syorkan cuba survey untuk naik train sebab ada yg kata naik train lebih menarik.
Miss says
Hi nice entry..saya dh try naik van dan tuktuk untuk jalan sampai Songkhla. Naik van memang best sebab perjalanan jauh, x panas ada aircond, kalau pakai tuktuk panas nak pula berhenti di traffic light.. Hihi
Aida says
Kami 6 org dah plan nak ke Hatyai November ni utk 4H3M… konon nak merasa naik ETS, tapi plan punya plan, sampai tiket ETS utk date yg nak pergi dah kehabisan… last sekali kami naik bas aje lah… RM140 per person pergi balik.
Luckily, ada bas dari Sbg Airport-Hatyai-Sbg Airport (belakang rumah aje!) … Kami dah siap2 book travel agent kat sana, semua sekali termasuk van/tour/ insurance/hotel (Grand Plaza) x 2 bilik x 3 malam utk 6 org = Thai Bhat 14,050 (lebih kurang RM 300 per person) – malas nak pening2 kepala.
Harap semua berjalan lancar this November, in syaa Allah.. trip 3-6 Nov 2018
Admin says
bestnya.. enjoy yer…
Najwaakutravel says
Hi semua. Saya nak pergi Hatyai bulan 12 ni (6-9 Dec 2019) by bus. Ikut trip #AkuTravel agency. RM299/pax termasuk transport, hotel & travel insurance. Kalau berminat boleh contact sye 018-9581995(najwa) or najwaakutravel@gmail.com