Cuti sekolah ni mesti ramai yang plan untuk bercuti kan… Kat mana destinasi percutian korang? Kalau korang ada perancangan nak bercuti ke Penang dan nak bermalam kat tengah town, aku cadangkan korang try bermalam di Glow Penang Hotel sebab hotel ni terletak dicelah bangunan lama kat George Town. Aku tak pasti hotel ni hipster ke idokkk tapi memang berkonsepkan minimalis.
Hotel ni kecik jer, tapi kemudahan yang disediakan memang terbaek siap ada swimming pool dan jugak fitness centre. Walaupun gym hotel kecik giler tapi ok la kann untuk guest yang nak bersenam.
Juga terdapat kemudahan wifi di keseluruhan area hotel termasuk dalam bilik. Ni aku update entry ni pun guna wifi hotel. Agak laju dan puas hati. Kekadang ada hotel yang sedia wifi tapi bila nak guna menyakitkan hati jer. Selalu jer macam tu.
Okeh jom ushar dalam bilik hotel macam mana. Sebab aku stay sini sorang jer, jadi memang aku ambik single room. Aku dapat bilik kat tingkat 6 yang non smooking floor. Keseluruan hotel ni ada 8 tingkat.
Dulu aku pernah stay sini sekali dan dapat bilik yang design sama sebijik macam ni, colour kuning jugak. Kalau la diorang punya konsep menggunakan tema warna mesti lagi cun kan. Dapat la merasa dan jamu mata dengan pilihan bilik yang pelbagai warna, takde la bosan sangat kan. Tapi so far saiz bilik ok jer bagi aku, tak besar sangat tapi memadai untuk saiz single room. Aku ade gak ushar bilik member aku yang ambik bilik double bed, saiz bilik agak besar. Cuma satu yang aku tak berapa suka sebab size katil tu kecik dan tilam tak empuk sangat. Kalau la katil yang disediakan bersaiz super single dan bila baring jer boleh tenggelam separuh badan, perghhh mesti lagi ohsemmm. Bab kebersihan bilik aku boleh bagi 5 bintang.
Toilet bagi aku ok jer, yang penting kebersihan tiptop dan tekanan air kuat. Setengah orang suka hotel yang ada bath tub tapi aku tak kisah sangat sebab aku bukan jenis suka berendam pun. Kalau ada tu kiranya bonus la untuk korang yang suka berendam.
Kemudahan lain yang ada dalam bilik ni adalah flatscreen tv yang ada lebih kurang 10 chanel astro. Semua chanel clear dan pelbagai termasuk 2 chanel movie dan jugak sport chanel. Kemudahan lain sama jer macam hotel lain, ada conplimentary tea and coffee set, freezer, safety box, hair dryer dan paling aku suka ada 4 plug point, 2 kat kiri kanan kepala katil. Senang nak caj segala jenis gadget. Iron kena mintak kat house keeping la kot…
Dah nama pun hotel kat tengah bandar kan, jadi view yang ada pun adalah bangunan-bangunan lama jer la. Kalau stay sini better request bilik yang tinggi sikit sebab kalau rendah nanti bising dengan bunyi kenderaan.
Cuma 1 jer masalah hotel ni yang aku rasa memang agak kritikal iaitu parking. Fuhh susah giler nak dapat parking sebab parking hotel terrrrsangat limited tapi korang masih boleh park kat parking lot tepi jalan cuma kena bayar la. Kalau tak bayar risiko tanggung sendiri.
Untuk hotel yang bertaraf 3 bintang, harga bilik bagi aku takde la budget sangat sebab single room aku ni pun dah RM150++… Kalau bilik double, harga lebih dari RM200… Tapi korang boleh try survey secara online. Staff hotel kat counter cakap, harga bilik sentiasa sama dengan web booking.com cuma bezanya kalau guest yang pernah stay sini korang boleh call direct hotel jer untuk booking sebab akan dapat 10% diskaun.
Kalau tanya aku next time nak stay sini lagi tak? Yesss aku akan stay sini lagi bila ada urusan kerja kat Penang cuma kalau nak stay dengan family dan bawak anak-anak rasanya hotel ni bukan pilihan aku. Sebab kalau ada kids aku lagi suka bilik hotel yang lantainya full carpet.
GLOW Penang Hotel
101, Jalan Macalister
10400 George Town
Penang.
Tel: 04-2260084
www.glowbyzinc.com/penang
kisahsidairy says
not bad semua eh..nanti pi penang boleh la menginap kat hotel ni
~ Kisahsidairy~
Faizal Fredley says
ok lah tu..bilik di amcam best je tgk….gym kecikkk
Noriza Abdul Rahman says
Dapat hotel yang non-smoking area memang aman dunia kan dari asap kotor tu
Julia Johari says
Wah tema kuning bilik hotel ni…tp kerlas bg julia sebab ada swimming pool…glow ni selalu nampak dalam carian google…