Sebenarnya aku masih tak boleh move on lagi dengan trip aku ke Jepun bulan 10 tahun lepas. Pengalaman sekali seumur hidup bila dijemput oleh Tourism Japan untuk mempromosikan Muslim Trip ke Japan. Korang boleh baca pengalaman bercuti ke Jepun yang aku ceritakan dalam blog aku ni.
Korang nampak tak gambar atas ni? Ni adalah salah satu restoran makanan Jepun yang aku pergi masa kat Fukuoka. Dari luar nampak macam biasa jer sebab restoran ni ade kat celah-celah lorong… Tapi bila masuk dalam, diorang bawak turun ke ruang makan bawah tanah… Perghhhh… Kagum kejap… Takde ke ehhh kat Malaysia yang nak buat konsep macam ni… Yang aku nampak kat Malaysia ni kebanyakan restoran makanan Jepun selalu hidangkan sushi yang atas landasan bergerak tu…
Okeh.. Takyah laa cerita pasal restoran kat sana… Kang kata aku poyo lak kan… hehehe… Aku nak ceritakan restoran makanan Jepun yang aku pergi baru-baru ni iaitu Konichiwa Cafe yang terletak di Bangi. Kalau dari rumah aku di Cheras nak ke sini tak jauh pun… Waze jer Konizhiwa Cafe, sedar-sedar dah ade depan restoran. Kalau orang Bangi mungkin dah familiar dengan restoran D’One Steak kann… Haaa restoran ni berjiran jer… Huhuhu…
Cafe ni jauh tersasar dari imaginasi aku sebelum sampai sini. Sebabnya aku dok terbayangkan konsep cafe ni mungkin tak jauh beza dengan restoran Jepun yang aku biasa aku pergi tapi rupanya tak langsung. Kat sini diorang mengetengahkan konsep moden kontemporari tapi ade la jugak sikit elemen Jepun yang dimasukkan. Aku ok jer dengan konsep yang macam ni sebab nampak kemas dan teratur, cuma mungkin dari segi dekorasi takda apa yang istimewa. Cafe ni boleh muat hingga 30 orang dalam satu masa, kiranya kalau nak buat event atau birthday party kat sini memang cunn sangat…
Sebenarnya aku ke sini bersama rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari. Sementara tunggu yang lain sampai, selfie dulu seround. Bebudak ni dah tak sabar tunggu makanan. Kalau nak tahu, Konichiwa Cafe ni mempunyai variety menu yang sangat menarik. Diorang menawarkan 70% makanan Jepun dan 30% lagi makanan tempatan dan barat. Kiranya kalau dalam ahli keluarga tu ada yang tak suka makanan Jepun, diorang masih boleh order makanan lain contohnya nasi goreng atau western food. Meh aku nak tunjuk menu yang kitorang try hari tu…
Amacam? Terliur tak? Ni yang makanan Jepun punya… Kalau tanya aku yang mana paling aku suka, aku suka Chicken Teppanyaki, Cheeze Tori Karagee dengan Okonomiyaki… Korang tahu tak takoyaki? Alaaa kat pasar malam pun dah ade orang jual sekarang ni… Yang bulat-bulat pastu ade isi kat dalam. Haaa Okonomiyaki tu sama la rasanya tapi dalam bentuk pizza… Bagi aku yang jenis tekak tak berapa melayu ni, semua ok dan sedap jer..
Untuk buat sushi dan juga makanan Jepun yang lain, restoran ni ada juga mengimport bahan-bahan khas dari Jepun supaya rasa keaslian Jepun tu masih ada. Tapi tak perlu risau sebab semua bahan-bahan yang digunakan tu dipastikan mempunya pengiktirafan halal yang diiktiraf. Jadi dari segi kehalalan memang tak perlu diragui.
Dan dari segi kepakaran Chef yang menyedia makanan Jepun kat sini juga memang sangat berpengalaman. Chef Jefri mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam menyediakan makanan Jepun di luar negara. Chef Melayu beb… Anak tempatan! Dan restoran ni diusahakan 100% Melayu bumiputera. InsyaAllah sikit masa lagi diorang akan dapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM. Sekarang belum ada lagi sebab proses dapatkan sijil halal ni memakan masa dan restoran ni pulak baru beberapa bulan dibuka.
Atas ni antara pilihan menu local dan barat yang ada kat cafe ni. Chef yang menyediakan menu ni adalah chef yang berbeza. Ikutkan tekak aku memang semuanya sedap, kalau tekak korang tak tahu la kann.. Bagi aku berbaloi datang sini… Kalau tanya aku nak repeat lagi tak? Yessss aku nak datang lagi sebab ade beberapa menu yang aku tak puas makan hari tu. yer laaa sebab makan kongsi-kongsi kan… huhuhu…
Untuk maklumat lanjut boleg refer detail kat bawah ni:
Jalan 6/7b, Seksyen 1,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Phone: +60 12-200 2090
(Landmark sebaris dengan kedai makan D’One Steak Bangi )
Waktu Operasi:
Isnin: Tutup
Selasa – Khamis: (12.00 tengahari hingga 10.00 malam)
Jumaat: (2.00 petang – selepas solat Jumaat hingga 11.00 malam)
Sabtu – Ahad: (2.00 tengahari hingga 11.00 malam)
Facebok: Konichiwa Cafe
Instagram: Konichiwa Cafe
Leave a Reply