Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Perkhidmatan EziBox Pos Laju harus diberi pujian

March 10, 2017 by Admin 15 Comments

Spread the love

Aku kalau beli barang online biasanya memang terpaksa collect sendiri kat pusat pos laju sebab rumah jarang ade orang kalau hari bekerja… Petang bila dah balik rumah hanya mampu collect kertas pos laju bawah pintu jer la… Huhuhu…

Dulu kalau ape-ape barang yang nak di pos kat aku, aku bagi alamat office jer. Tapi sejak dua menjak ni pos laju dah tak hantar barang kat office. Diorang hanya tinggalkan kertas jer sebab bahagian pentadbiran kat office aku ni cakap kalau barang persendirian diorang dah tak terima. Demmm… Kena collect sendiri jugak… Masalah betul…

Baru-baru ni aku ade terima kertas pos laju yang ditinggalkan kat bawah pintu rumah. Macam biasa nanti aku akan pergi collect sendiri, tapi tak sempat aku pergi collect tiba-tiba dapat sms dari pos laju.

RM0.00 Untuk kemudahan anda, item Pos Laju EH381162667MY kini di EziBox@PO Caw Serahan Batu 9. Sila ambil sebelum 10/3/2017 9:21:59 AM. No. PIN: xxxxxx. Dari, Pos Laju.

Aikk… Selama ni tak pernah pulak dapat sms macam ni. Dan bagusnya lagi sebab Batu 9 Cheras lagi dekat dengan rumah aku compare pusat pungutan pos laju yang biasa aku pergi kat Balakong tu. Dan lagi best sebab masa collection die bagi sampai 10 malam. Takyah aku rushing balik kejer nak berkejar collect barang pulak… Tapi kena collect dalam masa 3 hari terima SMS tu, kalau tak collect nanti diorang akan return ke pusat pos laju dan kena pergi sana untuk collect kat kaunter.

So, baru-baru ni balik jer dari kejer aku terus singgah Pejabat Pos Laju Batu 9 Cheras. Mula-mula agak konfius sebab kaunter dah tutup. Yang ada kat bahagian dalam tu tempat staff pos laju sort barang. Aku nak masuk tanya tapi kat luar tu tertulis orang luar tak dibenarkan masuk kawasan kerja. Hurmmm… Dah la masa tu takde sape yang boleh aku tanya.

Bila aku nak balik baru perasan kat pagar pejabat pos tu ade mendalah macam gambar atas ni. Lain macam jer nampak, terus aku singgah dan ushar sebab ade nampak perkataan collect kat situ…

Selamat Datang ke EziBox! Disebabkan ni kali pertama aku nampak mendalah ni. So, try jer la tekan-tekan apa yang patut. Pastu die mintak masukkan tracking nombor then die mintak pulak no pin. Aku teringat sms yang aku terima siang tadi tu ada bagi no pin. Aku try masukkan no pin tu. Kemudian untuk pengesahan die suruh isikan nama penuh dengan ic number.

Tadaaaaa… Tibe-tibe ade 1 pintu peti terbukak… Kat screen die ade tunjukkan kedudukan peti yang ada barang aku (bertanda hijau). Fuhhh… Kagum rasanya. Senangnyaaa… Walaupun aku 1st time cuba, tapi tak menjadi masalah. Frendly user la kiranya…

Tu haaa barang aku kat dalam tu… Waahhh senang la kalau macam ni… Kalau korang perhatikan, peti kat sini ada banyak size… Maksudnya kalau barang besar pun diorang masih boleh tinggalkan kat sini… Tunggu kite datang collect jer… Lepas dah collect nanti, penerima akan terima sms pengesahan penghantaran. Kalau nak kirim orang lain tolong ambikkan barang pun boleh jer tapi kena ade detail seperti nama penuh, no ic, tracking number dan jugak no pin yan telah dimaklumkan melalui sms.

Bijak la idea EziBox ni sebab memang memudahkan pengguna yang macam aku. Kedudukan EziBox ni pulak memang betul-betul tepi jalan dan tempat yang mudah dilihat, kiranya tak perlu susah-susah cari parking. Berhenti kejap tepi jalan pastu tekan-tekan ikut arahan then dah boleh ambik barang. Bagus pos laju sebab kreatif dan inovatif dalam meningkatkan kualiti servis. Harap lepas ni boleh banyakkan lagi kemudahan ni dan lagi best kalau setiap kawasan ade 1 kemudahan EziBox macam ni.

Oh yaaa… Fungsi EziBox selain untuk collect barang, kat sini jugak boleh buat penghantaran barang pos laju. Tak perlu susah-susah ke pejabat pos… Tapi caranya aku belum try lagi… Nanti aku dah try aku ceritakan kat blog okeh…

Filed Under: Personal, Review, Servis Tagged With: Personal, pos laju, review, servis

« Konichiwa Cafe bukan restoran makanan Jepun yang biasa
Tahun ke-3 Akiff berhari sukan di tadika »

Comments

  1. shafyqah says

    March 10, 2017 at 9:40 am

    whaaaa bestnya. hope kat kedah pun ada lah benda macam ni ><

    Reply
  2. Jean Gallyot says

    March 10, 2017 at 11:50 am

    EziBox memang memudahkan & menjimatkan masa…

    Reply
  3. Kisah si dairy says

    March 10, 2017 at 4:23 pm

    bagusnya ada macam ni..xde lah barang kena return..kalau dah masuk balik poslaju.biasanya kena collect gak masa hari bekerja…payah..Bila dah ada ezibox ni rasanya lebih mudah kot…bilalah kat tempat saya nak ada ni

    ~ Kisahsidairy~

    Reply
  4. umminani says

    March 10, 2017 at 8:16 pm

    Baru tau fungsi. biasa hntr kt rumah pengasuh jer

    Reply
  5. lokmanamirul says

    March 13, 2017 at 12:05 pm

    mcm menarik jer ezibox nie

    Reply
  6. mohd rawi says

    April 11, 2017 at 6:55 am

    wah sekarang dah mudah.. lepas ni pos lagu lebih friendly pengguna..

    Reply
  7. mimie says

    December 31, 2017 at 4:58 pm

    nama penuh tu nama kita atau nama orang yang tolong ambil?

    Reply
    • Admin says

      January 4, 2018 at 9:36 am

      Nama pemilik barang.

      Reply
  8. syirah says

    February 1, 2018 at 7:12 pm

    kirenye dia akan hantar barang kat rumah dulu tp klu takde org dia letak dkt ezibox?

    Reply
    • Admin says

      February 1, 2018 at 11:07 pm

      Yeszza.. sepatutnya mcm tu. Bila penghantaran ke rumah gagal, die akan tinggalkan nota. Pastu nnti bile brg dah masuk dlm ezbox die sms kan no pin utk collect.

      Reply
      • Azeem says

        November 28, 2018 at 9:07 pm

        Haa saya tadi dpt no pin collet tpi dia suruh datang 30/11 so saya nak barang saya tu esokk , Macammana yaa ?

        Reply
        • saiful says

          May 16, 2020 at 6:58 pm

          datang la tulat

          Reply
  9. nadira says

    May 22, 2018 at 4:37 pm

    Nak tanya, sy punya barang seller anta kat ezibox 7May, n sampai sekarang status still dlm ezibox. now dah 22May. Memang ambil masa lama ke? Sebab xde dapat surat pos atau mesej pun. Please respon.

    Reply
    • Admin says

      May 23, 2018 at 3:22 pm

      Sorry tak dpt nak bantu. Kena call pos sendiri sbb sy hanya kongsikan pengalaman dan pandangan sy ttg servis ni.

      Reply
  10. Fauzan says

    June 9, 2018 at 10:04 am

    ambil barang dekat ezibox kena bayar tak?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative