Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Tahun ke-3 Akiff berhari sukan di tadika

March 14, 2017 by Admin 6 Comments

Spread the love

Masuk tahun ketiga dah Akiff berhari sukan kat tadika dia. Setiap tahun aku mesti coretkan cerita dan gambar-gambar Akiff bersukan… Supaya nanti bila dia dah besar, dia bukan sekadar ada koleksi gambar hari sukan tapi siap ade cerita sekali apa yang berlaku. InsyaAllah selagi boleh abah akan simpan semua kenangan dan pengalaman Akiff membesar kat dalam blog abah ni.

Seronok bila baca balik, Sport day tadika Akiff ketika Akiff 4 tahun dan juga hari sukan tadika Akiff ketika dia berusia 5 tahun. Tempat yang sama, tadika yang sama, uniform yang sama cuma saiz baju jer berbeza sebab dah besar dah… Dah jadi senior kat tadika. Tahun depan darjah 1. Alahai cepatnya membesar…

Macam tahun-tahun sebelum ni jugak, kitorang antara yang sampai awal pagi. Keluar rumah memang tak makan ape pun lagi sebab dah tahu breakfast disediakan kat sana. Cuaca pagi tu cerah dan panas walaupun malam sebelum tu hujan lebat. Akiff macam biasa la, sebelum acara bermula dia sebok main dengan kengkawan dia. Kalau dulu memang aku kena temankan die tapi sejak dah jadi senior kat tadika tu, laju jer die pergi main sendiri.

Acara bermula jam 8.30 pagi. Akiff dan kawan-kawan dia mula beratur dalam barisan dan berkawad. Comel sangat tengok diorang berkawad. Tahun ni adik Azif ushar jer dulu dari jauh k. InsyaAllah tahun depan atau 2 tahun lagi giliran Azif pulak.

Acara sukan bermula dengan game untuk bebudak umur 3 dan 4 tahun. Kemudian 5 tahun dan baru giliran Akiff untuk 6 tahun. Setiap katigori diorang akan bermain dalam 2 acara sukan dan acara ketiga adalah rebut gula-gula.

Ni acara pertama Akiff, lari dalam sarung. Kemain bersemangat dia melompat cuma lambat part nak masuk dalam sarung tu jer.

Acara kedua adalah berlari sambil golekkan giant ball. Yang ni memang nampak Akiff laju dari kengkawan dia. Mungkin sebab dia dah biasa lari masa training badminton, memang nampak la kecergasan dia kat situ.

Acara ketiga dan terakhir semestinya yang semua bebudak paling suka. Rebut gula-gula! Ingat lagi masa Akiff 4 tahun, dia tak pandai sangat nak rebut gula-gula tu. Dapat sikit jer. Tapi tahun ni kemain banyak die dapat. Penuhhh topi sampai melimpah. Kemain aggresif sebab aku nampak ada kawan dia cuba ambik gula-gula dalam topi Akiff, dia siap marah lagi. Hahaha…

Habis semua acara untuk bebudak tadika, tiba acara terbuka untuk kanak-kanak sekolah rendah dan juga untuk ibu bapa. Aku tak join pun sebab malas.. Hahaha… Ada 2 acara untuk parents, yang pertama si ibu kena tiup 5 biji belon dan si bapa kena ikatkan dan simpulkan kelima-lima belon dalam 1 ikatan. Game kedua tak pasti lak sebab time tu aku tengah kejar dak Azif yang sebok nak main buaian.

Penutup majlis semestinya penyampaian hadiah untuk semua bebudak dan juga pemenang acara terbuka. Lucky draw pun ade jugak tapi aku tak dapat pun. Huhuhu… Pernah dapat lucky draw sekali jer masa Akiff 4 tahun, kire ok la tu kann… Dapat gak merasa. Event habis pukul 10.30 pagi dan berlangsung dengan lancar. Tahniah dan terima kasih cikgu-cikgu…

Loading

Filed Under: Akiff, Family, Parenting, Personal, Tadika Tagged With: Akiff, Parenting, Personal, Sukan, sukan tadika, Tadika

« Perkhidmatan EziBox Pos Laju harus diberi pujian
Teruja dengan Glory Beach Resort, Port Dickson »

Comments

  1. umminani says

    March 14, 2017 at 12:58 pm

    anak aktif anak yang sihat dan cergas, semoga jadi anak yang soleh ya sayang.

    Reply
  2. Perdu Cinta says

    March 14, 2017 at 2:42 pm

    Alhamdulillah…suka je tengok Akiff bersukan..

    Reply
  3. JMR says

    March 15, 2017 at 11:44 am

    meriah..acara utk bapak takde sekali ke? hehe

    Reply
  4. mira caliph says

    March 17, 2017 at 4:14 pm

    en lan baru saya perasan gambar ke tiga saya ter photobomb pulak…nampak raksaksa di situ..hahahahaha….tahun depan akiff dah darjah 1 dah..cepatt jeee masa tu..
    rasa macam baru je semalam saya survey2 blog pasal krista lepastu tgk blog en lan terus la takda survey2 lagi tadika untuk anak..terus yakin…

    Reply
  5. Noriza Abdul Rahman says

    March 22, 2017 at 9:19 am

    Kalau ada acara untuk parents pun meriah juga ni kan

    Reply
  6. Faris says

    March 30, 2019 at 1:52 pm

    Teringat waktu kecik-kecik dulu time dekat tadika.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative