Bila cerita mengenai Negeri Sembilan, mesti teringat keindahan serta kesenian negerinya dengan reka bentuk bangunan yang sangat unik. Selain itu, masyarakat melayu di sana memang terkenal dengan Adat Perpatih yang diwarisi dari zaman berzaman. Adat ini memberi keistimewaan kepada kaum wanita yang dianggap melahirkan anggota masyarakat dan mempunyai hak yang utama dalam pembahagian harta pusaka. Syurga di bawah tapak kaki ibu kannn? Untung laaa kaum ibu kat sana. Hurmmm… Apa lagi yang terlintas di benak kepala korang bila sebut pasal Negeri Sembilan? Kalau aku dah tentu laa Port Dickson (PD) yang menjadi tumpuan ramai pengunjung disebabkan dikelilingi oleh pantai-pantai yang cantik. Antara pantai yang ade kat sana adalah Pantai Teluk Kemang, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Saujana, Blue Lagoon, Pantai Bagan Pinang dan Pantai Tanjung Gemok. Banyak rupanya port tepi pantai yang menarik kat PD ni kannn… Tapi pantai yang paling meriah dan sesak setiap hujung minggu adalah Pantai Teluk Kemang. Seingat aku, baru sekali aku pernah pergi situ walhal bukan jauh sangat pun dari KL kann… Kalau korang memang kaki main air memang wajib pergi PD! Dekat sana ada banyak aktiviti yang boleh dibuat selain mandi pantai. Antaranya banana ride, parasailing, jetski dan buggy ride.
Fuhhh… teringat percutian keluarga aku ke Langkawi bulan 12 hari tu… Tapi macam biasa la aku kalau nak bercuti, antara factor utama yang aku ambik perhatian adalah penginapan. Kalau nak percutian lagi best, kena cari port bermalam yang paling berbaloi. Bukan sekadar tempat penginapan jer selesa tapi ade menyediakan kemudahan lain yang menarik jugak. Kat PD memang banyak sangat resort dan hotel yang menarik. Cuma kena bijak la buat survey untuk menginap dekat mana. Kalau aku tak suka tempat yang ramai sangat pengunjung, so aku prefer pantai yang kurang sibuk tapi still lagi boleh mandi manda contohnya Pantai Tanjung Gemok. Aku dah aim satu resort ni yang aku rasa sangat berbaloi iaitu Glory Beach Resort. InsyaAllah, dah masuk dalam list percutian keluarga aku untuk tahun ni.
Dekat Glory Beach Resort, korang boleh pilih samada nak book 1 bedroom apartment, 2 bedroom apartment atau 3 bedroom apartment mengikut jumlah family korang. Kalau macam aku anak beranak rasanya yang 1 bedroom pun dah memadai tapi kalau nak buat family gathering kena la pilih bilik yang paling besar, semua orang pun selesa. Nak jimat boleh book bilik dekat traveloka sebab they got a great price on glory beach resort tau! Try caya try la ushar sendiri… Kang fully booked menyesal. Semua bilik kat Glory Beach Resort ada disediakan dengan free breakfast and wifi. Benda basic ni kalau diorang tak bagi memang aku dah reject awal-awal… Hehehe. Living area apartment ni dilengkapi dengan balcony, colour LCD TV with selected HyppTV channels, coffee-making facility, telephone and air-conditioning units. So memang sangat selesa!
Apa lagi yang ada dekat resort ni? Haaa ada banyak lagi fasiliti disediakan untuk pengunjung seperti swimming pool, gym, steambath, BBQ Area/Lots (on rental basis). Malam-malam boleh berkumpul satu family buat BBQ. Perghhh best siot… siap di temani ombak malam! Perot kenyang hati senang gitteww. Tapi limit diorang bagi sampai 12 tengah malam jer laaa. Non-halal food is strictly not allowed. So untuk pengunjung yang beragama islam tak perlu risau dan was-was untuk join aktiviti ini.
Keesokan pagi boleh laa buat aktiviti fizikal pulak… main beach volleyball ke… beach soccer ke… basketball ke… squash ke.. Tapi kalau family aku takde maknanya nak main-main tu semue sebab bebudak semue pepagi dah mintak masuk ke laut. Macam pergi Langkawi hari tu, pepagi hari aku siap berangan nak berjogging tepi pantai tapi apakan daya sebab anak-anak bangun tido terus nak ke pantai. Nak tak nak terpaksa la join diorang sekali.
Dekat PD memang banyak kedai atau restaurant yang korang boleh pilih mengikut citarasa sendiri. Tapi since korang dah ada dekat area resort ni buat apa nak pergi jauh-jauh kan? Buat habis minyak jer. Apa kata korang try makan dengan satu family dekat Cafe Glory Beach Resort ni iaitu Karah Cafe. Pelbagai jenis masakan disediakan termasuklah makanan tempatan dan antarabangsa. Memang confirm puas hati dan berbaloi.
Dah penat jelajah pantai dan buat aktiviti kat resort ni, boleh la melawat beberapa tempat menarik lagi yang ada kat area PD. Boleh pergi Muzium Tentera dan bergambar dengan bangunan lama dan kenderaan tentera seperti keretaapi, jet pejuang, kereta kebal, senjata api dan meriam. Barulah rasa sayang dekat tanah air kita Malaysia semakin bertambah. Akiff dengan Azif mesti suka sebab diorang memang obsess dengan kenderaan terutama yang rare macam kenderaan tentera. Kalau nak buat aktiviti lain sikit boleh jer singgah Ostrich Show Farm kat PD ni. Atau pun yang kaki bergambar tu wajib pergi ke Alive 3D Art Gallery dan Rumah Terbalik Port Dickson. Banyak kan aktiviti yang boleh dibuat kat PD. Confirm puas hati sebab dalam 1 tempat ade banyaaaak sangat tarikan. No wonder la PD ni selalu jadi lokasi pilihan percutian keluarga.
Haih… tak sabar pulak aku nak bercuti dengan keluarga lagi. Lepak santai sambal sembang-sembang dengan mak abah…
lama tak gi pd,eddy tak suka pantai,panas katanya hahahhah….
nak holiday jugak… ermm tahun depan kot. tkpun cuti sekolah tahun ni . hehehee
Tak dinafikan memang best kat glory, baru 2 minggu lepas berkursus di sana.. luas hati makanan, layanan dan suasana
Ada pool! Si kembar mesti suka ni
Wahhhh. Seronoknya tgk org bercuti. Boleh plan for cuti sekolah kali ni.
kita memang pantang nampak laut..haishh
Suka pi pantai Teluk Kemang, best! Mandi pantai sambil bakar BBQ, syok!