Teringat pengalaman 6 tahun lepas, memang teruja giler masa buat persiapan untuk sambut kehadiran baby pertama dalam hidup. Kalau boleh nak semuanya lengkap bila baby lahir. Tapi atas nasihat ramai, tak semua aku sediakan untuk baby. Ikut keperluan masing-masing katanya sebab setiap orang keperluan adalah berbeza. Antara keperluan baby yang aku tak sediakan adalah baby cot. Yup, baby cot atau katil baby tu… Kenapa aku tak sediakan? Sebab ramai yang cakap baby cot tak penting pun sebab baby akan lebih banyak masa disebelah ibu. Lagi pun menyusahkan ibu nak susukan baby.
Hurmmm… Itu kalau kite fikirkan keperluan baby cot hanya ketika dia masih kecik kan. Kenapa tak kite fikirkan keperluan baby cot tu sehingga dia membesar. Korang perasan tak dalam cerita omputih biasanya diorang akan letak anak diorang dalam baby cot. Tak kira la dari kecik hingga ke besar. Macam la diorang tak susukan baby kannn… Bagi diorang, baby cot tu adalah satu keperluan.
Tahu tak korang yang penggunaan baby cot dari kecil sebenarnya membina self confidence baby tu. Cuba korang bayangkan, mat saleh dari anak kecik lagi diorang dah letak baby tu kat bilik sendiri dalam baby cot. Cuba kalau anak kite, baru letak kejap jer dah meraung. Haaa itu sebabnya kite dah terbiasakan baby kite untuk rasa selesa dan selamat bila berada dekat dengan kita. Kalau boleh baby nak sentiasa dalam pelukan kite. Kalau kite tinggal kejap jer baby dah mula meraung. Haa itu tandanya kita sendiri yang tak membina self confident baby tu.
Tapi seeloknya biar lah baby tu merasa sentuhan ibu sebab sentuhan tu menguatkan kasih sayang antara ibu dan anak. Sentuhan ibu akan buatkan anak rasa selamat dan tenteram… Haaa… Dah tu ko fikir anak mat saleh tu takde kasih sayang? Tak rasa tenteram? Nanti ko jugak yang kata “baby ni tak nak kat orang lain, asyik nak melekat jer dengan mak die..” Memang la kan sebab kite yang ajar die macam tu…
Ada yang kata bila gunakan baby cot susah nak susukan baby.. Hurmmm… Tahu tak korang yang menyusukan baby secara duduk lebih baik dan selamat. Lebih baik tu maksudnya production susu tu dapat berjalan dengan lebih sempurna dan baby jugak tak mudah tersedak. Kalau menyusu sambil mengiring atau baring, ada kemungkinan si ibu boleh tertidur dan itu merisikokan baby. So, secara logiknya setiap kali nak susukan baby, si ibu kena duduk dan ambil baby tu untuk disusukan. Menyusu sambil duduk juga memerlukan ibu untuk peluk baby dan itu adalah sentuhan yang sepatutnya baby perlukan. Dan bila baby dalam baby cot, memudahkan si ibu untuk angkat baby tu.
Aku bagi contoh situasi dan masa-masa yang dirasakan sangat bergunanya baby cot ni.
i. Andai si ibu atau bapa jenis tido ‘mati’ atau tido ‘buas’… Penggunaan baby cot dapat mengelakkan dari baby tu ter’tindih’…
ii. Sekiranya korang ada anak-anak lain yang lebih dewasa, seeloknya letakkan baby dalam baby cot supaya baby ada ruang dia sendiri dan mengelakkan dari si abang atau kakak main terkena baby.
iii. Sekiranya korang nak buat kerja di dapur atau memerlukan untuk tinggalkan anak sendirian sebentar, elok tinggalkan baby dalam baby cot sebab khuatir baby merangkak pergi ke tempat bahaya contohnya tangga.
iv. Untuk parents yang ada anak kembar, penggunaan baby cot sangat sangat diperlukan untuk kawal pergerakan baby. Bila baby dah mula merangkak, memang tak terkawal lebih-lebih lagi masa nak pakaikan pakaian diorang.
v. Kalau rumah korang ada binatang peliharaan seperti anjing atau kucing, penggunaan baby cot adalah perlu untuk memberikan ruang privasi kepada baby apabila tidur.
Ramai yang tak menggunakan baby cot sebab merasakan penggunaan baby cot tu hanya sementara. Bila baby dah besar diorang dah tak nak duduk dalam tu. Nanti membazir jer dan sudahnya baby kot tu tersimpan jer dalam store. Sebenarnya penggunaan baby cot jika dibiasakan kepada baby boleh berfungsi sehingga usia baby mencecah 2 tahun atau lebih. 2 tahun tu bukan sementara okeh… Kira lama jugak laa.. Itu belum dikira bila baby tu dapat adik dan adik dan adik…
Dan kalau korang nak jadi ibu bapa yang lebih bijak, cari baby cot yang pelbagai fungsi untuk maksimumkan penggunaan baby cot tersebut. Bercakap tentang baby cot pelbagai fungsi ni, baru-baru ni aku berpeluang untuk melihat produk-produk keluaran Babyhood Malaysia. Serius aku cukup tertarik dengan produk-produk diorang sebab setiap produk yang dikeluarkan mempunyai pelbagai fungsi.
Pada hari tersebut aku berpeluang untuk lihat sendiri bagaimana baby cot di’transform’kan kepada set meja belajar macam bawah ni.
Haa kalau produk inovatif macam ni baru la betul-betul berbaloi. Bila anak dah besar boleh digunakan sebagai meja study pulak kannn.. Produk ni dinamakan 5-in-1 Sova Cot. Boleh ditukar kepada 5 bentuk dan fungsi yang berbeza.
Selain tu ada jugak produk lain yang diperkenalkan iaitu Amani 4-in-1 cot yang mana fungsi uniknya adalah boleh dijadikan sofa atau day bed.
Ada banyak lagi baby cot lain yang ada dan semuanya unik dan pelbagai fungsi. Baby cot yang sesuai dibawa travel pun ada. Lebih ringan dan boleh dilipat.
Selain tu, ada juga produk lain seperti kerusi yang membantu si ibu menyusukan dan menidurkan baby dengan selesa. Antaranya adalah Diva Glider seperti dalam gambar bawah ni.
Nampak pun dah tau memang selesa sangat kan. Kerusi ni memang direka khas bagi keselesaan si ibu ketika menyusukan baby. Miss Permaisuri dah try dan dia kata memang selesa, lebih-labih lagi kerusi ni boleh swing dan bergerak bersama-sama dengan tempat letak kaki tu. Sambil susukan baby sambil swing.
Korang kalau nak tahu banyaaaak lagi produk menarik dari Babyhood Malaysia ni contohnya stroller, carrier, car seat dan banyak lagi boleh la ushar di http://www.supremeglobal.com.my/products dan detail serta harga setiap produk juga ada dinyatakan kat sana. Sebagai pembaca Blog Abah Careno, korang boleh gunakan kod voucher BLG17 ketika membuat pembelian online di website tersebut untuk dapatkan diskaun sebanyak 15%.
Supreme Global Marketing Sdn Bhd (862993-T)
21-2, Jalan USJ 21/1
Subang Jaya
47630 Selangor, Malaysia
Call us at: +603 8023 3277
Email: admin@babyhood.com.my
ummi says
kalau boleh guna buat meja belajar i suka. x bazir. Ada anak 4, sorang pun x pernh dibelikan baby cot.
qaseh says
Rayyan xmo duk dlm ni huhuk
Moha says
Menariklah baby cot 5 dlm 1 tu….
Nina Mirza says
Wahh…. smart lah yg boleh transform jadi meja study tuu…!!
Mama Kembar 3 says
Wahh 1st time tau ada baby cot yg multipurpose camni, boleh guna lama ni
Ben Ashaari says
Kena dpt no 4 mcm ni.. Hahahaha..
shiqeen sattar says
cantik lah baby cot 3 in 1 tu…
Eija says
Dulu ank 1St n 2nd tak beli juga.. Yang 3rd ni saya beli sb ank yg 2nd baru 1y8m risau dia usik bby.. Hihi Alhamdulillah bby ok je duk dlm bby cot..
Perdu Cinta says
Sangat menang memakai ni….senang cakap boleh pakai sampai habis..penggunaan tahap paling maksimum..
rozita says
ye jugak ye lan.. lelagi kalau yang baby cot banyak fungsi tu.. rasanya berbaloi beli..
nadia johari says
suka tengok yang 5 dalam satu
nadia johari says
suka tengok katil dia