Lost World of Tambun ni bukan tempat baru, dah bertahun wujud tapi ntah kenapa tak pernah pun ade orang cerita kat aku tempat ni best. Tak pernah terlintas pun nak bercuti kat sini, mungkin marketing kurang berkesan kowt… Tahun lepas aku ikut rombongan sekolah Miss Permaisuri ke sini, fuhh menarik rupanya tempat ni. Rasa tak puas la pulak sebab masa tu tak betul-betul prepair untuk enjoy the park.
Awal tahun hari tu aku pergi MITA Fair kat Mines Convention Centre untuk cari pakej ke Lost World of Tambun. Biasanya kalau time expo macam ni harga ticket memang murah dari biasa. Dan jangan terkejut sebab aku berjaya dapatkan pekej penginapan di Lost World Hotel beserta dengan 2 ticket masuk dengan hanya RM1. Tak percaya? Kalau ramai yang nak tahu nanti aku cerita next entry k…
Plan nak bertolak dari KL pukul 7 pagi dan dijangka sampai Ipoh sebelum pukul 10 pagi sebelum taman tema bukak. Tapi biasa la kan kalau dah ada anak kecik ni, plan pukul 7 tapi pukul 8 baru dapat keluar rumah. Pastu ntah kenapa highway jem pulak hari tu. Sudahnya pukul 12 baru kitorang sampai sana. Tengah panas terik time tu…
Chekin time pukul 3 petang tapi disebabkan bilik belum ready, tak boleh nak chekin lagi. Diorang suruh pergi enjoy kat themepark dulu sementara tunggu time untuk chekin. Sebagai guest Hotel Lost World, themepark akan bagi korang keluar sekali jer untuk urusan chekin tapi kena masuk balik sebelum 4.30 petang. Tapi kalau korang stay hotel lain, korang tak dibenarkan keluar. Kalau dah keluar kena beli tiket baru untuk masuk balik. Ticket siang adalah valid sehingga ke malam tapi kena stay dalam tu sepanjang hari. Kalau nak datang enjoy waktu malam jer, pun boleh gak sebab ticket untuk Lost World Hot Spring & Spa ada dijual berasingan. Yang ni boleh start masuk pukul 6 petang sampai 11 malam. Apa beza themepark siang dan malam nanti aku cerita lanjut. Korang kena tekun membaca tau sebab entry ni agak panjang dan banyak gambar.
Kitorang masuk themepark lebih kurang pukul 1 tengah hari. Makanan luar tak dibenarkan dibawa masuk tapi aku berjaya jugak seludup roti sapu Nutella untuk Azif dengan Akiff. Diorang ni bab makan cerewet sikit, sebab tu aku seludup jugak sebab risau dalam tu takde makanan yang kena dengan tekak diorang. Tips seludup makanan masuk themepark takyah kot aku cerita. Pepandai la kannn…
Siang hari ada banyak giler tarikan yang ada untuk korang enjoy selain waterpark. Ada beberapa permainan yang macam kat funfair tu. Yang macam roller coaster pun ade gak tapi takde la extreme sangat… Then ada jugak petting zoo.
Kalau nak mudah dapat gambaran tempat ni, aku cadangkan sebaik jer korang masuk dalam themepark, pergi naik train/tram untuk pusing-pusing kat dalam tu. Area binatang semue die dah cover dah. Tapi kalau nak lebih dekat dengan binatang kena jalan kaki sendiri. Giler besar kawasan kat dalam tu, memang kena plan betul-betul kat mana korang nak jenjalan dulu. Ade jugak feeding time untuk haiwan-haiwan tertentu. Kalau plan betul-betul dapat la tengok. Pastu kena bijak susun program dalam tu supaya dapat tengok show yang ada.
Hari tu cuaca pada mula agak panas tapi panas kat Lost World of Tambun ni tak sama macam panas kat Legoland tau. Kat sini dikelilingi bukit dan kehijauan. Laluan pun ade jugak tempat-tempat redup bawah pokok. Tak terasa sangat terik tuu… Kalau yang ada anak kecik tu elok bawak stroller, at least boleh letak bag kalau anak tak nak duduk pun. Macam aku hari tu, stroller memang khas untuk letak bag.
Sementara tunggu Tiger Show pukul 3 petang, sempat la kitorang kayuh swan kat tasik, pastu main mendulang bijih timah dan ushar binatang-binatang yang ada.
Gigih kitorang tunggu pukul 3 petang untuk tengok Tiger Show tapi beberapa minit sebelum show mula, hujan turun dengan lebat giler. Show pukul 3 dibatalkan tapi ada 1 lagi show pukul 4. Plan asal lepas show nak balik hotel untuk chekin tapi sebab dah hujan lebat tak boleh nak gerak kemana-mana, terpaksa melepak jer situ tunggu show pukul 4. Seronok tengok Akiff dengan Azif enjoy the show.
Habis show kitorang terus gerak tukar pakaian untuk mandi manda sebab baju pun dah mula basah kena tempias hujan. Risau jugak takut budak Akiff dengan Azif demam main hujan tapi sebab diorang dah excited nak main air. Kitorang terjah jugak walaupun dalam hujan renyai.
Okeh kat sini sebenarnya kemuncak keseronokan bila masuk dalam Lost World of Tambun sebab waterpark die sangat luas, pelbagai tarikan dan permainan yang langsung tak membosankan. Bukan bebudak jer boleh enjoy dengan waterpark kat sini, orang besar pun sama naik. Okeh, aku biarkan gambar untuk expresikan keseronokan yang ada.

Masa ni hujan masih renyai lagi…

Sementara korang makan minum tu, anak-anak boleh main air jugak…

Masa ni memang kebulor tapi beli jugak makanan kat situ walaupun mahal…

Beach kat sana tapi aku tak pergi pun sebab nak main kat tempat yang ada slide…










Nak tahu apa beza Lost World of Tambun sesi siang dan malam? Kalau siang of coz semua game dibuka kepada pengunjung. Memang tak cukup masa nak explore segalanya dalam tu walau stay seharian. Malamnya pulak dipanggil Hot Spring and Spa by Night sebab hanya tertumpu bahagian waterpark sahaja. Dari permainan air bebudak sampai ke dewasa semua dibuka kecuali ada beberapa games air yang ditutup antaranya slide-slide yang ada kat situ.
Waktu malam hanya area Sandy Bay dengan Kids Explorabay sahaja airnya sejuk. Ehhh bukan sejuk tapi air biasa. Selain dari tu semuanya air panas. Air panas pulak ada banyak kolam ikut tahap kepanasan sendiri. Memang seronok sangat dapat berendam dalam air panas. Ade 1 slide kat area spa yang dibuka waktu malam dan air dalam slide tu pun air panas. Banyak kali jugak aku dok ulang main slide kat situ…
Serius best sebab kolam kat sini direka dengan cukup cantik siap lampu-lampu lagi. Suasana dalam kolam tu sendiri buat kite rasa nak bergambar setiap masa. Pastu kolam die ada pelbagai suhu dan ko akan terasa nak explore setiap satu. Ada 1 kolam refleksologi dimana dasar kolam tu diletakkan batu-batu untuk refleksologi.

Nampak tak pintu gua belakang Miss Permaisuri tu? Itu sebenarnya bilik sauna..
Kat sini ade locker untuk disewa, harga ikut saiz locker. Harga bagi aku ok jer, tak mahal sangat sebab locker tu boleh bukak tutup berapa kali pun. Aku ambik locker paling kecik untuk simpan barang-barang berharga. Yang lain-lain semue longgok kat stroller jer.
Kitorang keluar dari themepark pukul 8.30 malam then baru chekin masuk hotel. Lost World Hotel dengan themepark bertentangan jer. Takyah jalan jauh-jauh.
Bilik kat Lost World Hotel biase je. Takde yang special pun. Bilik air pun ok jer, tak sempit dan tak besar. Malam tu masing-masing dah habis tenaga dah. Aku dengan Miss Permaisuri dah mula risau kalau bebudak ni demam. Memang dah standby ubat demam dari rumah. Terjaga tengah malam jer terus aku chek suhu badan diorang, nasib baik tak demam.
InsyaAllah ni bukan kali terakhir aku ke sini. Bagi aku Lost World of Tambun adalah taman tema paling berbaloi untuk korang pergi. Dan dalam banyak-banyak taman tema kat Malaysia ni yang pernah aku pergi, kat sini adalah yang paling best sebab bukan bebudak jer boleh enjoy tapi orang dewasa pun boleh enjoy dengan tempat ni. Lagi pun harga ticket masuk pun masih boleh diterima.
Untuk harga ticket masuk ni korang boleh refer jadual bawah ni. Better beli online lagi murah dari beli kat sana. Lagi pun kalau beli online nanti korang just pergi kat kaunter online jer. Hari tu kaunter online takde orang pun.
Maklumat lanjut boleh klik website www.sunwaylostworldoftambun.com
Nak gambaran lebih jelas keseronokan tempat ni meh layan video yang aku buat…
Dapat pergi ke Lost World Tambun memang best.. boleh tolong rekemen pada kawan2.. 😉
Macam kena repeat semula je ke sini. Last pergi masa belum ada anak. Nampak mcm byk benda baru je tu. Kena survey juga nampaknya ni. Hehe
fuhh senang cerita Lost World Tambun memang lengkaplah….
tak boring
cuma satu jela bila masuk themepark makanan punya mahal…
seludup kena ada skill baru terlepas….
kalau tidak melepaslaaa makanan yang dibawa
Boleh ajar x.ank ssh nk mkn.kenapa ada roti ke biskut utk dia
sekali pi mesti rasa nak pi lagi….terbaik…ada tempat camping jugakan?
Okeh nak masuk dalam list utk family holiday tahun depan. Marilah start menabung hehehe
wishlist family vacation ujong thn ni insyaallah..thanx for the review..lg berkobar2 dan membuak2 perasaan tak sabar nk pegi
Tak sempat haritu nak follow, suami balik tengah malam..kerja sampai tenagh malam..nampak best
Salam sis,strict tak pemakaian nak masuk? dgr2 x boleh mandi kalau tak pakai baju renang..btol ke?
Wslm… ehh tak laa… pakaian biasa mcm taman tema lain jgak… sluar jean x boleh laa… baju kemeja x boleh… tshirt boleh jer tp utk main slide mmg kena pakai baju renang atau x berbaju (lelaki) sama jer mcm undang2 taman tema lain…
Book bilik hotel dekat mana ye? Kat website die ke kat agoda mcm tu? Total berapa belanja untuk tiket & hotel?
Bilik guna voucher yg dibeli masa mitta fair.. total harga tiket dan hotel yg sy dpt hanya RM1… sbbnya beli 2 pakej then dpt beli pakej ketiga dgn hanya rm1… saya beli 2 pakej dan jual balik… so pakej yg free tu sy la punya.. hehehe
Berapa harga utk 2 pakej tu ya sis?
bestnya3!!
nak pi ahad ni kalau tak hujan..
Bestnyaaa tak sabar nak pergi nanti
macam mana nk dapatkan voucher yg boleh dpt rm1 tu yer?? mohon pencerahan. tq
tq so much for sharing the moments.
saya google pasal tempat ni.
terjah la sini. very helpful.
esok baru nak buat reservation.
Salam bang. Sy nak tanya. Kalau sy beli 1 tiket utk siang tu. Maknanye sy xperlu beli tiket utk mlm la kan? Cuma xbole keluar kan?
sorry lmbt reply… yer kalau bli tiket siang boleh stay smpai malam… diorang x halau suruh balik.. jgn risau…. hahaha…
salam , nk tanya, kalau hrga walkin berapa.? dan mcm main slide, dan permainan2 dlm lostworld … berbadan besar 120kg ke atas bleh main ke.? terima kasih
Wslm… aik.. tak baca ehh? Harga walkin dah saya bagi kat atas… Utk main rides tu yg lbh 120kg, saya tak sure…
Assalam admin..harga bilik hotel termasuk bilik dan tiket nk masuk theme park atau berasingan? Satu lg, hari pertama (check in) tiket blh masuk smp mlm.. Hari kedua (check out) blh lg tak masuk atau kena beli tiket lain?
berapa sewa harga gazebo kat situ