Tahu tak berapa usia sofa yang Azif duduk tu. Kalau ikut umur, Akiff dengan Azif kena panggil sofa tu abam sofa. Hahaha… Sofa ni aku beli tahun 2007. Masa zaman bujang dulu. Dah 10 tahun. Aku beli masa promo kat Cavenzi dengan harga RM399 untuk set 3+2 seater tapi seat 3 seater dah buang sebab dah uzur sangat. Pastu sofa cleopatra tu aku beli dengan harga RM79. Murah giler kann..
Mak, abah, kakak-kakak aku dengan saudara yang datang rumah pun pernah tegur, bila nak tukar sofa baru. Duduk pun dah tenggelam sofa ni. Lusuh tu takyah cakap la. Dah lama plan nak beli sofa baru dan dah banyak tempat jugak aku survey. Dari kedai perabut biasa, ikea dan ada yang custom made. Tapi akhirnya sofa ikea memenuhi kehendak aku.
Yup, sofa baru ni aku beli kat Ikea Cheras. Miss Permaisuri la yang tukang survey, aku juz bagi kriteria sofa yang aku nak jer. Aku nak sofa yang pelbagai fungsi dan tak makan ruang. Dah duduk rumah sempit ni kena la optimize kan penggunaan ruang kan.
Masa promosi Ikea bulan lepas, sofa ni dah sold out. Kitorang tak sempat nak rembat. Masa tu harga dia RM1,490 dari harga asal RM1,790. Pastu bila chek dalam catalog katanya akan restock balik 22 April tapi dengan harga asal. Huhuhu…
Masa kitorang sampai kat Ikea Cheras, staff situ cakap stock lama masih ada baki lagi 2 unit tapi ada colur dark brown dengan light brown jer. Harga masih harga promo iaitu RM1,390. Habis jer stock lama ni baru diorang restock dan harga akan kembali harga asal.
Fuhh… Rezeki kitorang ni tapi kena cepat. Sebab hot item gak ni sebab staff tu cakap sebelum kitorang dah ada sorang yang isi form untuk beli tu. Isi form belum bermaksud barang tu sah milik kite, sape yang bayar dulu dia yang dapat. Kelam kabut aku terus pergi bayar. Lepas bayar baru masuk balik untuk shoping benda lain. Yeaa… Rezeki kitorang dapat sofa masih harga promosi. Sebab ada budget lebih maka terbeli cabinet ikea seketul. Hahahaha… Yang tu kalau rajin nanti aku share pasal kabinet tu.
Ni 1st time beli barang Ikea yang perlu guna servis penghantaran diorang. Setiap penghantaran di caj RM80 untuk kawasan lembah klang. Tak kisah berapa banyak pun barang asalkan muat lori 10 tan. Diorang hanya hantar sampai ke tingkat 1 jer. Atas dari tu rasanya diorang kenakan caj kot. Nasib baik rumah aku tingkat 1 jer.
Barang sampai kat rumah aku hari rabu malam. Tapi masa tu tak larat nak pasang sofa tu walaupun excited. Esoknya baru aku pasang. Aku pilih pasang sendiri jer sebab kalau suruh diorang pasang, upah pasang 10% dari harga produk. Tapi sebab barang Ikea memang jenis mudah pasang, so takda hal sangat. 2 jam aku ambik masa pasang mendalah ni.
Akhirnya siap dengan jayanya tanpa sebarang kesilapan. Bestnya sofa bed ni sebab ruang bawah tu boleh ditarik dan dijadikan katil. Kemudian ruangan bawah 1 lagi tu boleh dijadikan storage. Aku nak simpan bantal-bantal dengan toto tetamu kat situ.
Ada beberapa lagi pilihan warna yang ada kalau korang berminat. Boleh la pergi ushar catalog ikea, mana tau ada yang berkenan di hati. Klik Catalog Sofa Ikea.
Ada banyak lagi perabut yang pelbagai fungsi macam ni, cuna harga yabg berbeza. Bagi aku sofa ikea ni takde la mahal sangat compare dengan kualiti dan design yang diberi. Tunggu apa lagi? Cepat pergi beli.
Uihh.. Sofa ni bawah nya ada ruang kosong rupanya.. ingatkan penuh isinya..
wahhh boleh humban menan dan segala mak neka kat bawah sofa tu.. sama lah sofa kat rumah ni 6 tahun dah. abis hero2 duk korek span.. hahahha..
menarik tengok sofa ni
wah… nk g rasmi duduk….
kitaorang pun tengah nak tukar sofa ni..nak jimat ruang..
Lan nak tanya sofa lama tu lan jual ker atau hantar kat mana recycle. Sebab plan nak beli sofa macam lan tu juga tapi sofa lama tak tahu nak buat apa hehehehehe.
Br wasap jiran rumah td tanya dia ada tak indon mana2 nak… Hahaha.. Kalau Xde mmg pening gak fkir ni.. Atau offer kat rumah bujang area rumah ni…
Ikea Cheras the bestt sebab banyak barang.