Makin hari makin banyak kesedaran yang aku dapat tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat bukan hanya tertumpu kepada aktiviti kecergasan semata-mata tapi juga merangkumi cara pemakanan harian. Dua bulan lepas aku ada menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh untuk melihat sejauh mana kesihatan dalaman aku. Alhamdulillah, keputusannya agak memuaskan kecuali satu jer… Kandungan kolesterol dalam badan aku agak tinggi. Huhuhu…
Kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi mampu memberikan kesan kepada kesihatan jantung. Wooo… Menakutkan… Sejak tu aku mula kawal dan ubah cara pemakanan kepada lebih sihat dan jugak banyakkan aktiviti fizikal. Aku banyakkan makan sayur, kurangkan makanan bergoreng dan berlemak dan setiap minggu aku akan pergi gym sekurang-kurangnya sekali dan tiap hari aku menapak naik tangga ke pejabat kat tingkat 7. Yer setiap hari okehh… Masuk ofic jer dah tercungap-cungap. Wakaka… Tapi itu antara langkah yang aku ambil untuk menjaga kesihatan aku.
Bagi membantu menjaga kesihatan, makanan tambahan juga perlu bagi menyokong sistem tubuh badan. Biasanya kalau nak beli produk makanan tambahan kat mana tempat yang jadi pilihan korang? Sebelum ni aku pergi farmasi dekat dengan rumah tapi sekarang ni aku dah ada pilihan yang lebih baik. Pergi jer kat Watsons sebab kat situ bukan jer ada banyak produk penjagaan diri malah nak dapatkan barangan kesihatan dan kecantikan pun senang sebab ada banyak pilihan.
Watsons Malaysia dengan kerjasama rakan niaga lain memperkenal inisiatif #GETACTIVE untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan meletakkan rangkaian itu sebagai tempat beli belah ideal untuk barangan kesihatan dan kecantikan. Baru-baru ni aku berkesempatan hadiri majlis pelancaran Watsons VIP Card dan banyak jugak booth produk kesihatan yang ada pada hari tu.
Dalam majlis pelancaran ni juga diperkenalkan duta #GETACTIVE iaitu atlet wanita seni bela diri campuran pertama Malaysia, Ann Osman, pelakon Lena Lim, jurulatih kecergasan Kit Mah dan pengulas sukan Mark O’dea. Sebagai duta, diorang akan bersama-sama Watsons dan juga Watsons VIP members untuk melakukan pelbagai aktiviti kecergasan yang telah dirancang antaranya berbasikal bersama Lenna Lim pada 6 May, boot camp bersama Kit Mah pada 1 Julai, kelas pertahanan diri bersama Ann Osman dan bermain futsal dengan Mark O’dea. Perghhhh menarikkk… Aku nak join cycling dengan Lenna Lim tapi basikal takde lagi. Huhuhu…
Gambar atas ni aku cycling masa majlis pelancaran hari tu. Tapi yang ni kayuh untuk blend buah tembikai. Kehkehkeh… Nampak kan ade blender depan aku tu. Haa bila aku kayuh akan menghasilkan tenaga elektrik untuk menggerakkan blender tu. Ni simbolik jer sebenarnya untuk kita sama-sama sedar bahawa pemakanan dan aktiviti kecergasan kena seiring untuk membina kesihatan diri.
Meriah wehhh majlis pelancaran hari tu, siap ada pertandingan kecergasan berkumpulan. Aku join gak buat senaman lunges, dapat buat 50 kali dalam seminit. Fuhhh… Sampai menggigil lutut aku. Hahaha…
So, lepas ni korang singgah mana-mana cawangan Watsons dan daftar Watsons VIP Card. Kemudian akan dapat Watsons vouchers bernilai RM300, 500 VIP point dan pelbagai voucher lain bernilai sehingga RM5,000. Serius berbaloi untuk daftar. Lagi pun kad ni jugak berfungsi sebagai kad Touch n Go. Aku pun dah daftar lepas tahu kelebihan ni semua.
Dengan kad VIP Watsons ni, korang layak menjadi keahlian Watsons seumur hidup, tak perlu renew. Pastu dapat collect 1 mata bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di Watsons dan point tu nanti boleh dikumpulkan dan tebus RM1 untuk setiap 200 points. Kemudian dapat lima kali ganda mata ganjaran pada bulan kelahiran, 2 kali mata ganjaran bagi setiap produk Watsons dan 5 kali mata ganjaran apabila bayar menggunakan Watsons VIP Card. Terdapat juga tawaran istimewa di lebih 1,000 cawangan rakan niaga dan ada juga diskaun exclusive khas untuk VIP members.
Antara rakan niaga Watsons yang menyediakan tawaran istimewa adalah Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, Celebrity Fitness, Kenny Rogers, The Chicken Rice Shop, Sakae Sushi, Takasima, Ogawa dan banyak lagi. Untuk dapatkan special diskaun hanya perlu tunjukkan Watsons VIP Card beserta IC semasa membuat pembayaran.
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.watsons.com.my
shiqeen sattar says
mcm best jer basikal leh blend.tu huhu.. setuju kena jaga kesihatan. SS dah ada kad watson tak tahu lak leh collect point huhu
Ben Ashaari says
Nanti nak try apply la satu..
lisak says
Lisa ada kad watson dah . Hehehe…. tai actvty mcm atas ni sini tkdop. Teringin jgak nk test Kolesterol bagai tu .. hihi.
Mama Kembar Tiga says
Wahh untung gak ye daftar Watsons card tu. I mmg slalu shopping kat Watsons pun.
Ezad Skytech says
Kesihatan ni memang penting…nak kena jaga dari muda…dulu pernah la cuba naik tangga dari tingkat bawah ke tingkat 13…kebetulan masa tu lif memang rosak…tercungap bila sampai office…tu masa office lama la…office baru ni hari-hari kena naik tangga…sebab 2 tingkat je…okaylah tu…exercise juga kan…HAHA
Wahhh…untung juga kalau daftar Watsons VIP Card tu…
Hafiz Rahim says
Ko kena exercise banyak lan. Lutut ko injured hehe
~azatie~ says
Salam Abah Akiff…byk kelebihan WATSON ni yer?Blh daftar klu camni…selalu gak masuk situ…hehe
Dkna Abza says
Nape tak ada buah tembikai dalam blander tu lan? Ko dah minum awal2 eh jus tu hahahaaa..
Aku dah ada kad watson yang lama, boleh upgrade x?
Lan Careno says
Bkn upgrade tp daftar baru.. aku pun dah ada yg lama tp aku daftar yg VIP kad yg baru ni lak sbb kad lama dgn baru benefit tak sama…
Julia Johari says
Juju ada kad watson cuma kena upgrade jd VIP je…bagus lan…opis kita tingkat 7 gak…kena istiqomah naik tangga la cm ni huh
saidila says
tertarik ngan tawaran kad …..banyak kelabihannya , boleh kongsi dengan kawan-kawan lain