Aku dah bersama Kelab Blogger Ben Ashaari atau KBBA9 lebih dari 5 tahun. Sejak KBBA9 masih belum dikenali lagi. Motif utama kewujudan kelab blogger ni dari dulu hingga sekarang tak pernah berubah iaitu untuk menaikkan taraf blogger ke level yang lebih tinggi dan jugak tidak bermotifkan perniagaan atau keuntungan.
Tapi bak kata orang, kalau rezeki tak pernah salah alamat. Ade jer tawaran dari pelbagai pihak yang nak berkolaborasi dengan KBBA9 yang mana secara tak langsung memberi peluang kepada rakan-rakan dalam KBBA9 untuk berkongsi rezeki.
Sekarang ni pulak kitorang wujudkan pula projek Kembara KBBA9. Apa tu #KembaraKBBA9? Projek ni adalah untuk membawa rakan-rakan blogger bercuti secara PERCUMA! Disamping mempromosikan dan menceritakan pengalaman melalui blog dan media sosial.
Antara yang pernah bekerjasama dengan KBBA9 dalam projek Kembara KBBA9 adalah Legoland Malaysia, Taman Negara Han Rainforest Resort, De Rhu Beach Resort Kuantan, Zoo Negara, Agrofarmstay Melaka dan banyak lagi. Untuk projek dalam negara bukan hanya melibatkan blogger tapi juga ada yang boleh bawa keluarga bersama.

Han Rainforest Resort, Taman Negara

Zoo Negara

Agro Farmstay, Melaka

Legoland Malaysia

De Rhu Beach Resort Kuantan
Sekarang ni KBBA9 dah semakin gah dengan projek #KembaraKBBA9. Tahun lepas aku dengan Sohoque mewakili KBBA9 ke Fukuoka, Japan atas jemputan Tourism Japan.

Trip Fukuoka, Japan
Kemudian team KBBA9 seramai 10 orang ke Phuket, Krabi & Hatyai Thailand atas jemputan Ayden Averroes Travel Sdn. Bhd. Trip yang ni memang khusus untuk KBBA9. Travel agensi yang sama juga yang merialisasikam impian blogger Daus dan Ujang yang sekarang ni tengah bergumbira di Perth selama 5 hari. Kemudian bulan 11 nanti diorang juga akan bawa Blogger KBBA9 ke Korea. Fuhhh… Terbaek!

Trip Krabi, Phuket & Hatyai Thailand.

Trip Perth, Australia
Akhir tahun lepas Ben Ashaari dan 3 orang lagi Blogger KBBA9 dijemput ke Phuket oleh The Lifeco Phuket untuk program detox di sana. Bercuti sambil mendetox badan.

Trip The Lifeco Phuket
Blogger Sohoque pula membawa nama KBBA9 ke Europe dan Balkan atas jemputan dari Flyword Travel & Travels Sdn. Bhd.

Trip Europel
Travel Blogger No. 1 Malaysia, Faizal Fredley adalah sebahagian dari keluarga besar KBBA9 dan seringkali dapat jemputan keluar negara dari pelbagai agency dan antaranya adalah jemputan dari Tourism Korea yang menjemputnya untuk melihat sendiri persiapan Korea dalam penganjuran Olimpik PyeongChang 2018. Sambil bercuti dapat melihat bagaimana diorang buat persiapan.

Trip PyeongChang, Korea
Bulan 10 nanti akan ada 4 orang wakil blogger KBBA9 ke New Zealand dengan kerjasama Ikhlas Tours. Fuhhh memang gempak. Itu aku belum lagi cerita pasal Trip Ben Ashaari ke Japan dan Paris atas jemputan Air Asia.
Selain Travel agency, ada juga pihak lain yang sentiasa memberikan sokongan terhadap program Kembara KBBA9 iaitu Cosmoderm dan juga F&A Sensor Qiblat Watch.

Cosmoderm

F&A Qiblat Sensor Watch
Fuhhh… Aku pun rasa bangga bila tengok pencapaian Kembara KBBA9 sekarang. Dengan tiket sebagai blogger jer boleh dapat tajaan bercuti ke luar negara.
Kami mengalu-alukan sokongan mana-mana Travel agency yang berminat menggunakan perkhidmatan Blogger dan juga mana-mana produk yang dirasakan bersesuaian untuk bekerjasama dengan kami.
bestnya mereka…. teringin gak ! ehh.. hahahahaa
selallu tk sempat join je 🙁
Alhamdulillah. Moga makin gempak projek Kembara KBBA9 lepas ni…
Fuhhh bangga jadi sebahagian dari KBBA9. Moga suatu hari ada peluang sertai Kembara KBBA9.
Fuh… seronok jugak jadi blogger ni kan?
Bila dapat peluang macam ni..
Thorbaeek kbba9. Moga ramai lagi yang dapat peluang ke obersi nnti
Tahniah pada kbba9 and team..
waa meriah hidup juga blogger ni. tahniah