Ikutkan aku tak dapat nak commit untuk photoshoot raya KBBA9 hari sabtu lepas, clash date dengan event sekolah Miss Permaisuri. Tapi sebab fikirkan peluang bukan datang selalu untuk dapat bidikan dari camera photographer profesional seperti Wan Izhar, aku nekad jugak cari jalan penyelesaian. Beberapa siri perbincangan dengan Miss Permaisuri dibuat dan akhirnya berjaya jugak aku join sesi photoshoot hari tu tapi terpaksa bawak sekali Akiff dengan Azif. Huhuhu… Sebabnya Miss Permaisuri kena bertugas untuk event sekolah dia, so memang terpaksa la aku bawak diorang join skali.
Pukul 8.20 pagi aku sampai kat Muzium Warisan Melayu, UPM. Sampai jer kat sana terus aku jengok kawasan rumah tradisional yang akan jadi port photoshoot. Perghhhhh… Lawanyaaa… Ada 3 buah rumah berlainan jenis. Nampak klasik sangat tapi macam tak kena jer dengan tema baju melayu aku yang moden dan hipster ni. Hahaha… Alah, tak kisah la asalkan raya kannn…
Hari tu ada 4 sesi photoshoot… Ada berkumpulan yang melibatkan hampir 40 blogger… Kemudian kumpulan tu dipecahkan kepada group lelaki dan perempuan untuk sesi photoshoot berasingan. Dan kemudiannya yang paling excited adalah personal photoshoot dari Wan Izhar.
Aku orang ketiga offer diri untuk possing depan camera Wan Izhar. Arahan yang diberikan masa sesi photoshoot memang jelas, sorry Wan kalau nampak aku ni macam kayu sangat kan. Hehehe… Yer la, aku minat ambik gambar jer tapi aku tak pandai bergambar. Arah orang untuk possing begitu begini boleh la… Tapi hari tu aku dapat belajar sesuatu macam mana Wan handle aku yang seorang kayu ni untuk tak kelihatan fake atau awkward dalam gambar.
Scene aku hari tu bergambar kat tepi pintu dan jugak tingkap. Nanti bila dah dapat gambar aku share hasilnya dalam blog okeh.
Sesi photoshoot berkumpulan agak mencabar jugak sebenarnya sebab bukan mudah nak handle hampir 40 orang dalam 1 gambar. Aku sekali lagi berjaya booking tepi tingkap untuk sesi kali ni. Hahaha… Kenapa aku pilih tingkap? Sebab hari photoshoot ritu aku terlupa bawak kasut. Stoking jer yang ada. Hahaha.. Itu yang aku asyik cari port yang dapat sembunyikan kaki aku. Wakaka…
Photoshoot Raya KBBA9 hari tu secara keseluruhannya berjalan dengan lancar cuma mungkin ada 1 2 part yang tak dapat kontrol contohnya pengurusan masa sebab ada yang mengambil masa yang lama untuk bersolek. Tapi ok la sebab hasilnya sangat berbaloi. Yang makcik makcik pun boleh bertukar jadi macam anak dara okeh.. Cunn sangat. Bestnya jadi blogger KBBA9 ni sebab diorang ni make-up tak perlu bayar pun. Segalanya ditaja oleh make-up artis (MUA) yang menyokong program ni.
Kebanyakan mak-mak orang dah ni tapi dah kena make-up terus transform jadi mak-mak gojes. Ada jugak yang feeling retis bila pakaian dan busana raya untuk photoshoot kali ni ditaja oleh butik-butik tertentu. Kerlas sangat kann… Sebenarnya aku nak cakap baju raya aku pakai tu pun antara baju sponsor. Wakaka… Cantik ke idokkk?
Hahaha selekehnya aku masa ni. Waktu ni sesi aku dah habis dah. Sampin pun dah nak londeh sebab dok dukong dak Azif. Hahahah… Nampak macam boria kan dengan baju Faizal Fredley. Hehehe… Mesti la sebab baju melayu moden slimfit yang kitorang pakai ni adalah dari Keroll Bahry. Ada yang panggil baju melayu hipster sebab design yang moden dan fit. Tapi baju melayu gini kena maintain badan, sebab kalau buncit atau berisi jer dah bukan fit namanya, jadi sendat terus. Hahaha… Nampaknya aku kena maintain badan aku takleh gemok sampai raya nanti. Part paling penting dan susah adalah perut. Buruk weh kalau pakai baju style gini tapi perut terkeluar. Hahaha… Dah nama pun baju melayu slim fit kan. Detail baju melayu ni nanti aku akan cerita dalam entry lain k.
Cantik tak gambar atas ni? Ramai friends kat fb aku komen pasal baju Akiff dengan Azif tak ikut tema. Pastu menu tu pun bukan menu raya katanya. Hahaha.. Bebudak ni takda kena mengena dengan event ni, sebab tu tak pakai baju raya. Dan ni bukan salah satu scene photoshoot okeh. Ni memang waktu lunch dan aku memang betul-betul tengah makan dan tengah melayan Akiff dengan Azif.
Klasik sangat kann bila makan bersila dan berhidang macam ni. Lauk pulak memang masakan kampung dan paliiiiing penting sedap giler. Lunch kitorang hari tu disediakan oleh Cafe Muzium Warisan UPM. Kalau korang nak merasa menu macam ni boleh la ke sana untuk try tapi makan kat cafe la. Bukan bersila dalam rumah macam ni. Hehehe…
Oh yaa… Antara penaja bersama event kali ni adalah K’rogers Butter Cookies. Biskut raya ni memang sedap giler. Sekali hadap boleh habis 1 tin sorang tanpa sedar. TQ En. Amin yang bawakkan butter cookies untuk blogger hari tu. Ada kuih raya, baru la betul-betul raya kannn… Kalau nak order boleh PM tepi k. Sebab aku antara agent K’rogers. Wakaka… Sempat lagi promote diri sendiri. Tahun lepas aku jual biskut ni hampir 200 bekas tin. Tahun ni pun InsyaAllah aku masih jadi agent.
Sekali lagi terima kasih kepada semua penaja iaitu Muzium Warisan Melayu yang menyediakan lokasi photoshoot yang sangat menarik ni. Cafe Muzium Warisan Melayu yang menyediakan sarapan dan makan tengah hari untuk kitorang. Baju melayu moden by Keroll Bahry untuk pakaian aku dan juga butik-butik lain yang menaja rakan-rakan blogger, K’rogers Butter Cookies yang menyediakan kuih raya yang sangat sedap, produk Waazu sanitizer & desinfectant yang menjaga Azif dari gigitan nyamuk. Ehh tibe-tibe ade produk ni kan masa event ni. Macam takde kaitan jer. Hahahah… Nanti aku citer kemudian mendalah apa ni.
Dannn paling utama ofcoz profesional photographer yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang ni iaitu Wan Izhar Abu Bakar dan beberapa orang pembantu beliau dari ODS Studio Communication. Kalau nak tahu Wan Izhar ni yang shoot gambar Stacy dan jadikan cover album sehingga dinobatkan dalam AIM sebagai cover album terbaek. Perghhh gempak! Kalau korang nak dapatkan khidmat dari Wan Izhar untuk korporat photoshoot atau event boleh hubungi Puan Huda di 012 303 1005. Tapi untuk wedding diorang tak cover tau.
Kredit semua gambar di atas dari rakan-rakan blogger KBBA9. Gambar dari camera aku takde langsung. Wakakaa…
Azni says
Hahaha nampak benor lapornya yer.. tp mkn camtu feel mmg best!
anuar says
Bestnya dapat peluang macam ni.. masing-masing dapat melaram dengan baju raya.. 😉
nadia johari says
nasib aziff dengan akiff diam je..tak banyak songeh..hehe..bagus..makanan tu sampai sekarang teringat
Que Achmad says
Kan, meriah betul sesi Photoshoot kali ni