Siapa sangka kat tengah bandaraya KL ni ada hotel yang sangat unik seolah-olah bermalam dalam kapsul kapal angkasa. Sebelum ni aku pernah terbaca pasal capsule hotel kat KLIA2 tapi tak pernah lagi bermalam situ tapi kali ni aku berpeluang bermalam di Riccarton Capsule Hotel yang terletak tak jauh dari Tasik Titiwangsa, KL.
Apa yang menariknya pasal hotel ni adalah disebabkan keunikan ruang tidur yang dibuat seperti berada dalam kapsul kapal angkasa. Yup, memang sempit dan tertutup tapi kalau nak cari ketenangan dan betul-betul nak berehat dari gangguan luar memang sini tempatnya.
Masuk jer dalam hotel, korang akan terasa perbezaan dengan hotel-hotel lain. Nampak tak salt lamp atas meja tu, tu tujuannya untuk memberikan aura positif sebaik saja pengunjung melangkah masuk. Ketenangan dalam hotel ni bermula dari saat kaki melangkah masuk. Jom aku tunjukkan apa yang istimewanya Riccarton Capsule Hotel ni.
Suasana dalam hotel memang sunyi dan menenangkan. Dekorasi dalam hotel pun simple dan sangat kemas.
Masuk sini tak boleh buat bising okeh. Even phone pun kena silent bila masuk sini sebab tak nak ganggu penghuni lain. Hotel ni bukan hanya tempat untuk bermalam tapi untuk berehat dan menenangkan fikiran.
Masa aku chekin hotel ni, diorang ada bagi bag yang berisi access card, towel, slippers dan remote tv. Kasut korang kena tinggalkan kat locker khas yang disediakan kat lobby then sepanjang dalam hotel tu boleh pakai seliper yang diorang sediakan.
Lepas tu naik kat bilik ada locker untuk simpan bag, lepas simpan bag kena terus pergi mandi. Haaaa ni ada dalam arahan diorang tau. Bukan aku sajer-sajer cakap. Ada jugak aku tanya kenapa kena pergi mandi terus, nak terus masuk dalam capsule tak boleh ke? Diorang cakap sebab hygiene. Tak nak kuman atau kotoran luar dibawa masuk ke dalam capsule. Sampai macam tu sekali aspek kebersihan diorang jaga.
Konsep bilik air kat sini adalah kongsi. Teringat pulak masa kat asrama dulu. Hehehe.. Bilik air aku bagi 5 star sebab memang bersih dah terjaga. Sabun mandi dengan shampoo dah siap ada kat setiap showerr room tu. Bilik mandi jangan risau sebab memang diasingkan laki dan perempuan.
Bag boleh simpan dalam locker kat luar bilik. Takyah bawak masuk sampai dalam capsule. Dalam pintu kaca tu la tersusunnya capsule kapal angkasa.
Setiap level ada beberapa bilik dan setiap bilik tu ada beberapa capsule. Macam bilik yang aku stay ni ada 8 capsule, 4 tingkat atas dan 4 tingkat bawah. Aku dapat capsule yang tingkat atas. Tak susah pun nak naik dan tak menggangu orang bawah pun. Haa… Dalam bilik tu ada ruang untuk solat tapi kena mintak sejadah kat housekeeping. Arah kiblat dah ada ditandakan.
Nampak tak ruang dalam capsule. Nampak selesa kan… Dalam ni ada smart tv, smoke detector, fire extinguisher, safety box dan usb charger port. Boleh layan youtube kat smart tv.
Suhu dan pencahayaan dalam capsule tu boleh adjust sendiri. Sentuh-sentuh jer kat tepi tu. Haaa.. aircond dalam capsule ni takde rasa angin tau. Tak macam aircond kereta tu. So, takde la rasa sejuk berangin. Rasa dingin jer.. Memang selesa. Aku tido malam tu memang tak sedar diri dah. Nasib baik set alarm kat phone, kalau tak boleh lajak sampai ke tengah hari. Tido dalam tu ko dah tak tahu kat luar siang ke, malam ke, hujan ke, ribut ke. Memang betul-betul dapat rest..
Dilarang berbogel dalam bilik ok. Jengan nak omputih sangat. Hahaha… Makanan pun tak dibenarkan dibawa masuk bagi menjaga kebersihan bilik. Kalau nak makan boleh lepak kat roof top sebab situ ada cafe. Tapi masa aku pergi ni cafe belum siap lagi. Huhuhu…
Korang nampak tak mendalah hitam putih tepi tu? Itu adalah alat yang dipasang disetiap bilik untuk memerangkap serangga dan juga habuk. Fungsi lain jugak adalah untuk membunuh bakteria dalam udara dan memberikan kesegaran kepada penghuni. So, jangan memandai-mandai seludup makanan masuk dalam bilik sebab bau makanan akan menghilangkan kesegaran dalam bilik tu.
Kalau nak buat kejer boleh lepak ruang kerja yang disediakan. Ruang iron baju pun ada disediakan kat sini. Nampak tak macam mana hotel ni cuba menyediakan keselesaaan dan ruang yang cukup selesa. Stay sini memang boleh hilang penat seharian.
Aku memang recommend korang untuk stay sini. Orang yang menginap kat KL pun boleh jer cari hari tertentu dan cuba luangkan masa kat sini untuk berehat. Lagi pun harga bilik kat sini sangat berpatutan.
Selain bilik capsule, ada jugak bilik lain untuk family dan juga bilik suite untuk pasangan yang mahukan suasana romantik.
Lokasi hotel ni adalah di Jalan Pahang iaitu berdekatan dengan Hospital KPJ Tawakkal. Kalau dari HKL tu masih boleh jalan kaki jer sebab jarak ke hotel tak sampai pun 1km. Tapi kalau dah stay sini boleh jer gunakan free service shuttle van untuk ke HKL, IJN, KLCC dan PWTC.
Riccarton Capsule
Wisma Q Titiwangsa,
Persiaran Titiwangsa 1,
Jalan Pahang,
53000 KL.
www.riccarton.com.my
Tempahan: +603-4031 5000
shiqeen sattar says
wahh menarik ni kena mandi dulu sebelum masuk bilik… mmg rare
Hotel Management says
Hi Miss !
Ye memang kena mandi sebelum masuk capsule.Baru akan rasa sejuk dalam capsule.Segala pertanyaan Miss boleh hantar email ke reservation@riccarton.com.my.
Thanks
Bonda Zahra says
wah menariknya.cara depa jaga kebersihat tu. tapi part mandi simpan beg apa tu macam duk asrama ja, hihi.
Hotel Management says
Hi Miss!
Hotel kami memang mengutamakan kebersihan.Semasa Check In Reception akan bagi 1 Goodie Beg.Dalam Goodie Beg ada sediakan 1 Tuala, 1 Remote Tv, 1 Selipar.Selepas membuat pembayaran Guest diminta untuk menukar Selipar yang kami sediakan.Setiap tingkat (untuk capsule) kami sediakan tempat meletakan beg.Sebelum masuk Capsule Guest diminta untuk membersihkan diri.dengan ada nya Goodie Beg Guest tidak perlu risau angkat baju untuk ke bilik air.
Segala pertanyaan Miss boleh hantar email ke reservation@riccarton.com.my
ummi says
mcm kecik jer…tapi sesuai utk traveler
Hotel Management says
Hi Miss!
Ye sesuai untuk traveler tetapi kalau Miss mahu mencuba tidak jadi masalah.Kami ada menyediakan Capsule Single dan Capsule Double( 2orang).Segala pertanyaan Miss boleh menelefon kami seperti tertera diatas atau hantar email ke reservation@riccarton.com.my
Lea azleeya says
HUwaaaa menariknyee… boleh fefiling dok dalam kapal angkasa… unik dan terbaikk..
Afiq Halid says
Style gila tempat ni. Nampak macam capsule cerita dragon ball pun ada.
Hotel Management says
Hi Mr!
Boleh mencuba Hotel Baru kami di Titiwangsa.Kami ada promosi 50%(sampai 25hb Mei 2017)Capsule pada Weekdays bermula pada hari Ahad hingga khamis.Segala pertanyaan boleh hubungi kami seperti yang tertera.
Kak Sue says
Macam best ja hotel nie.. ada rezeki boleh lah ajak keluarga Kak Sue lepak sini rehat-rehat..
Hotel Management says
Hi Puan!
Sekarang kami ada promosi untuk Capsule.Promosi 50% untuk weekand sahaja.Bermula pada hari Ahad sampai Khamis.Kami jugak ada combo untuk hari Jumaat dan Sabtu.Sekiranya Puan mahu mencuba boleh menelefon kami seperti yang tertera atau hantar email ke reservation@riccarton.com.my
Jueliza Jamani says
tang shower tu pihak hotel sediakan kain basahan ker. seram pulak kang org tarik tirai hahahah
Admin says
xde kain basahan… hahahhaa… boleh jer kot mntak kain lebih…
Azwan says
Menarik untuk solo travelers yang ingin kelainan.
Eirna Nurasikin says
Wah….Best tu..Sama mcm kat Penang hotel style macam ni…Boleh try stay situ nanti kalau turun KL….
nadia johari says
menarik ni..untuk mereka yang nak kan ketenangna..ada untuk family tu best
umie says
kalau pasangan yang nak duduk dalam bilik capsule tu boleh ke?
Admin says
Boleh je… ade capsule yg muat utk 2 org…