Ada kawan aku pernah tanya, “anak ko memang minat badminton ke?” Sebab kecik-kecik dah hantar ke kelas badminton.” Hurmmm… Sebenarnya bebudak ni dalam usia kecik yang diorang tahu hanyalah bermain. Bagi jer apa pun, semua diorang akan main. Jarang bebudak kecik menunjukkan minat khusus kepada sesuatu sukan. Sebagai ibu bapa, kite yang kena mulakan langkah pertama untuk cungkil minat dan bakat diorang dalam bidang sukan.
Sebab itu Rockstar Gym diwujudkan, untuk memupuk minat anak-anak dalam sukan sambil mencungkil bakat yang ada dalam diri diorang. Untuk permulaan mungkin korang belum tahu sukan apa yang sesuai untuk anak korang kan… It’s ok sebab di Rockstar Gym ada beberapa program dan latihan sukan yang disediakan antaranya futsal, renang, tennis, bola keranjang, gymnastik, martial art dan taekwando. Ada juga program latihan untuk dancing, ballet dan juga yoga.
Menarik kan? Nak tak kalau aku belanje korang keahlian selama 3 bulan di Rockstar Gym yang bernilai RM1,000. Yup 3 bulan… Bukan sebulan okeh… Tak perlu bayar apa-apa. Pergi sana untuk daftar dan kemudian enjoy the program. Teruskan membaca sampai habis entry ni sebab kat hujung entry aku akan lancarkan simple Give Away untuk cari 2 pembaca bertuah.
Baru-baru ni aku dah pun daftarkan Akiff dengan Azif di Rockstar Gym, The Mines. Sebelum mula kelas, aku diberi taklimat tentang program latihan yang ada kat situ. Diorang punya trainer memang orang yang berkelayakan dan ada juga trainer yang di bawa khas dari luar negara.
Walaupun ada banyak pilihan program latihan tapi jangan la tamak nak hantar anak masuk semua kelas latihan. Kesian bebudak tu, seeloknya pilih beberapa jer supaya diorang boleh lebih fokus. Macam Akiff dengan Azif aku hanya nak diorang fokus untuk swimming dengan gymnastik jer. Target aku bukan untuk diorang jadi atlit tapi memadai dengan kemahiran dan skill yang diorang dapat nanti boleh bantu diorang dalam apa jua bidang sukan yang diceburi.
Hari pertama tu Akiff sempat join latihan gymnastik. Seronok tengok Akiff enjoy dengan latihan hari tu. Yer la sebab benda baru untuk dia kan. Nasib baik Akiff ni jenis dengar arahan, segala arahan yang diberikan tu macam takda masalah jer untuk dia. Buat masa sekarang mungkin Akiff belum faham latihan apa yang dia buat tu, tapi nanti lama-lama die akan mula faham. Sebab benda ni perlukan latihan yang berterusan.
Azif pulak hari tu sempat join kelas renang. Mulanya dia nangis sebab tak sabar sangat nak masuk dalam kolam. Tapi bila dah masuk dalam kolam, nangis nak keluar pulak. Hahaha… Untuk kelas renang ni kena ada ibu atau bapa join sekali. Aku suruh Miss Permaisuri jer yang temankan Azif kali ni sebab aku nak ambik gambar. Tapi dak Azif ni nak jugak aku yang temankan die dalam pool tu. Grrr… Next time la abah temankan k.
Aku tak pasti pulak berapa limit untuk setiap kelas tapi hari tu aku tengok ramai jugak yang join dan tenaga pengajar tu dapat handle sessi latihan dengan baik. Arahan diberikan dengan jelas, then yang mana baby nangis tu die datang pujuk untuk bagi keyakinan. Azif kejap ok kejap nangis. Budak tu mengada nak aku masuk sekali jer sebenarnya.
Lepas ni aku plan setiap Sabtu nak bawak Akiff dan Azif ke sini. Jadual untuk kelas latihan diorang pun aku dah dapat. Jadual Azif pukul 11 gymnastik pastu sambung swimming pukul 12 tengah hari. Akiff pulak pukul 2 swimming lepas tu sambung kelas gymnastik pukul 3. Kiranya aku ada gap masa 2 jam sebelum kelas Akiff bermula. Nasib baik Rockstar Gym ni terletak dalam shoping mall, boleh la pergi makan dulu atau jenjalan dalam The Mines tu.
Tapi kalau nak tunggu jer situ boleh jer sebab tempat menuggu pun selesa. Ada banyak kerusi dan meja disediakan. Boleh bawak makanan dan makan kat dalam tu jugak. Kalau dalam Rockstar Gym ni ada cafe lagi best kan. Sambil-sambil tu bebudak pun boleh main kat playground yang ada kat situ sementara tunggu masa latihan. Kat bawah ni anak blogger Juju dok main sementara tunggu kelas. Takde la bebudak boring kann… Dah nama pun bebudak, mana diorang reti dok diam.
Aku memang rekemen sangat korang hantar anak korang sejak usia kecil lagi untuk mengikuti program fizikal macam ni. Jangan hanya tekankan akademik semata-mata. Tahukan bila anak cergas, otak diorang pun cerdas dan lebih bijak. Aktiviti fizikal seperti yang ada di Rockstar Gym ni jugak sebenarnya dapat membentuk disiplin diri dan meningkatkan self confident diorang.
Bebudak pun boleh stress okeh kalau kite terlalu tekankan diorang dengan akademik semata-mata, so kalau daftar di sini boleh juga masuk kelas yoga atau dancing. At least diorang dapat buat aktiviti fizikal yang menenangkan dan menghiburkan.
Okeh! Macam yang aku janji kat atas tadi. Aku mencari 2 pembaca bertuah untuk diberikan 1 keahlian percuma Rockstar Gym selama 3 bulan yang bernilai RM1,000. Caranya mudah jer, hanya ikut syarat dan langkah di bawah ni.
i. Like Facebook Rockstar Gym & Follow Instagram Rockstar Gym
ii. Add Facebook Lan Careno & Follow Instagram Lan Careno
iii. Share article ni di facebook personal masing-masing.
iv. Komen di ruangan komen di bawah dengan melengkapkan ayat seperti di bawah:
Saya pasti anak saya ____(nama)_____ yang berusia ____ pasti teruja untuk menjadi salah seorang ahli Rockstar Gym sebab ……………………………….
Syarat penyertaan:
– Sesiapa juga boleh sertai. Tidak semestinya blogger.
– Tinggal di sekitar Lembah Klang
– Mempunyai anak berusia 6 bulan sehingga 16 tahun.
Give away ini akan tamat pada 5 Mei 2017.
Tarikh tutup dilanjutkan sehingga 8 Mei 2017 berikutan masalah teknikal yang berlaku.
Layari http://www.rockstar-gym.com.my/
UPDATE!!!
TAHNIAH KEPADA PEMENANG IAITU IZYAN BALQIS DAN NADIA JOHARI.
YB Shehan says
Saya pasti anak saya Hannah Damia yang berusia 7 tahun pasti teruja untuk menjadi salah seorang ahli Rockstar Gym sebab dia minat berenang tapi tiada guru profesional, dia minat menari tapi tiada tempat untuk ditunjukkan skill, dia minat bersukan, tapi tiada masa spesifik untuk mommy daddy boleh bawa selalu. Harap2 hannah berpeluang menjadi salah seorang ahli rockstar gym. Terima kasih
Done add & share
IQ aka Izyan Balqis says
Saya pasti anak saya Qa’id Aqhar yang berusia 1 tahun 7 bulan pasti teruja untuk menjadi salah seorang ahli Rockstar Gym sebab Qa’id suka bermain dengan rakan-rakan dan berinteraksi bersama mereka. Qa’id juga suka melakukan gerak gaya seolah-olah menari dan suka mengikut rentak lagu yang rancak. Aktiviti seharian tanpa mengeluarkan peluh membuatkan Qa’id sangat bosan di rumah dan Qa’id akan pasti gembira untuk melakukan aktiviti yang menarik di Rockstar Gym ini.
Done add & share.
Pinky Momma says
Saya pasti anak saya Miqail Darwisy yang berusia 10 tahun pasti teruja untuk menjadi salah seorang ahli Rockstar Gym sebab dia memang bercita cita dan memberitahu hasratnya untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Dia teringin nak lawan asthma dia dengan cara bersukan. Tolong lah Rockstar Gym dan Abah Lan Careno tunaikan niat & hasrat dia untuk kekal aktif seperti kawan kawan seumur dengannya. Moga ini mampu jadi permulaan buat Miqail fit dan aktif serta bebas dari asthma nya. Terima kasih Rockstar Gym & Lan Careno sudi beri peluang ni. All steps done! Wish my son luck ✌
lisak says
wah menarik. kalau la dekat.. mesti lisa dah boleh join gak . ermmm tkpa la bagi laluan ke ibu bapa yang lainnya . apepun thanks untuk info ni .. mana tau nti pindah tempat berdekatan situuu
nadia johari says
Saya pasti anak saya Fariza Nafisah berusia 1 tahun 6 bulan pasti teruja untuk menjadi salah seorang ahli Rockstar Gym sebab melihat tengok gelagatnya dia suka berenang, dia suka bergaul dengan orang ramai. Bukan itu sahaja, Fariz a memang selalu aktif dan selalu enjoy buat apa yang dia nampak depan mata.
azni says
Saya pasti anak saya iman rifqi yang berusia 8 tahun pasti teruja dan ligat dengan segala aktiviti yang disediakan. Saya percaya minda yang sihat jika tubuh badan pun sihat dan sentiasa aktif. Saya pernah bawa iman ke sana masa pembukaan, kalau tengok kelibat dia memang boleh duduk seharian di situ . Rockstar gym ni memang menyediakan program yang sangat bersesuaian dengan anak anak. Paling best saya suka tengok dia bergaul dengan anak anak lain yang berlainan bangsa. Saya adalah seorang ibu yang percaya pembentukan sahsiah anak amat penting selain dari akademik supaya dia lebih berkeyakinan tinggi.