Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

3 Idea kreatif dan mudah buat rak kereta hotwheels DIY

May 9, 2017 by Admin 8 Comments

Spread the love

Akiff dari kecik memang suka sangat mainan kenderaan. Dia tak minat mainan superhero atau yang jenis senjata macam pedang atau pistol. Tiap kali beli mainan mesti mainan jenis kenderaan jadi pilihan Akiff.

Mulanya dulu aku belikan mainan kat pasar malam jer. Tapi biasanya tak tahan lama, setiap minggu beli sebab rosak. Kemudian aku belikan mainan kereta hot wheels. Sejak dari situ Akiff dah jadi collector kereta hot wheels. Mujur kereta hotwheels ni tak mahal sangat. Sebiji dalam RM7 jer. Pastu tahan lasak, jatuh kena baling pun still ok.

Dah berpuluh kereta ada dalam simpanan Akiff dan dah banyak jugak yang dah hilang. Tiap kali balik kampung mesti dia akan bawak balik hotwheels sekali tapi bila balik KL akan tertinggal beberapa biji kat kampung. Grrr…

Ni antara mainan kereta hot wheels yang masih ada dalam simpanan Akiff. Rasanya ni hanya 1/3 jer ni. Yang selebihnya ntah kat mana dia letak. Nak kena cari balik semua kereta tu.

Buat masa sekarang ni semua mainan Akiff dia simpan dalam bag khas. Tapi kalau rajin jer baru simpan, kalau tak memang bersepah jer kat rumah. Sebab tu aku terfikir nak buat rak simpan kereta hotwheels untuk Akiff.

Rak tu mestilah simple dan menarik dan paling penting Akiff boleh ambil dan simpan semula kereta mainan dia dengan mudah. Berikut aku kongsikan 3 idea kreatif dan mudah untuk buat rak D.I.Y Hot Wheels.

Sumber dari GoodHouseKeeping.com

Sumber dari FrugalFun4Boys.com

Sumber dari LumberJocks.com

Menarik kan?! Aku rasa lepas ni mesti Akiff rajin simpan kereta dia bila dah ada rak ni. Kalau nak tengok tutorial buat rak ni boleh klik link kat bawah gambar tu. Tapi untuk buat rak macam ni aku perlukan tools yang boleh memudahkan kerja D.I.Y aku. Memandangkan aku bukan seorang yang mahir bertukang atau kerja-kerja kayu ni, jadi aku perlukan peralatan yang mudah untuk aku guna.

Aku terfikirkan tools dari Metabo yang boleh memudahkan kerja-kerja DIY aku. Metabo ni adalah jenama bagi produk profesional power tools keluaran Jerman yang diedarkan oleh Jasa Kita. Walaupun produk ni untuk kegunaan profesional tapi nampak macam sangat mudah untuk handle dan sesuai untuk ornag yang macam aku ni untuk gunakan di rumah.

Korang boleh masuk website www.metabo.com untuk lihat sendiri pilihan tools yang ada. Tapi aku paling suka produk tanpa wayar atau cordless. Lebih bebas untuk bergerak dan buat kat mana-mana lokasi. Kelebihan produk Metabo ni adalah jaminan selama 36 bulan dari pengedar sah Jasa Kita untuk pek bateri bagi tools cordless. Ni merupakan tawaran jaminan yang paling lama berbanding produk-produk lain yang ada kat pasaran.

Haaa ni set tools yang aku teringin sangat nak. Ade yang ni pun dah cukup dah ni. Macam-macam projek DIY aku boleh buat lepas ni. Bila ada tools gini baru la ada extra rajin untuk bertukang. Hehehe..

Untuk pertanyaan lanjut tentang produk Metabo ni korang boleh hubungi Jasa Kita di www.jasakita.com.my yang merupakan pengedar sah Metabo Malaysia.

Filed Under: Advertorial, Produk, Review, Tips Tagged With: Produk, Produk review, review, Tips

« 6km berlari sambil gusi berdarah
Koleksi Kurta & Jubah 5 Waktu 2017 dah diperkenalkan »

Comments

  1. umminani says

    May 9, 2017 at 9:37 am

    yang atas sekali mudah..meh tolong buatkan

    Reply
  2. Hafiz Rahim says

    May 9, 2017 at 9:40 am

    Aku ada banyak hotwheels, letak kat almari ikea pun dah penuh. Plan nk buat rak gini gak. Senang sikit, budak2 datang pun letak tinggi sikit taknak bagi ambik. haha

    Reply
  3. IQ aka Izyan Balqis says

    May 9, 2017 at 9:41 am

    fuhh, drill tu sangat berguna, kalau yang wireless pun ok jugak

    Reply
  4. Fazrol says

    May 9, 2017 at 11:14 am

    Menarik.. ada tool memang macam boleh buat… garage hotwheels antara yang nak buat gak.. ha ha..

    Reply
  5. Anuar says

    May 9, 2017 at 4:24 pm

    Cantiknya rak-rak kereta ni… Memang kreatif betul..

    Reply
  6. Haidar says

    May 11, 2017 at 1:10 am

    Memang kreatif! Bolehlah apply untuk tidak anak-anak kita tidak lagi semakkan rumah kan..

    Reply
    • Haidar says

      May 19, 2017 at 1:50 pm

      Memang terasa nak beli anak-anak mesti suka.

      Reply
  7. YB Shehan says

    May 11, 2017 at 10:03 am

    xle tgk tools gtu. rs nk beli je. hahaha. suka bab diy2 ni.. hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative