Soalan paling bengang nak jawab setiap hari adalah “Hari ni nak makan kat mana?” Hahaha… Serius, setiap hari kot dok bertekak dengan member office pasal tempat makan. Nak makan kat cafe tiap hari memang idok ler… Bukan tak sedap tapi dah jemu. Cafe kat office aku ni pulak jenis hidang menu yang sama jer tiap hari. Masuk jer dalam cafe dengan mata tertutup pun boleh tahu kat tray ni lauk ape, tray itu lauk ape. Hahaha.. Sebab tu kitorang selalunya akan bertukar-tukar lokasi kedai makan. Mujur office kat tengah KL ni, banyak pilihan kedai makan yang ada.
Tapi normal la kan, lagi banyak pilihan kedai makan yang ada, lagi susah nak pilih sebenarnya. Nasib baik ada applikasi Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) yang sangat berguna untuk bantu kitorang buat keputusan. Senang sangat weh, on jer GPS kat handphone korang tu then open applikasi JJCM. Nanti die akan suggest kedai makan yang mana korang boleh pilih berdekatan dengan kawasan korang tu. Bagusnya apps ni sebab korang boleh baca review pasal kedai makan tu dulu sebelum ke sana.
Fungsi lain yang aku suka pasal applikasi JJCM ni adalah untuk tempahan makanan. Biasa kalau bos nak belanjer mesti die suruh pergi cari dan booking tempat makan. Dengan apps ni dah mudah kejer aku, boleh buat tempahan restoran dengan hanya klik klik klik jer. Pilih restoran, masukkan contact no, masukkan tarikh dan masa then berapa ramai orang. Nanti akan dapat pengesahan tempahan melalui email. Servis ni adalah percuma!
Sebenarnya Applikasi Jalan Jalan Cari Makan ni dah ada dalam Apple Store / Play Store sejak hujung tahun 2015 lagi. Dah lebih 250,000 muat turun cuma baru-baru ni jer secara rasminya dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan berdasarkan feedback orang ramai.
Aku berkesempatan join majlis pelancaran hari tu yang diadakan di Jibby East, Sunway Montana pada 21 April lepas. Menurut pengurus produk aplikasi JJCM, Li Ee Kee, applikasi ni tidak terhad kepada tempat makan yang dikunjungi produksi rancangan Jalan Jalan Cari Makan semata-mata, malah kedai-kedai makan lain yang dicadangkan orang ramai juga boleh didapati melalui applikasi ni.
Dalam majlis tu jugak turut dilancarkan kempen #SeringgitSeribuKebaikan yang mana rakyat Malaysia berpeluang menyampaikan sumbangan serendah RM1. Hasil sumbangan tu nanti akan digunakan untuk membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih selama 5 hari berturut-turut. Juadah berbuka puasa tu nanti akan disediakan oleh 20 restoran dan food truck yang terpilih.
Cara nak buat sumbangan adalah melalui applikasi JJCM atau boleh ke lawan web CJ Wow Shop iaitu www.CJWowShop.com.my yang juga bekerjasama dalam kempen ini. Mamee Double Decker juga menyokong penuh kempen #SeringgitSeribuKebaikan dengan menyumbangkan barangan Mamee untuk anak-anak terpilih tu nanti. Dengan program macam ni harapnya dapat berikan diorang kegembiraan dalam menyambut hari raya nanti.
So, boleh la korang download sekarang Apps Jalan Jalan Cari Makan ni. Apps tu bukan sahaja sangat berguna malah korang dapat membantu program kebajikan jugak.
Dkna Abza says
Aku selalu blur kalau nak p makan kat luar, masuk dalam kerete puas fikir nak p makan kat mana…hahaaa. Menarik gak aplikasi ni..