Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Bos dari kayangan.

May 19, 2017 by Admin 5 Comments

Spread the love

Sebelum ni dalam fikiran aku, orang perempuan kalau jadi bos mesti bossy giler. Die punya lagak dengan staff, perghhhhh. Tapi tak semua la kan, jangan nak kecam aku pulak. Aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku sendiri yang dah jumpa beberapa orang macam tu. Teringat masa kat office lama dulu sebelum berpindah ke office sekarang ni. Dapat bos perempuan yang kerek giler. Ni kalau aku cerita balik pengalaman lama dikira mengumpat tak? Hahaha… Takpe laa… Tutup buku pasal bos lama dulu.

Apa yang aku nak cerita sebenarnya pasal bos dari kayangan. Waaaa… Kemain gelaran aku bagi kan. Serius, impressi aku terhadap Lady Boss ni berubah lepas dapat bos macam Kak Fariza. Yup, aku panggil bos aku dengan nama Kak Fariza. Bukan Puan atau madam. Cuma dalam keadaan-keadaan tertentu macam dalam meeting je memang la kena panggil gelaran Puan.

Office aku ni ada 6 Bahagian dan staff keseluruhan kalau tak silap aku ade kot hampir 100 orang. Dan salah satu bahagian adalah bahagian aku ni iaitu Bahagian Ukur Bahan yang merupakan bahagian paliiiiiiing kecik dan paliiiiing sikit orang. Dalam bahagian aku ni ade aku dengan Kak Fariza je.. Hehehee… 2 orang jer. Work load kerja kekadang banyak kekadang ok jer tapi tak pernah aku rasa stress kejer kat office ni.

Dari tahun 2009 hingga 2017 aku bekerja dengan Kak Fariza. Die bukan sekadar bos, die jugak tempat aku luah cerita, tempat mengadu, tempat mintak ubat bila sakit dan tempat macam-macam. Die jugak antara orang yang support aku ber’blogging’ dari mula aku creat blog sampai sekarang.

15 Mei lepas adalah hari terakhir aku bekerja dengan Kak Fariza sebab dia dah ditukarkan ke tempat lain sebab dinaikkan pangkat. Huhuhu…

Apa pun Tahniah Kak Fariza tapi itu laaa… Memang terasa sangat bila dah takde kat office ni. 9 tahun kowt kerja sekali.. Lama tuuu… InsyaAllah, ukhwah ni akan berterusan bukan sekadar bos tapi sebagai sahabat dan juga rakan sekerja. Semoga Kak Fariza maju jaya dan cepat-cepat naik pangkat lagi dan masuk office sini balik. Hahaha…

Loading

Filed Under: Personal Tagged With: Personal

« Akhirnya aku ter’shopee’ jugak.
Bahasa yang perlu dielakkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak »

Comments

  1. Perdu Cinta says

    May 19, 2017 at 11:14 am

    Dapat bos yang baik itu memang rezeki..pergi kerja pun gembira…bila buat kerja dakam aura yang damai..semua akan mudah di atasi..PC pernah bekerja…merasa bos lelaki…dan bos perempuan..memang betul-betul bosssss sangat..anehnya unit PC lebih ngam dengan bos unit lain..lebih santai,lebih mesra..lebih positif dalam banyak hal dan urusan.
    Bila bos terlalu bos…..anak buah jadi bosssssan.Itu yang para bos perlu fahami.

    Reply
  2. Julia Johari says

    May 19, 2017 at 12:22 pm

    alahai manis yer wajah bos dari kayangan tu hahaha…apa2 pun all the best

    Reply
  3. Ida says

    May 19, 2017 at 1:07 pm

    Dulu bos sayaaa jugaaaa… kakjaaaa je kita panggil hahahahahha …

    Reply
  4. Haidar says

    May 19, 2017 at 1:33 pm

    Alhamdulillah saya telah aman dari bos sejak bekerja sendiri dah 2 tahun. Hehe

    Reply
  5. Nisa says

    May 24, 2017 at 7:27 am

    Comelnya, kak Fariza. Look younger for a boss. Kadang-kadang tak semua orang atasan kita kerek and berlagak. Dapat yang sekepala, ya Allah… lagi bagus. Cukup seronok when it happens.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative