Smartphone aku ni dah nazak sangat dah. Hari tu screen rosak sebab jatuh atas jalan. Terbang RM230 tukar screen baru Sony Z3. Itu pun bukan screen ori tau, kalau ori ntah berapa ratus lagi nak kena tambah. Screen baru tu bertahan 2 minggu jer, lepas tu pecah lagi kena hentak dengan si Akiff. Hwaaa… Tapi kali ni screen yang pecah tu bahagian atas jer. Area situ jer yang tak berfungsi. Area lain ok jer. So sekarang ni aku pakai jugak phone screen pecah tu dengan bahagian atas tak berfungsi. Huhuhu.. Stress weh bila phone bermasalah ni. Huawei P10.
Nak repair macam membazir jer sebab phone memang dah dimakan usia pun. So, aku pakai jer sampai betul-betul tak berfungsi. Tapi dalam masa yang sama aku tengah survey jugak handphone baru. Kehkehkeh… Tak susah pun nak survey phone sekarang ni, survey online pun dah cukup untuk buat perbandingan dari segi spesifikasi dan jugak harga.
Survey punya survey, akhirnya Huawei P10 adalah pilihan aku! Giler gempak die punya spesifikasi dan paling aku teruja bila tengok revolusi camera phone ni yang menggunakan dwi camera depan dan belakang. Fuhhh… Sebagai blogger, antara perkara utama yang aku tengok bila nak beli phone adalah camera, battery, storage dan keupayaan processor.
Berikut aku kongsikan pendapat aku berdasarkan survey yang aku dah buat yang menyebabkan Huawei P10 menjadi pilihan aku.
i. Revolusi Dwi Camera
Pernah tak korang tengok hasil gambar dari camera P10? Kualiti gambar yang dihasilkan melalui lensa Leica Optic sumpah gempak! Resolusi camera belakang P10 adalah 20MP dan camera hadapan adalah 12MP memberikan hasil gambar yang lebih jelas. Dan paling menarik adalah Aperture Mode yang boleh memberikan kesan bokeh seakan-akan kite menggunakan camera DSLR.
ii. Ketahanan Batery
Keupayaan batery smartphone P10 adalah 3200 mAh iaitu boleh bertahan sehingga 9 jam untuk penggunaan sepanjang hari. Dan lebih menarik lagi, P10 juga mempunyai special features yang mana kita boleh set untuk optimakan penggunaan battery.
iii. Fast Charging
Sekarang ni semua nak kena cepat dan fungsi fast charging ni sangat-sangat diperlukan terutamanya ketika travel. Huawei P10 hanya perlukan 30 minit untuk charge 50% kuasa battery atau kalau nak charge full hanya perlukan 1 jam 30 minit.
iv. Storage
Cukup lah aku stress dengan hp sekarang yang sentiasa jer dapat warning full storage. Tapi dengan Huawei P10, aku boleh dapatkan sehingga 64GB internal memory dan ada juga memory card slot yang boleh masukkan MicroSD card sehingga 256GB.
v. Rekabentuk
Bagi aku rekabentuk phone bukan menjadi keutamaan tapi andai phone yang mempunyai semua spesifikasi yang aku perlukan tu mempunyai rekabentuk yang menarik, aku anggap itu sebagai bonus. P10 adalah bonus bagi aku sebab rekabentuk P10 adalah sangat menarik dan kelihatan exclusive. Ada 8 pilihan warna yang exclusive iaitu Ceramic White, Dazzling Blue, Dazzling Gold, Prestige Gold, Graphite Black, Mystic Silver, Rose Gold dan Greenery.
vi. Screen
Huawei P10 menggunakan resolusi 1080 pixel dengan panel berasaskan IPS NEO-LCD yang mana memberikan kualiti yang sangat terang dan menyerlahkan warna. Panel ni lebih kurang sama dengan panel AMOLED. Kalau layan movie HD melalui phone memang sangat puas hati.
vii. Harga
Alah membeli, menang memakai. Untuk orang yang hardcore menggunakan smartphone, aku rasa dengan harga RM2,499 memang berbaloi untuk dimiliki berdasarkan spesifikasi yang diberikan.
Phone dah survey tapi korang tahu tak kat mana tempat paling mudah untuk korang buat perbandingan harga dan beli Huawei P10 murah? Tak perlu bazir tenaga berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Haaa.. Beli jer online melalui laman web Carousell.
Aku suka website Carousell sebab kat situ ada banyaaaak pilihan phone yang ada dari model lama hingga model terbaru dan kite boleh buat perbandingan harga antara penjual untuk dapatkan harga telefon yang paling murah. Kalau rasa budget tu kureng dan nak cari telefon Huawei P10 secondhand pun ade jugak. Yang penting kena baca dengan teliti detail produk yang ditulis kat situ. Kalau tak jelas, korang boleh terus chat dengan seller untuk tanya lebih lanjut. Dalam masa yang sama boleh chek profile seller dan baca review dari buyer yang pernah berurusan dengan diorang sebelum ni untuk panduan kite.
Melalui Carousell korang tak perlu rasa ragu-ragu. Sebab setiap item yang dijual mesti dinyatakan dengan jelas dan kalau rasa nak lebih meyakinkan, korang boleh pilih kaedah meet-up iaitu korang boleh pergi jumpe seller tu sendiri.
Ni contoh Huawei P10 yang aku survey melalui applikasi Carousell. Murah giler kan. RM2,000 pun boleh dapat. Semalam aku jumpe P10 yang masih dalam box dan nak dijual sebab owner tu dapat gift. Harga die nak jual RM2,000 jer tapi hari ni aku cari item tu dah tak jumpe. Dah terjual la kot. Demmm…
Selain jadi pembeli, korang jugak boleh jual barang sendiri melalui website Carousell. Tak kisah barang baru atau lama. Contohnya korang nak jual telefon lama untuk topup duit beli telefon baru. Korang boleh iklankan melalui website Carousell. Memang sangat efektif, mudah dan cepat. Tapi nak jadi seller kena la creat akaun Carousell dulu. Dah ada akaun Carousell tu jangan lupe follow akaun aku lan_careno
Bagusnya sebenarnya konsep Carousell ni sebab secara tak langsung kite menyokong sesama sendiri dalam proses jual beli. Kite buyer dan kita jugak seller.
So, download applikasi Carousell sekarang dan jangan lupe kongsikan article ni dengan kenalan korang jugak, mana tahu diorang pun tengah mencari sesuatu. Boleh la gunakan Carousell sebagai platform untuk mendapatkan produk dengan harga termurah di pasaran disamping menjana pendapatan sebagai seller Carousell.
azni says
dah try amik gambar… mmg superb! kalau laaa dpt hadiah ni kan best hehehhe
IQ aka Izyan Balqis says
macam menarik je huawei p10 ni, patut la semua orang duk sebut2…camera leica siap tu..fuhh
YB Shehan says
Mmg aim for this one. Nak menang p10. Eh
lisak says
dengar cerita menarik gak phone ni . leica gitu ,… gambar sharp woo
Hafiz Rahim says
P10 x best. Kalau aku menang p10 baru aku puji. Hahaha
YB Shehan says
Ok.. nk usha
Daus Redscarz says
P10 memang idaman kalau dapat free.. klau nk beli fikir dulu..
qaseh says
Idaman semua org dah huawei ni … Harga pun lawa .. fuhh
nadia johari says
memang tengah cari juga phone baru