Tiap kali masuk Ramadhan mesti rakan-rakan blogger akan bercerita pasal iftar di Bangi Golf Resort (BGR). Dah macam acara tahunan pulak sebab katanya BGR adalah lokasi berbuka puasa paling berbaloi di KL. Alhamdulillah tahun ni dapat jugak aku berpeluang merasai sendiri apa yang istimewanya berbuka puasa di Bangi Golf Resort.
Mulanya aku bayangkan tempat ni mesti exclusive kan, sebab dah nama pun golf resort. Tapi bila aku sampai, dewan yang digunakan biasa sahaja dan takde la nampak gah dari luar tapi bila masuk ke dalam dewan, segalanya cukup selesa untuk menampung ramai orang.
Suasana dalam dewan cukup teratur dan paling aku teruja bila aku tahu yang juadah makanan yang disediakan melebihi 200 jenis pilihan. Perghhh… Giler gempak! Paling aku nak cuba adalah kambing golek sebab dari feedback yang aku baca di blog rakan-rakan, kambing golek kat BGR boleh dikatakan tarikan utama kat sini. Ok takpe, japg aku bagi tau betul ke memang sedap.
Ni aku nak kongsi tips berbuka puasa di hotel atau tempat-tempat buffet ramadhan dengan korang. Cuba elakkan ambil makanan yang biasa korang makan di rumah atau di kedai. Kurangkan ambik nasi putih, banyakkan ambk lauk. Nasi tu sekadar nak bagi rasa dengan beberapa jenis lauk jer. Kalau korang ambik nasi putih tu banyak, nanti cepat kenyang.
Tapi style aku lain sikit, aku suka makan desert dulu kalau makan buffet luar. Tau sebab apa? Sebab menu utamanya biasa ramai orang beratur. Hehehe… So baik aku makan desert dulu sebab desert tak mengenyangkan sangat. Desert pulak ambik satu jer setiap jenis. Jangan banyak sangat sebab makanan manis ni cepat muak, nanti langsung dah tak lalu nak makan yang lain. Lepas makan desert boleh terus pergi solat maghrib dulu. Bawah ni antara desert yang ada di BGR.
Tadi aku kata menu wajib kat BGR ni adalah kambing bakar kan. Haaa ni aku nak mengaku, kambing bakar sini memang terbaek bakhang… Daging lembut dan paling mengancam sos dia. Pehhh… Memang buat teringat. Untung ambik kambing bakar bila dah waktu berbuka sebab daging tu masih panas masa korang makan. Kalau ambil awal sebelum berbuka, sementara tunggu waktu berbuka dah sejuk dah.
Akiff dengan Azif paling suka spaghetti carbonara dengan lasagna. Carbonara memang creamy dan sedap. Lasagna pulak siap ada rasa kerak garing tepi yang tak tahan tu. 2 kali aku ulang ambik untuk diorang.
Nak cerita semua menu macam banyak sangat pulak, korang tengok sendiri la antara menu pilihan aku hari tu.
Kesimpulannya memang aku puas hati berbuka kat sini. Berbaloi sangat dengan harga yang dikenakan iaitu RM58/dewasa dan RM28/kanak-kanak. Kalau nak murah korang ajak kengkawan datang sekali sebab kalau groping harga lebih murah iaitu RM49 (dewasa) dan RM22 (kanak-kanak).
Untuk tempahan dan info lanjut boleh dapatkan melalui detail kat bawah ni.
Mohd Nizam
H/P : (60)192539856
Emel : nizam.sales@bgrrest.com
Siti Zawiah Shuib
H/P : (60)173169316
Emel : siti.bangigolf@gmail.com
Bangi Golf Resort Restaurant :
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor, Malaysia.
Tempahan & Pertanyaan : 1-700-81-8557
Emel : sales@bgrrest.com
Website : http://www.bgrrest.com
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : @bangigolfresortofficial
Leave a Reply