Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Jadual dan keputusan Badminton Piala Sudirman 2017

May 22, 2017 by Admin 5 Comments

Spread the love

Aku antara peminat tegar sukan badminton Malaysia. Orang tahu aku ni peminat kelab bola sepak Manchester United, tapi kalau ade clash live game kat TV antara game MU dengan badminton, aku akan pilih chanel badminton lagi. Impian nak serius dalam badminton tak kesampaian sebab tak diberi pendedahan dari kecik, sebab tu aku salurkan minat aku ni kat anak pulak. Nasib baik Akiff pun dah mula minat sukan badminton. Setiap ahad die mesti tak sabar nak ke kelas badminton.

Dalam banyak-banyak kejohanan badminton sama ada Super Series atau Grand Prix atau ape jer, Piala Thomas dengan Piala Sudirman adalah antara yang paling aku tunggu. Piala Thomas adalah acara sukan badminton setiap 4 tahun dan Piala Sudirman adalah acara sukan badminton yang diadakan setiap 2 tahun sekali.

Menariknya tentang Piala Sudirman sebab kejohanan ni dijalankan secara berkumpulan dan setiap kumpulan diwakili oleh pemain perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran. Menarik kann?

Untuk pasukan Malaysia, team kita diwakili Dato’ Lee Chong Wei, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Lee Zii Jia untuk perseorangan lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk beregu lelaki. Goh Jin Wei dan Soniia Cheah dalam acara perseorangan wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean untuk beregu wanita manakala Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See dalam acara beregu campuran.

Mesti korang pelik kan, apa kaitan Sudirman dengan badminton. Kehkehkeh… Kalau Allahyarham Sudirman yang penyanyi tu memang takde kaitan pun. Menurut sejarah, Piala Sudirman diambil dari nama tokoh badminton Indonesia iaitu Dick Sudirman yang merupakan pengasas Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI).

Untuk tahun ni, Piala Sudirman akan berlangsung di Gold Coast, Australia bermula 21 – 28 Mei 2017. Team Malaysia akan memulakan langkah pertama dalam kejohanan ni bermula hari esok (23 Mei) dalam peringkat kumpulan. Malaysia berada dalam kumpulan C bersama-sama dengan pasukan dari England dan Japan. Tapi disebabkan England menarik diri dari Sudirman Cup, maka tempat England digantikan dengan pasukan Germany dalam kumpulan C. Berikut adalah pembahagian kumpulan Piala Sudirman 2017.

Piala Sudirman 2017

Grup A: China, Thailand, Hong Kong
Grup B: Korea, Taiwan, Russia
Grup C: Japan, Malaysia, Jerman
Grup D: Denmark, Indonesia, India

Tapi fokus aku semestinya team Malaysia. Berikut aku kongsikan jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan yang melibatkan team Malaysia.

23 Mei – Malaysia vs Jerman | 5 – 0
24 Mei – Japan vs Malaysia | 3 – 2
25 Mei – Suku Akhir Pertama | Tiada pasukan Malaysia
26 Mei – Suku Akhir Kedua |Japan vs Malaysia
27 Mei – Separuh Akhir 1 & 2
28 Mei – AKHIR

Venue: Carrara Sport and Leisure Centre di Gold Coast, Australia.

Tiada ganjaran wang tunai diberikan dalam kejohanan ini buat para pemain. Mereka hanya bermain sekadar mengharumkan nama negara yang diwakili dan juga memperoleh mata ranking dunia BWF. Sumber Wikipedia

Untuk rekod, Malaysia belum pernah memenangi Piala Sudirman dan hanya sekali jer layak ke peringkat Separuh Akhir pada tahun 2009. Harapnya tahun ni ada peluang Malaysia untuk mencipta sejarah.

Loading

Filed Under: Isu Semasa, Sport Tagged With: Badminton, Isu Semasa, Sport, Sukan

« Kopi Badang 100% Tulen… Tanpa bau dan rasa yang keterlaluan
Huawei P10 buat aku jatuh cinta? »

Comments

  1. sueizza says

    May 22, 2017 at 3:52 pm

    malaysia boleh! eh ehhhh hehehhe

    Reply
  2. mama pipie says

    May 24, 2017 at 2:03 pm

    good luck malaysia

    Reply
  3. Anuar says

    May 24, 2017 at 4:09 pm

    Good Luck buat pasukan Badmonton Malaysia… Semoga pulang dengan membawa kejayaan..

    Reply
  4. Hafiz Rahim says

    May 25, 2017 at 1:02 pm

    Sape la nanti ganti chong wei kan

    Reply
  5. lokman says

    May 26, 2017 at 3:16 pm

    semoga skuad malaysia ke final

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative