Aduh… Sakit badan dah masuk hari kedua tak hilang lagi ni. Penangan masuk running 6km hari sabtu lepas. Hahaha… Nak manja-manja mengadu sakit kat Miss Permaisuri tapi kena bebel jer sebab dah kena warning tak bagi masuk larian tapi tetap degil nak masuk jugak. Hahahhaa… Rasakan…
Bulan 11 hari tu aku ada buat pembedahan lutut disebab ligamen ACL lutut putus. Doctor dah pesan, at least 8 bulan hingga setahun tak boleh bergiat aktif. Huhuhu.. Mana tahan, time aku nak kena rest ni la geng-geng dok ajak bersukan. Grrrr…
Alhamdulillah, sepanjang larian takda benda-benda tak diingini berlaku. Lutut dan kaki terasa kuat jer. Boleh dikatakan 90% keadaan lutut aku dah kembali berfungsi dengan baik cuma rasa ragu-ragu dengan keupayaan lutut tu masih tak hilang…
Larian sejauh 6km ni bermula jam 8 malam di Marina Putrajaya. Aku, Daus Redscarz dengan Yanty sampai sana dalam pukul 7.15. Solat maghrib kat tepi jalan tu jer, lepas tu terus gerak ke starting point. Yuran pendaftaran untuk event ni kalau tak silap aku RM80 kot. Lupe dah…
Untuk event kali ni, ada 2 katigori iaitu 6km dengan 3km… Pkul 8.15 malam flag-off bagi jarak 6km. Mula-mula macam biasa la kan, dengan penuh semangat waja berlari-lari anak… Kemudian berjalan-jalan… kemudian berlari lagi… kemudian jalan lagi… kemudian jalan lagi… dan jalan lagi… dan jalannnnn… Hahahhaa… Banyak jalan dari lari sebenarnya… Takde la bersungguh nak menang sebab takde hadiah pun untuk pemenang. Juz for fun jer. Semua yang berjaya tamatkan larian akan dapat medal… Takde cut-off time yang diberikan.
Ni laluan track kitorang malam tu. Track menarik sebab lalu tepi tasik bawah jambatan. Berangin jer rasa… Disebabkan track ni berpusing-pusing, aku rasa macam berlari tempat yang sama jer. Malam tu cuaca memang terbaek. Best giler tapi tetap aku rasa macam jauuhnyaaaaa nak sampai penamat. Hahahhaa…
Respek betul dengan diorang yang berlari bawak anak-anak kecik. Ada yang kendong anak, ada yang bawak stroller, ada yang berlari dengan anak. Teringin nak bawak Akiff dengan Azif berlari macma ni jugak. Tunggu diorang besar sikit la. Bawak sekarang silap-silap aku yang kena dukung si Azif tu. Giler 6km nak dukung, patah pinggang aku.
Akhirnya lepas 59 minit sampai jugak kat garisan penamat. 6km sejam kooo… Malam tu aku berlari dalam kesakitan. Hari sabtu tu aku sakit gigi, beberapa jam sebelum larian aku ke klinik gigi dan doctor suggest untuk cabut gigi yang sakit tu. Bayangkan masa masa larian tu gusi aku masih berdarah kesan dicabut petang tu. Mulanya tak sakit pun sebab bertahan dengan ubat tahan sakit. Dah habis kesan ubat tu berdenyut jugak la. Nak senyum pun tak daya. Gambar bawah ni tengah senyum sambil tahan sakit. Huhuhu…
Apa pun berbaloi dan puas hati dapat baju dengan medal yang smart ni… Kenangan untuk aku sebagai Manchester United supporter…
Cuma 1 jer la yang aku kurang puas hati, medal tak mencukupi. Aku pun pelik kenapa medal boleh habis pulak. Nasib baik kitorang sempat dapat. Yang tak dapat tu nanti diorang akan pos ke rumah. Next time pihak penganjur kena plan bebetul. Aku syak ade yang ambik medal lebih ni sebab tu medal tak cukup. Huh…
Afiq Halid says
Wahhhh. Afiq lari 200 meter dah mengah. Hahaha
Daus Redscarz says
Serius sejak mlm tu, aku rasa motivate untuk 10km. Tapi bezanya siang dan mlm. Klau siang guana agaknya..
ainim says
tahniah berjaya habiskan 6km larian. next time boleh amik 10km pulak
Faiz says
Memang best lari siang malam, tulis sikit entry penentu kiblat tuh, memang menarik
Lan Careno says
Kitorang chek arah qiblat tu guna jam qiblat sensor… boleh baca review daus pasal jam ni… http://www.redscarz.com/2017/05/Jam-kiblat-untuk-kaki-travel.html
Yanty Lee says
Xsbr nk try lari n jalan sambil minum Milo Ahad ni pula. Ahaksss