Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Akhirnya aku ter’shopee’ jugak.

May 16, 2017 by Admin 15 Comments

Spread the love

Masa kat office baru-baru ni, aku terima What’sApps dari Miss Permaisuri. Katanya nak belikan aku hadiah hari jadi tapi tak tahu nak bagi apa. Hahaha.. Boleh gitu? Tak pandai langsung buat surprise. Sudahnya dia suruh jer aku pilih hadiah melalui website Shopee. Lol. At least aku kalau blur sangat nak bagi hadiah, aku bawak jer die ke shoping mall suruh pilih barang apa yang dia nak.

Cuba korang baca screenshot conversation aku dengan Miss Permaisuri. Aku cilok kat fb die, suke la tu bila aku tertewas. Huh…

Siot kan. Birthday aku beberapa hari jer lagi. Memang mulanya aku cakap tak nak hadiah sebab aku rasa tak perlu kowt nak raikan aku. Dalam zaman ekonomi sekarang ni kena fikir cara untuk kurangkan perbelanjaan. Tapi bila dah terklik link website Shopee yang dia bagi tu, terus terbazir beberapa jam aku tanpa buat apa-apa kat office. Demmm..

1st time masuk web Shopee, impression aku terus berubah. Mulanya aku ternampak beberapa promo produk kat front page tu yang agak murah dan berbaloi. Then bila klik klik klik lagi untuk tengok barang-barang lain yang ada, hadoiiii makin lama aku tersangkut kat web. Sudahnya aku terpikat dengan beberapa produk. Itu yang aku terus screenshot bagi kat Miss Permaisuri barang-barang tu. Hehehe… Nak tahu barang apa yang aku request kat Miss Permaisuri sebagai hadiah birthday?

Ikutkan ade banyak jer kasut murah-murah tapi sebab orang nak belanja kan, harus lah cari yang ratus punya. Hahahhaa…

Aiyorkkkk… Serius lawa baju raya ni! Pakai dengan jeans pun smart. Boleh jadi kurta, boleh jadi baju melayu. Kalau Miss Permaisuri hadiahkan baju raya ni, jimat dah budget untuk raya aku. Hehehe…

Dah lama teringin nak ada dron macam ni. Nak ambik gambar dari sudut lain pulak.

Disebabkan birthday aku hujung minggu ni, aku tak tahu hadiah yang mana Miss Permaisuri belikan untuk aku. Neves pulak tunggu mana 1 pilihan die.. Wakaka… Haaa ni baru terasa surprise… Ngeee…

Okeh… Ni aku nak mengaku sesuatu dengan korang. Aku dah install apps Shopee dalam handphone aku. Kahkahkah.. Miss Permaisuri tak tahu lagi ni sebenarnya. Kalau tahu ni confirm kena bahan ni. Wakaka..

Beberapa hari lepas masa dok layan tv aku sajer la gatal tangan bukak apps Shopee. Takde terfikir nak beli apa-apa pun tapi tiba-tiba ternampak pulak kasut macam kat bawah ni dengan harga hanya RM39.99. Demmmm… Smart giler!! Bila tengok harga macam tak percaya pulak.. Pastu aku buat-buat tanya Miss Permaisuri, apps ni kena daftar ke kalau nak beli? Die kate kena daftar, simple jer. Sekelip mata aku dah ada akaun Shopee. Hehehhee… Bile dah daftar tu terus la aku beli kasut tu.

Kiranya ni pengalaman pertama aku shoping online menggunakan apps. Serius apps Shopee ni sangat friendly user dan untuk orang yang noob macam aku ni pun senang sangat proses nak membelinya. Paparan dalam web atau apps sangat teratur dan boleh klik mana-mana label/kategori produk yang nak dicari.

Bila dah berkenan sesuatu barang, just klik add to cart. Kemudian masukkan kuantiti dan select pilihan yang diberikan contohnya colur atau saiz. Memang senang sangat. Kalau nak shoping lagi boleh pilih dan add jer dalam cart. Bila dah habis memilih, klik check out untuk proses pembayaran.

Proses bayar pun simple jer sebab boleh pilih credit/debit card atau ATM/Bank Transfer atau pun online banking. Ada 10 pilihan bank yang korang boleh bayar secara online. Macam aku hari tu guna maybank2u jer sebab memang dah biasa guna akaun maybank.

Haaa kalau nak tahu. Dalam web shopee tu ada beribu seller yang jual produk diorang tapi setiap kali kite beli, kite hanya perlu bankin ke akaun Shopee sahaja. Bukan akaun seller tu. Bile kite dah terima barang baru la Shopee akan release payment kepada seller. Nampak tak macam mana Shopee handle bende ni supaya takde seller yang buat auta.

Lagi satu yang meyakinkan aku tentang Shopee ni sebab kita boleh berinteraksi atau chat dengan seller. Macam aku beli kasut ni, saiz memang tak dinyatakan masa pembelian tapi diorang ada note suruh direct contact seller untuk pilihan size. Aku klik jer Chat kat akaun seller tu pastu terus boleh sembang. Respon seller aku hari tu memang pantas. On the spot die jawab dan assist aku. Kalau beli kat kedai pun belum tentu dapat layanan segera macam ni.

Dalam beberapa jam lepas tu aku dapat notification yang barang aku dah ready to ship out. Perghhh… Giler efisyen. Siap bagi tau bila jangkaan barang akan sampai.

Ni dah nak raya ni elok sangat la korang shoping keperluan raya kat Shopee sebab bermula 15 Mei hingga 30 Jun Shopee sedang menjalankan kempen Cahaya Raya bersama Shopee. Ada banyaaaaak barang keperluan raya dengan diskaun sehingga 90%. Banyak lagi promo yang ada dalam kempen Cahaya Raya ni.

Untung shoping online sebab korang dah tak perlu bazir tenaga, masa dan duit untuk keluar shoping. Memang la beli kat kedai feeling dia tak sama macam online. Tapi zaman sekarang tahu jer la, selagi boleh berjimat kita jimat. Kannn… Yang penting kena jadi pembeli yang bijak!

So, boleh la korang install apps Shopee sekarang. Daftarkan diri dulu sebelum shoping dan jangan lupa follow akaun Shopee aku, www.shopee.com.my/careno. Bila dah ada akaun Shopee, korang bukan jer boleh shoping tapi boleh jugak jadi seller kat situ. Tiba-tiba terasa nak berniaga pulak kat Shopee. Hurmmm… Rasanya barang apa yang aku nak jual eh?

www.shopee.com.my

Filed Under: Advertorial, Produk, Review, Servis, Shoping Tagged With: advertorial, Online, review, servis, Shoping

« Koleksi Kurta & Jubah 5 Waktu 2017 dah diperkenalkan
Bos dari kayangan. »

Comments

  1. mas saari says

    May 16, 2017 at 10:49 am

    Kalau dah terjebak shopping sekali memang akan shopping lagi, nak² ada promo raya 90% tu. Memang wowww giler!

    Reply
  2. Que Achmad says

    May 16, 2017 at 11:53 am

    Beruntung giler sb LanCareno dh following Abe kat shopee… HAhahhahahahha… Neway, nice entri

    Reply
  3. ema says

    May 16, 2017 at 1:02 pm

    Wah, kemain pilih sendiri hadiah hari jadi….

    Reply
  4. Lya says

    May 16, 2017 at 3:53 pm

    Amboi…. > tak nak tak nak tak nak last2 ko yang over lebih lan oiiii…murah punya pasal macam2 kau kaut lan hahaha

    Reply
  5. YB Shehan says

    May 16, 2017 at 5:05 pm

    Yeahh.. jadilah pembeli yg bijakkkkk

    Reply
  6. Bonde Zaidalifah says

    May 16, 2017 at 5:20 pm

    suka shopping dekat shopee, x leh tinggal pc weeehhh

    Reply
  7. fizafantagiro says

    May 16, 2017 at 8:54 pm

    Untungnyaaa. Baby blikan utk kapija sekali boleh? hihihi . Bukak shopee ni, semua nak belii. Murahh

    Reply
  8. Bella idura says

    May 16, 2017 at 10:10 pm

    Saya pun fikir nak menjual la. Sila beli yer.. Terbaiklah shopee ni.

    Reply
  9. saidila@kaklong says

    May 17, 2017 at 12:58 am

    untunglahhhh dia……sweeet angat …nak buat ginilah kat abg dd…..

    Reply
  10. IQ aka Izyan Balqis says

    May 17, 2017 at 11:55 am

    sangat menarik. memang mudah kalau dapat chat dengan seller.

    Reply
  11. Shazillah Sani says

    May 17, 2017 at 10:41 pm

    Amboiii abg lan.. Huntung ler… Hihihi

    Reply
  12. anuar says

    May 18, 2017 at 5:55 am

    Fuhhh… maunya tak?
    Tengok harga murah macam ni, siapa jer yang tak terliur..

    Reply
  13. sueizza says

    May 18, 2017 at 12:30 pm

    X baik paw bini tau hhahhha

    Reply
  14. Julia Johari says

    May 18, 2017 at 12:43 pm

    hahahaha sonok ye ber shopee…siap dpt hadiah besday lg…best2

    Reply
  15. nadia johari says

    May 31, 2017 at 6:48 am

    memang murah..sampai dah barang yang dibeli dekat shopee

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative