Dalam list percutian yang pernah aku pergi, hanya Langkawi jer lokasi percutian dalam pulau yang pernah aku sampai. Kesian kann… Walhal dalam Malaysia ni banyaaaaak sangat pulau-pulau yang cantik malah menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Antara pulau yang sering jadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa adalah Pulau Perhentian di Terengganu. Aku yakin, bercuti ke Pulau Perhentian pastinya memberikan pengalaman pengembaraan yang tak dapat dilupakan di pulau peranginan terkemuka Terengganu ini.
Kalau bercuti ke Pulau Perhentian, aku cadangkan korang gunakan khidmat pakar pengendali percutian di Pulau Perhentian iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd. kerana diorang ada menyediakan pakej murah ke Pulau Perhentian dengan tawaran menarik yang memudahkan segala urusan percutian di Pulau Perhentian. Meh aku kongsikan apakah tawaran menarik yang diorang ada.
Tawaran percutian ini terbuka kepada individu, keluarga atau pun badan korporat yang mana pakej percutian yang ditawarkan adalah meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pakej percutian yang ditawarkan oleh Perhentiankravers pastinya akan menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh pengunjung setelah menikmati keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang terbentang luas serta di penuhi dengan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian.
Perhentiankravers juga akan mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung. Ini bagi memastikan percutian korang tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama memijakkan kaki di di Pulau Perhentian.
Bagi keselesaan dan ketenangan para pengunjung dalam merancang percutian, Perhentiankravers telah menyediakan beberapa pilihan pakej mengikut citarasa, kesesuaian dan “budget” masing-masing kerana bagi Perhentiankravers, semua orang berhak untuk merasai percutian idaman mereka. Kalau mahukan percutian yang mengikut program yang korang sendiri mahukan pun boleh, segalanya akan diuruskan.
Bersama Perhentiankravers, pengunjung akan di layan dengan sebaiknya bermula dari proses tempahan sehingga lah pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot ke Pulau Perhentian. Kalau nak tahu, bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang di cat dan dihias sebegini.
Menarik kannn… Pastinya pengunjung akan berasa teruja sebaik melihat bot jerung ini datang menjemput di Jeti Kuala Besut. Perjalanan dari jeti ke Pulau Perhentian memakan masa sekitar 20 hingga 30 minit sahaja.
Setibanya di Pulau Perhentian, pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut jenis pakej yang diambil.
Khusus kepada golongan muda aktif yang mahukan aktiviti lebih mencabar, Perhentiankravers ada menyediakan tentatif program ke salah satu destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit.
Khidmat “guide” sebagai penunjuk arah juga disediakan bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah sekiranya berlaku. Perhentiankravers begitu menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini Perhentiankravers menyediakan set “first aid kit” yang lengkap beserta dengan “walkie-talkie” bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini. Aktiviti ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental namun segala penat dan lelah pasti akan hilang apabila tiba di puncak dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut. Berikut adalah beberapa pemandangan dari lokasi kincir angin.
Aktiviti pendakian ke kincir angin dijangka selesai sekitar jam 4.00 petang dan kemudiannya pengunjung bebas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai, berkayak dan lain-lain lagi.
Hari kedua di Pulau Perhentian adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan pengunjung yang bercuti bersama Perhentiankravers. Pengunjung akan di bawa untuk bersnorkeling di 5 tempat snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Ya, sudah pasti nya korang akan teruja untuk bersnorkeling di salah satu lautan terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin tidak pernah dilihat sebelum ini. Aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana Perhentiankravers juga akan menyediakan hidangan makan tengahari di Kampung Nelayan.
Seperti biasa, aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung adalah menjadi keutamaan Perhentiankravers. Oleh itu pengunjung akan disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkelling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin disamping dapat menikmati keseronokan snorkelling.
Perhentiankravers juga menyediakan “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayani pengunjung dalam aktiviti ini. “Snorkelling guide” ini juga akan bertindak sebagai “underwater photographer” untuk merakam gambar-gambar menarik pengunjung ketika snorkelling di Pulau Perhentian.
Antara tempat snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :
1. Turtle Beach atau Tiga Ruang
2. Turtle Point
3. Shark Point
4. Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
5. Lighthouse
6. Romantic Beach
Antara aktiviti yang disediakan sepanjang hari tu adalah seperti :
1.“Fish feeding” di Turtle Beach
2. Berenang secara dekat bersama penyu di “Turtle Point”
3. Aksi mendebarkan antara “snorkelling guide” berhadapan dengan jerung di Shark Point.
4. Kampung Nelayan di mana para pengunjung di bawa untuk berehat dan makan tengahari.
5. Lompatan dari ketinggian 10 meter di Lighthouse bagi pengunjung yang inginkan sesuatu yang ekstrim. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral” yang tercantik di Pulau Perhentian.
6. Tempat snorkelling yang terakhir iaitu Romantic Beach di mana para pengunjung dapat berehat sambil bermandi-manda pada air di paras pinggang dengan keadaan laut yang tenang. Di Romantic Beach ini juga terkenal dengan rumah kepada “Nemo” dan juga “Baby Stingray”.
Fuhhh… Menarik kann. Selesai aktiviti snorkelling, korang berpeluang menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas.
Berdasarkan pakej yang diambil, Perhentiankravers juga ada menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian. Barbeque yang dihidangkan terdiri dari pelabagai menu hidangan laut segar. Setelah selesai makan malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Longbeach dimana terdapat pelbagai hiburan musik dan persembahan api yang di adakan di sana. Hal ini kerana Longbeach begitu terkenal sebagai satu-satu nya “Night Life & Beach Party” di Pulau Perhentian.
Pada hari ke tiga kebiasaannya pengunjung sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian dan pulang menuju ke destinasi masing-masing. Pada pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian mereka dan ingin mencuba aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba diving”, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan.
Untuk pulang ke Jeti Kuala Besut, korang boleh pilih untuk naik bot jam 8.00 pagi, 12 tengah hari atau 4 petang. Bergantung kepada rancangan perjalanan korang sendiri. Di Jeti Kuala Besut, pengunjung masih berpeluang membeli barangan cenderamata yang dijual di sana. Bagi pengunjung yang pulang menaiki bas, korang boleh berehat dan bersantai di kawasan rehat atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.
Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan percutian yang sangat berbaloi dan tidak dapat dilupakan pengunjung sepanjang bercuti di Pulau Perhentian. Rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakan dan melebihi ekpektasi serta bayangan diorang tentang keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara. Perhentiankravers menjanjikan “value for money” kepada setiap pengunjung.
Perlu diingatkan, musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun. Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad, Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan dan rancangan seawal mungkin bagi mengelakkan bilik penginapan penuh. Sebarang tempahan boleh lah hubungi :
019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers)
Emelkan : hai.perhentiankravers@gmail.com
Facebook : Perhentiankravers
Instagram : Perhentiankravers
Cantiknya Pulau Perhentian ni… Rasa macam nak terjun ke dalam laut sekarang juga bila tengok gambar ni..