Kali pertama aku tahu makan style sepah-sepah atas meja dengan alas kertas jer tanpa pinggan ni masa viral kat facebook dulu. Lama dah benda ni popular. Sejak dari tu dah merata-rata kedai makan buat menu style gitu. Tapi nak cari yang betul-betul sedap dan murah tu agak susah. Ada yang memang sedap tapi harga pulak mencekik. Yang murah pulak banyak yang so so jer. Tapi yang terbaru aku makan shell out di sebuah restoran pantai timur di Subang memang berbaloi.
Restoran yang aku maksudkan adalah Restoran Rahsia Selera Timur Nasi Hungga. Nama restoran kemain panjang, nak mudah aku sebut restoran hungga jer. Hehehe…
Restoran ni terletak di Subang 2, bertentangan dengan Star Avenue atau kalau korang guna waze, search “Brothers Jalan Euro 3 Subang”. Walaupun aku tak familiar area situ tapi dengan waze aku tak sesat pun. Restoran ni sebaris dengan Kedai Aksesori Kereta Brothers.
Pertama kali sampai aku macam was-was, betul ke kedai makan ni yang ada shell out tu. Sebab kalau tengok dari luar, nampak macam kedai masakan thai yang lain. Tapi memang betul pun sebab restoran ni memang menyediakan masakan thai cuma menu signature terbaru diorang adalah Shell Out Kapal Pecah.
Tak lambat owner kedai kena tukar nama menu la sebab perkataan Sheel Out dah dipatternkan, aku cadangkan seafood longgok kapal pecah. Hehehe… Nak tahu apa yang ada dalam set ni?
Set ni ada ketam masak cili, sotong masak merah, udang sweet sour, lala/kepah buttermilk, sayur jagung, brokoli, carrot dan paling win dalam set ni adalah siakap steam. 6 in 1 semuanya dan bagi aku harga RM84.90 memang dah cukup murah sebab set ni sesuai untuk 3 atau 4 orang. Puas hati makan. Tapi set ni tak termasuk nasi putih. Nasi putih kena tambah RM1.50 sorang.
Kalau makan style gini yang pernah aku makan, diorang ada bagi pilihan tahap kepedasan yang kite nak dan jugak pilihan sos. Tapi kat sini takda pilihan macam tu, tapi bagi aku ok jer sebab shell out kapal pecah ni cukup sedap, cukup pedas dan pelbagai rasa. Kalau tanya aku tahap kepedasan set ni, aku rasa nak lagi suka kalau lagi pedas sampai berpeluh makan. Tapi sebab makan kongsi-kongsi, tak boleh nak fikir anak tekak kite jer. So, tahap kepedasan set ni memang ngam untuk semua. Andai kata korang nak request yang extra pedas, just inform masa order tu.
Dalam set ni aku paling suka lala/kepah buttermilk. Tak pedas tapi sedap sangat bila diratah. Sampai kulit kepah tu pun aku hisap. Hahaha… Yang kedua aku suka udang sweet sour. Kalau saiz udang lagi besar lagi mengancam tapi kena duit besar jugak la kan. Dah nama pun shell out budget tak boleh la demand lebih. Janji rasa A+ yer dak?
Macam aku kata tadi, menu paling win bagi aku adalah siakap steam. Yang ni aku cadangkan korang makan last sebab kalau makan bersekali nanti rasa pedas tu terpotong. Ni pendapat aku sendiri. Next time aku datang aku nak mintak siakap steam ni datang lambat sikit takpe. Rasa siakap steam ni memang sedap sampai aku rasa nak hirup dia punya kuah. Arghh… Taip entry bulan puasa ni menduga betul la. Sambil menaip sambil telan air liur. Demmm…
Kalau datang sini wajib order air hungga. Tak dapat kat tempat lain. Sedap giler dan tak comfirm tak cukup segelas. Aku hari tu order 2 gelas tu pun rasa nak lagi. Air hungga adalah campuran laici, serai, lemon, apple hijau dan asam boi. Air pulak dia gunakan air soda. Rasa gas tak kuat dan ada pelbagai rasa masam manis. Nak try buat kat rumah la. Hehehe…
Ada 5 pilihan set yang disediakan dengan harga sangat berbaloi. Kalau nak add-on pun boleh jugak. Harga add-on boleh tengok kat bawah menu tu. Set yang aku tunjuk dalam gambar atas ni adalah set 4 yang sesuai untuk 3 atau 4 orang.
So, korang yang tinggal area Subang, Shah Alam, Kota Damansara atau yang sewaktu dengannya jangan lupa cuba sendiri makan seafood bersepah atas meja atau shell out yang aku bagi tau ni okeh… Untuk maklumat lanjut boleh chek facebook Restoran Rahsia Selera Timur Nasi Hungga
Gambar semua mengancam. Terliur tgk semua makanan. Lagi2 air tu. Selamat berbuka
Sangat jarang ke Subang tapi mungkin boleh cuba untuk menjamu selera di sini nanti
Berselera tgk.. terasa lapar & nak Cuba jugak makan Kat situ
meleleh air liur tengok menu shell out kapal pecah ni, harga memang berbaloi. tapi jauh plak area sana.
uiii..sdapnya..bw pagi 4 ramadan..:)
haritu nad makan shellout dekat selayang lagi murah rm64 mcm tu untuk 4 org, lagi free nasi dan free air dua big cup..hehe
Sedap-sedapnya..shell out ni kira febret
tak baik tau buat orang terliur bulan puasa ni hahaha , bestnya maknan2 dia , bila nak bawak ai pergi sana kahkah
Dah lama dok tengok je viral makan style sepah-sepah atas meja dengan alas kertas saja ni tapi masih belum berkesempatan untuk cuba try test. Macam best ja kan?