Ramai yang kata tak elok amalkan minuman 3 in 1 sebab campuran dalam kopi tu ada macam-macam bahan tambahan yang boleh beri kesan tak elok dalam jangkamasa panjang. Aku pun percaya benda ni, sebab tu sekarang aku dah jarang minum kopi 3 in 1. Tapi takde la tak minum langsung, cuma dah kurang. Kalau zaman bujang dulu memang yer, stock 3 in 1 memang tak putus kat rumah.
Pernah tak korang rasa bila minum coffee akan sakit kepala atau perut memulas? Atau pun rasa apa-apa yang tak selesa? Aku jarang berlaku macam tu tapi ramai jer kenalan aku yang ada masalah macam ni. Tahu tak korang yang kesan ni terjadi disebabkan campuran bahan yang macam-macam dalam kopi tu tak sesuai dengan badan kita. Kekadang tu ada produk kopi yang menggunakan bahan tiruan untuk bangkirkan lagi aroma, rasa dan juga warna.
Kat pasaran memang banyak giler pilihan coffee yang ada. Cakap jer nak coffee yang macam mana, perasa apa semua ada. Kopi asli? Kopi hazelnut? Kopi gula perang? Kopi tongkat ali? Kopi kacip fatimah? Malah kopi perisa durian pun ade. Tapi susah betul nak dapatkan kopi yang betul-betul kopi original tanpa sebarang perisa tambahan dan sebarang bahan tiruan.
Disebabkan itulah Al Mubarak Health Sdn Bhd mengeluarkan produk Kopi Badang yang mana kekuatan kopi 3 in 1 ni adalah menggunakan 100% kopi premium Robusta dari Columbia yang diproses tanpa sebarang bahan tiruan. Kemudiannya dirumus khas bersama gula dan krimer bukan tenusu untuk menghasilkan kopi 3 in 1 yang 100% tulen dan berkualiti kepada pelanggan. Kopi Badang telah mendapat kelulusan sijil HALAL dari JAKIM dan juga dihasilkan di premis yang mempunyai piawaian kebersihan yang sangat tinggi.
Fokus utama Kopi Badang adalah kopi segera pra campuran 3 in 1 yang 100% tulen tanpa sebarang bahan campuran tiruan seperti perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet tiruan dan kopi tiruan bagi menjaga kesihatan pengguna.
Aku sendiri dah cuba Kopi Badang ni dan aku dapati bau aroma kopi ni memang tak kuat. Biasa kan kalau bancuh kopi memang bau aroma kopi tu boleh bau satu office atau pun rumah. Tapi Kopi Badang macam takde bau pulak. Kekadang tu ade kopi yang lepas kite minum, mulut pun ade berbau kopi. Tapi yang ni tak langsung. Lagi satu lepas minum Kopi Badang ni, rasa pahit tu tak melekat kat lidah atau tekak. Tak bilas dengan ais kosong pun takpe bagi aku. Ini lah kelebihan Kopi Badang yang tak ada pada kopi lain. Tapi kalau korang jenis yang suka kopi yang aroma dan rasa yang kuat, Kopi Badang bukan pilihan yang bagus kalau itu yang korang cari. Kopi Badang hanya untuk orang yang nak kan kopi yang 100% tulen tanpa sebarang campuran tiruan.
Baru-baru ni aku ada hadiri majlis pelancaran Kopi Badang yang diadakan di Saloma Bistro Kuala Lumpur. Dalam majlis ni juga diperkenalkan duta besar Kopi Badang iaitu pelakon terkenal Zamarul Hisham dan juga beberapa orang duta kecil yang akan turut serta dalam roadshow untuk memperkenalkan Kopi Badang kepada umum. Dalam majlis tu, Zamarul ada berkongsi cerita tentang pengalaman dia yang pernah pengsan akibat terlalu banyak minum kopi. Zamarul adalah penggemar kopi yang tegar dan dia minum kopi untuk dapatkan kecergasan dan mengembalikan tenaga. Disebabkan kes itu, doktor menasihatkan dia untuk kurangkan pengambilan kopi. Tapi nasib baik die diperkenalkan dengan Kopi Badang yang mana dia tak perlu lagi risau sebab kopi ni membekalkan kopi yang bermutu tanpa sebarang bahan tambahan.
Korang jangan salah faham yer tentang nama Kopi Badang. Ada kengkawan aku yang tanya, kopi ni untuk lelaki ke? Kopi kuat kan tenaga batin ke? Ehhhhh tak laaa.. Nama Badang dipilih bukan kerana sifat fizikal atau kekuatan BADANG seperti yang digambarkan dalam hikayat cerita rakyat dulu tapi kerana perwatakan Badang tu sendiri yang jujur dan ikhlas. Maksudnya, pengeluaran kopi ni adalah khas untuk mereka yang mahukan rasa kopi sebenar tanpa dipengaruhi oleh perisa tambahan lain. So, Kopi Badang ni sesuai diminum oleh semua orang tak kira lelaki, perempuan, tua atau muda.
Untuk korang yang perlukan daya tumpuan dan nak menghilangkan rasa letih, boleh minum Kopi Badang untuk dapatkan kesegaran badan dan minda. Sebab tu aku bawak separuh stock yang ada kat aku simpan kat office. Boleh minum pagi petang bancuh sendiri jer. Hehehhe… Lepas ni kalau nak drive jauh kena la ambik dulu segelas Kopi Badang supaya tak mengantuk dan segar jer. Aku dah dapatkan sekotak, dalam tu ada 24 sachets.
Packaging kopi ni pun nampak exclusive jer kan. Kalau korang nak boleh dapatkan melalui stokis atau pengedar yang dilantik sebab Kopi Badang ni tak dijual di pasaraya-pasaraya besar. Atau pun korang sendiri boleh jadi stokis Kopi Badang sebab insentif giler gempak untuk stokis yang berjaya mencapai target jualan yang ditetapkan.
Perghhhh… Peluang memang terbuka luas sekarang ni sebab stokis dan wakil pengedar seluruh negara masih belum ramai. Jadi kalau korang berminat boleh hubungi detail di bawah ni untuk maklumat lanjut.
PREMIER VICTORY ENTERPRISE – 07 232 6124
HISHAM NORDIN – 019 779 2211
KAMARUL ARIEF – 018 388 5985
Bukan stokis jer berpeluang menang, pelanggan pun berpeluang untuk cabutan bertuah dengan hanya pembelian sebanyak 12 kotak sepanjang kempen berlangsung. Ada hadiah kereta, motor dan banyak lagi hadiah lain yang menarik. Boleh tengok gambar bawah ni.
Cabutan bertuah dan insentif ni akan berlangsung selama 7 bulan bermula Mei hingga Disember 2017.
Untuk info lanjut korang boleh layari Facebook Kopi Badang dan Instagram Kopi Badang. Nah layan video viral Kopi Badang ni… Memang kelakar!
ok. nak kumpul 12 kotak. kotak hr tu pass kat i k.. hahahaha
Nak menang iPhone 7 please
ehm..menarik..boleh ni kalau bersungguh
Boleh cuba ni sbb kite selalu sakit kepala lpas minum 3 in 1
Lepas minum boleh jd mcm badang la ek ahaks .. best gila hadiah2 dia fuhh .. tq for sharing
hadiah cabutan bertuah dia best
Mula-mula dengar nama kopi badang, otak dah fikir kan minum kan..boleh jadi gagah mcm badang…. memang sedap kopi dia.
minum ni memang tak ngantuk..cergas giler
korang asyik dok cerita pasal kopi badang ni, teringin plak nak rasa. Akak mmg kena minum kopi tiap hari, kalau tak rasa macam tak dak tenaga je hehehe