Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Batuk hilang lepas amalkan minum Apple Cider Vinegar with Honey

June 4, 2017 by Admin 12 Comments

Spread the love

Dah seminggu aku batuk, tido pun terganggu sebab asyik batuk jer. Kat office dah ada yang tegur, tak ke klinik ke. Sebenarnya, selagi boleh elak memang aku cuba elakkan makan ubat batuk. Ada jugak aku cuba petua orang dulu katanya amalkan makan buah nanas untuk hilangkan batuk. Tapi sebab malas nak mencari buah nanas, aku beli jer yang dalam tin. Hehehe… Surya Apple Cider Vinegar

Petua yang biasa kita dengar untuk ubati batuk adalah minum madu lebah asli. Tapi stock madu asli kat rumah aku dah habis, ada yang dah diproses jer. Huhuhu…

Baru-baru ni aku terbaca di facebook pasal khasiat cuka epal yang juga boleh membantu melegakan batuk. Sebelum ni tak pernah pulak aku try cuka epal. Tapi pernah la nampak kat farmasi area rumah aku ade jual.

Dalam banyak jenama cuka epal kat pasaran, aku pilih produk keluaran Surya Malaysia iaitu Apple Cider Vinegar (ACV) with Natural Honey sebab produk ni mempunyai sijil Halal dari JAKIM dan mendapat kelulusan HACCP iaitu proses audit yang sangat ketat bagi menjamin kualiti produk adalah selamat, berkualiti dan layak untuk dipasarkan keluar negara.

Bagusnya produk ni sebab dihasilkan menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan tiruan, tanpa gula tambahan dan hanya menggunakan madu asli dari sumber tempatan.

Aturan cara minum ACV ni adalah campurkan 180ml air masak dengan 2 sudu besar ACV. Disebabkan produk ni menggunakan madu asli, korang jangan guna sudu besi tau sebab besi dengan madu ‘tak kawan’. Tindakbalas nanti akan menyebabkan khasiat madu asli tu hilang. Dan jangan pulak minum gitu jer tanpa bancuh sebab cuka tu tajam, seeloknya campur dengan air ikut sukatan yang ditulis kat botol tu.

Bulan puasa ni aku minum 2 kali sehari iaitu selepas berbuka dengan waktu bersahur. Rasa macam air apple yang terlebih air. Tawar dan rasa cuka apple tu nipis jer. Kalau nak rasa kuat sikit korang letak la extra ACV sesudu lagi. Aku letak extra sebab lagi terasa sedap. Hehehe…

Surprising, lepas sehari aku minum ACV, batuk aku kurang mendadak. Lepas 3 hari aku dah tak batuk. Alhamdulillah… InsyaAllah aku akan teruskan amalan minum ACV setiap hari sebab banyak lagi khasiat produk ni antaranya :

1. Dapat menurunkan berat badan. Cuka epal membantu mengurangkan ketagihan gula dan meningkatkan detoksifikasi di dalam badan.

2. Membantu mengurangkan kadar kalori dalam makanan. Sebab tu Chef Wan pun ada mengesyorkan menambah cuka epal dalam masakan. Masakan apa yang sesuai ditambah cuka epal? Sorry tak dapat nak bantu bab ni sebab aku fail bab masak memasak. Yang tu korang kena google sendiri k. Hehehe…

3. Detox atau buang toksin dalam badan selain membantu mengimbangi pH badan. Antara punca utama pedih ulu hati adalah disebabkan pH perut tidak seimbang dan kekurangan enzim dan probiotik. ACV membekalkan semua nutrien yang diperlukan.

4. Membunuh Candida (Yis) dan membekalkan Probiotik. ACV mengandungi probiotik dan sejenis asid yang menggalakkan pertumbuhan probiotik yang membantu membunuh kulat atau yis.

5. Kajian membuktikan bahawa asid asetik yang terdapat dalam cuka epal cider boleh mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin.

6. Membantu sistem pencernaan. Bila dah minum ACV ni, rasa legaaaa jer dapat membuang dengan lancar. Yang biasa membuang tak lawas tu, insyaAllah lepas amalkan nanti akan nampak perubahan.

Haaa nampak tak kelebihan mengamalkan minum Apple Cider Vinegar? So lepas ni dah boleh gantikan air manis lain dengan ACV with natural honey ni. Jamu tetamu musim raya nanti pun sesuai sebab rasa ACV ni memang sedap pun dan rasa manis tu tak keterlaluan.

Untuk dapatkan produk Apple Cider Vinegar ni korang boleh beli secara online di Shoppee atau Lazada atau kalau nak cepat, pergi jer beli kat mana-mana cawangan Watsons. Aku sendiri pun beli kat Watsons dengan harga RM21.10… Murah sangat kan dan mampu milik.

Untuk maklumat lanjut boleh follow Instagram Surya Malaysia atau Facebook Surya Malaysia.

Loading

Filed Under: Advertorial, Kesihatan, Produk, Review, Tips Tagged With: advertorial, Kesihatan, Produk, Produk review, review, Tips

« Hari pertama Akiff berpuasa penuh
Susu kambing perisa coklat Etsumell ada campuran makanan sunnah »

Comments

  1. Mama Kembar 3 says

    June 4, 2017 at 9:14 am

    Akak baru start gak minum ACV ni, suka sebab senang nak ‘membuang’ pastu hehe

    Reply
  2. umminani says

    June 4, 2017 at 9:16 am

    nak cuba juga lah.. nak jadikan bahan detox. Boleh kan

    Reply
  3. JULIA JOHARI says

    June 4, 2017 at 9:57 am

    Betul…ritu bukan cuka epal juju minum…tp cuka kurma…amal 2 sudu dlm 2 liter air dlm 5 hari gitu cpt sembuh batuk. Mmg mujarab sbrg cuka berasaskan epal atau kurma. Ubt batuk x sembuh2 makin galak batuk kosong adalah.

    Reply
  4. TATI MANSUR says

    June 4, 2017 at 9:59 am

    Makin ramai pulak yg post pasal kebaikan surya acv ni.. hmm.. boleh try ni..

    Reply
  5. YB Shehan says

    June 4, 2017 at 10:04 am

    Betul la lan.. x prsn ttiba mcm eh aku dah tak batuk laaa..

    Reply
  6. Dkna Abza says

    June 4, 2017 at 10:55 am

    Budak boleh minum tak?

    Reply
    • Admin says

      June 4, 2017 at 12:39 pm

      Boleh tp usia setahun ke atas… Tp kena bancuh laa… Jgn bg gitu jer… Kalau lagi kecik better bancuh lbh cair…

      Reply
  7. lisak says

    June 4, 2017 at 11:06 am

    ok la tu kalau boleh beli kat watson ., hehehe barang cepat pecah ni takut beli online

    Reply
  8. ema says

    June 4, 2017 at 11:24 am

    Rasanya pun sedap…budak pun suka minum

    Reply
  9. shiqeen sattar says

    June 4, 2017 at 11:25 am

    Menarik. Tak tahu pulak banyak khasiatnya. Tq for sharing.

    Reply
  10. mas saari says

    June 4, 2017 at 1:21 pm

    Bagus khasiatnya. Nak bagi husband minumlah sebab dia pun batuk tak baik² lagi.

    Reply
  11. Anuar says

    June 4, 2017 at 4:52 pm

    Info yang menarik…
    Kalau batuk nanti boleh cuba minum cuka epal ni…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative