Orang kata kalau bab raya, yang klasik itu yang rare. Contohnya lagu raya lama, kuih raya lama, baju kurung biasa, baju melayu biasa. Tapi zaman dah berubah, semua benda pun dah diberikan sentuhan moden, sehingga butang baju melayu pun dah ada yang moden.
Kalau dulu butang baju melayu bentuknya lebih kurang jer semua, ada batu permatakat tengah atau mutiara atau mungkin tak ada langsung. Yang membezakan hanya warna jer.
Lepas tu pernah jadi trend dulu butang baju melayu yang ada rantai. Aku pun tak ketinggalan ada jugak koleksi butang baju melayu yang berantai tu. Tapi sekarang ni butang baju melayu dah lebih kreatif siap ada gambar karektor macam dalam gambar bawah ni.
Tahun depan ntah ntah dah boleh custome made butang baju letak muka sendiri atau muka artis. Hahaha kenot brain aku pasal tu.
Tapi butang baju melayu paling rare yang aku suka adalah yang bentuk keris tu. Serius aku berkenan sangat tapi mahal gilosss… Aku survey hari tu ada yang harganya RM90 dan paling murah pun dalam RM40. Tapi bila dah makin dekat nak raya ni baru la jumpa yang lagi murah. Terus aku sambar 1 set untuk butang baju melayu raya aku tahun ni.
Aku beli RM25 jer.. Tapi lepas aku beli ni Miss Permaisuri jumpa ada orang jual kat sekolag dia RM20 jer.. Cisss… Tapi korang yang dah beli tapi mahal tu jangan menyesal sebab kualiti lain rasanya sebab aku tengok gambar butang baju melayu keris yang mahal kat fb tu lagi kemas pembuatan dia. Cuba perhatikan gambar bawah ni dengan yang aku beli tu, memang nampak la beza kualiti tu kan.
Agaknya tahun depan design macam mana pulak la akan keluar kan, aku syak mungkin lepas ni ada butang baju melayu bentuk klcc, bentuk ketupat, bentuk mercun dan bentuk pelik-pelik. Nak lagi unik mungkin nanti ada butang baju melayu bentuk kuih raya yang real. Orang zaman sekarang kan suka benda yang pelik. Hehehe… Silap-silap kalau harga emas murah, ada pulak butang baju melayu yang diperbuat dari emas.
Btw, kalau korang tercari-cari baju melayu moden slimfit yang selesa dan sangat cantik boleh ushar baju melayu design by Keroll Bahry. Atau kalau nak cari order kurta lima waktu atau jubah lima waktu boleh wasap aku di 013-4307848.
(Sumber gambar butang baju melayu adalah dari Google Image, jika ada yang jual butang baju melayu boleh tinggalkan detail di ruangan komen)
ERAZ FADLI says
Cantik wei butang tu..
—-
ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017
http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html
Hafiz Rahim says
Aku stakat ni kalau paling pelik pun butang baju melayu ada mutiara. Tu je la yg paling unik. Hahaha
sueizza says
cantik tapi eddy tak suka tetap butang baju melayu mutiara sabah dia tu hahahhaha
Daus Redscarz says
Fuhh macam macam ada.. iklan je takde.. klik jugak la..
Dorsett Pink says
Tahun ni en. Suami saya pakai butang keris tu