Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Jumpa kad raya zaman bercinta berusia 12 tahun

June 8, 2017 by Admin 7 Comments

Spread the love

Siapa sangka, kad raya yang aku bagi masa zaman couple dengan Miss Permaisuri dulu kini cukup rare zaman sekarang.

Hari ni Miss Permaisuri kemas almari dalam bilik kat kampung, banyak la jumpa barang-barang lama yang dia collect dulu antaranya kad raya, kad topup dan tiket bas. Semua dah jadi barang rare walaupun belum cecah usia puluhan atau ratusan tahun. Bagus jugak jadi collector ni kan, kalau aku memang idokk ler…

Antara yang paling rare adalah kad raya pemberian aku kepada Miss Permaisuri masa zaman kitorang tengah hangat bercinta dulu. Kad tu tahun 2005 iaitu 12 tahun lepas. Maksudnya masa tu umur aku 22 tahun. Darah muda tengah bercinta. Memang tengah sweet bersemut.. Hahaha…

Lagi menarik sebab kad raya tu masih dalam keadaan elok dan bila bukak masih ada bunyi muzik raya. Perghhh… Zaman sekarang dah jarang sangat orang hantar kad raya. Semuanya secara digital. Nostalgia betul kan…

Satu lagi kad raya yang masih ada dalam koleksi adalah masa zaman bertunang. Kad tu tahun 2009, kiranya tahun terakhir bergelar tunangan sebab tahun tu jugak kitorang kawin. Tapi sayang sebab kad ni dah takde music, battery dah habis tapi kad masih dalam keadaan elok.

Dua-dua kad ni aku nak bawak balik KL dan frame kan… Nanti dah ada cucu boleh cucu cicit tengok kad raya ni. Baru diorang tahu yang tok dengan tok wan diorang ni sweet tahap kencing manis… Hahaha…

Cuma satu yang aku pelik, kenapa zaman dulu aku sign siap ada tulis tahun ehhh… Serius! Kalau takde tahun mungkin susah aku nak detect kad tu tahun bila. Dannnnn dulu aku sign siap ada burung koo… Ko hado?

Filed Under: Personal Tagged With: Nostalgia, Personal, Raya

« Susu kambing perisa coklat Etsumell ada campuran makanan sunnah
Baju melayu moden jenis slimfit selesa jika sesuai dengan bentuk badan »

Comments

  1. umminani says

    June 8, 2017 at 8:01 pm

    signature tu yang rare..hahaha menarik, frame kan jadi sejarah

    Reply
  2. Papa Amyzal says

    June 9, 2017 at 12:26 am

    Nostalgic sungguh Pak Lan

    Reply
  3. sueizza says

    June 9, 2017 at 1:55 am

    kita ada tapi dah buang sebab ex punya hahahhaha,sekarang dah kawin jadi hati laki woooo….tapi yang kawan-kawan hantar masih simpan dalam kotak pusaka hahahaha

    Reply
  4. IQ aka Izyan Balqis says

    June 9, 2017 at 1:27 pm

    nais sign dengan lukis burung siap, nak tegur dah bila tengok video abg lan dkat fb hari tu, tapi kenapa sign macam berubah sikit. heee

    Reply
  5. Mama Kembar 3 says

    June 9, 2017 at 10:43 pm

    Amboi suwit bersemut sungguh ayat ayat cinta kat kad tu. My baby princess lagi tu hahahha

    Reply
  6. Khairul Zamri says

    June 11, 2017 at 12:40 am

    Dari dulu lagi nak buat signature gitu tak jadi2

    Reply
  7. lokman says

    June 14, 2017 at 4:38 pm

    boleh buat kenangan …

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan
  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
  • Penting untuk tahu ubat sapu jenis apa yang sesuai untuk masalah kulit baby
  • Blender harga RM288 dijual harga RM57.90 sempena promo Double Digit Sales 11.11 di PG Mall
  • Resepi Maggie Goreng Basah viral yang sedap giler
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative