Wow… Ada sejarah menarik yang tak pernah aku tahu. Mulanya ingatkan tipu jer tapi lepas aku google, memang betul negeri Perak & Johor pernah raya awal sehari berbanding negeri lain di Malaysia. Perkara ni telah berlaku sekali pada tahun 1983.
Menurut sejarah, pada tahun 1983 sekumpulan nelayan telah terlihat anak bulan ketika diorang sedang menangkap ikan dilautan. Apabila kembali ke daratan, berita tersebut mula tersebar dan kemudiannya diakui sah oleh pihak marin yang bertugas dilautan.
Pada akhir Ramadhan, anak bulan boleh dilihat tanpa menggunakan teropong di ufuk barat. Perkara ini kemudiannya sampai hingga ke pengetahuan Mufti negeri Perak. Mufti kemudiannya memaklumkan kepada Sultan Idris Shah yang memerintah ketika itu kerana hanya sultan sahaja yang mempunyai kuasa mutlak untuk mengistiharkan raya.
Apabila berita tersebut telah dipanjangkan kepada Almarhum Tuanku Sultan, baginda yakin dengan berita tersebut dan mengarahkan semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada semua rakyat jelata melalui institusi kerajaan negeri dan pihak polis juga telah membuat pengumumam kepada rakyat melalui pembesar suara.
Cuba korang bayangkan tiba-tiba ada kereta polis lalu dan buat pengumuman “Atas titah baginda sultan, esok adalah hari raya bagi negeri Perak”.. Perghhh… Kalau zaman dulu mungkin orang boleh terus percaya tapi kalau zaman sekarang rasanya 50-50 nak percaya sebab banyak sangat berita tak sahih tersebar sampaikan benda sahih pun orang jadi was was nak percaya. Ye dok?
Akhirnya seluruh negeri Perak dan Johor telah menyambut 1 Syawal awal sehari dari negeri-negeri lain dan sama dengan Singapore, Indonesia dan Brunei. Kenapa tiba-tiba Johor pun sibuk nak raya awal? Soalan ni kena buat research balik untuk dapat jawapan sebenar tapi aku rasa mungkin sultan Johor pun percaya dengan perkhabaran tentang anak bulan yang kelihatan tu.
Ada cerita mengatakan yang ada kekecohan berlaku di kawasan sempadan negeri Perak iaitu di Tanjung Malim sebab penduduk situ dok berlagak makan minum dan merokok dengan penduduk dari negeri Selangor.
Tapi peristiwa raya macam ni dah tak berlaku lagi lepas tu sebab Malaysia menggunakan kaedah Imkanur-rukyah iaitu perkiraan bulan Hijrah ditetapkan berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang mengambil masa 29 hari 12 jam 44 minit dan 2.9 saat untuk melengkapkan pusingan. Sebab tu sekarang ni tarikh raya kat kalender tak pernah salah sebab telah dibuat kiraan yang betul.
Sumber rujukan: orangperak.com
Oooo gitu citernya…!
Ya betul… emal saya sendiri mengesahkan berita ini ketika raya baru-baru ini..
Jom mulai tahun depan puasa kita tengok sendiri anak bulan
baru tahu…sebab lahir tahun 1984.
ooooo…. baru tahu jugak…
1983 memang negeri Perak dan Johor raya Awal sehari dari negeri2 lain. Tapi keputusan itu bukan sebab kononnya ada nelayan2 telah melihat anak bulan
Pada masa itu cara melihat anak bulan hanyalah mengikut kaedah Rukyah iaitu melihat. Kaedah Hisab belum lagi digunapakai
Almarhum Sultan Idris pada masa itu telah merujuk kepada Arwah Ustaz Mohd Khir, seorang ahli falak tersohor masa tu
Ustaz Mohd Khir telah menggunakan kaedah hisab dan mengatakan bahawa anak bulan memang ada.
Kaedah Rukyah selalunya gagal melihat anak bulan atas faktor cuaca
Apabila anak bulan tidak kelihatan secara visual dan diisytiharkan besoknya tak raya, Sultan Perak telah ambil keputusan untuk mengisytiharkan besoknya Raya berdasarkan pandangan Falak