Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Susu kambing perisa coklat Etsumell ada campuran makanan sunnah

June 6, 2017 by Admin 2 Comments

Spread the love

Tahun ni puasa aku bertambah meriah bila Akiff dah mula berpuasa. Boleh bersahur dan berbuka dengan dia. Dah boleh ajak pergi masjid sama-sama.. Dah besar anak abah. Cepatnya masa berlalu. Susu kambing Etsumell

Akiff punya teruja nak puasa tahun ni sampai aku pulak naik seram. Hahaha… Iyer la, 1st day puasa terus puasa penuh. Walhal aku suruh dia puasa half day jer dulu sebab tak nak dia rasa perit dan serik. Tapi Alhamdulillah ok. Tiap pagi dia teruja bangun sahur, makan pun banyak.

Sebagai persediaan Akiff berpuasa, aku bekalkan dia dengan beberapa menu yang aku rasa boleh bekalkan Akiff tenaga dan juga untuk naikkan semangat dia. Antara yang perlu ada untuk Akiff waktu sahur adalah nasi lauk ayam. Ayam wajib ada sebab itu jer yang dia suka. Kurma ape ntah nama dia yang jenis lembut punya. Air yakult, sebab siang hari dah tak boleh minum. Kiranya sahur tu minum sesiap. Susu kambing perisa coklat Etsumell, sebab susu ni mengandungi oat yang boleh membuatkan Akiff kenyang lebih lama dan kandungan dalam susu tu jugak dapat membekalkan nutrisi dan tenaga yang Akiff perlukan sepanjang hari.

Apa tu Susu Kambing Etsumell?
Sebenarnya aku pun baru tahu pasal susu ni dari kengkawan. Susu ni bukan untuk bebudak sebenarnya tapi sesuai untuk semua orang. Dari kanak-kanak sampai orang tua. Ibu mengandung dan yang menyusukan anak pun elok minum susu ni.

Susu Etsumell ni adalah dirumus khas dari susu kambing dan pelbagai lagi bahan lain antaranya oat, serbuk koko, delima, madu, kurma, habbatus sauda, kismis dan ekstrak biji aprikot. Kiranya ramuan ni menggunakan sumber-sumber dari makanan sunnah.

Antara khasiat yang terkandung dalam Susu Etsumell adalah:
– Membekalkan tenaga
– Membuatkan rasa kenyang yang lama
– Menguatkan daya ingatan
– Memberikan kecerdasan minda
– Menguatkan antibodi dalam badan

Korang tahu kan yang susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Ini disebabkan khasiat susu kambing tu sendiri yang sangat tinggi. Tapi tak ramai yang mampu untuk minum susu kambing asli disebabkan rasa dan bau yang agak kuat dan hamis. Tapi rasa susu kambing Etsumell ni memang sedap dan takda langsung bau hamis. Kalau nak bagi bebudak minum memang takda masalah, diorang mesti suka lebih-lebih lagi bila ada perisa coklat. Aku sendiri pun suka susu ni, walaupun ada banyak campuran bahan yang digunakan tapi takda pulak rasa yang pelik-pelik. Rasa ketulan oat pun takde langsung, kalau tak bagi tau ade oat aku pun tak tahu.

Haaa… Ibu mengandung dan yang menyusukan baby elok amalkan minum susu ni sebab khasiatnya mampu memperbanyakkan susu dalam badan, memekatkan susu, memberikan tenaga extra kepada ibu dan juga meningkatkan imunisasi ibu dan juga anak yang disusukan.

Satu jer problem susu ni ialah susah nak dapatkan kat pasaran luar. Terlalu limited, kat pasaraya memang takde. Tapi kalau korang nak beli boleh jer beli secara online. Lebih mudah kannn… Untuk maklumat lanjut boleh refer detail kat bawah ni.

Facebook: Etsumell Goat Milk HQ
Instagram: Etsumell_hq
What’sApp: 011-23451742

Kalau korang berminat nak jadi stokis, agent atau dropshipper untuk produk ni, boleh contact no yang aku bagi atas ni sebab diorang memang mencari dan mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menambah pendapatan.

Loading

Filed Under: Advertorial, Food, Kesihatan, Parenting, Produk, Review Tagged With: advertorial, Kesihatan, Parenting, Produk, Produk review, review

« Batuk hilang lepas amalkan minum Apple Cider Vinegar with Honey
Jumpa kad raya zaman bercinta berusia 12 tahun »

Comments

  1. Ejulz says

    June 6, 2017 at 6:11 pm

    Wowww.. nampak sedap.. dugaan puasa tgk gmbr ni.. hehe

    Reply
  2. mas saari says

    June 7, 2017 at 11:32 am

    Memang sedap Etsumell ni, saya yg tak suka susu ni boleh minum. Pastu membantu saya yg mengandung ni utk lebih bertenaga masa berpuasa.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative