Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Talian WhatsApp JPJ mudahkan pengguna buat aduan

June 22, 2017 by Admin Leave a Comment

Spread the love

Setiap tahun bila musim perayaan, aku paling tak suka nak kena hadap jem kat highway untuk berjam-jam. Perjalanan yang sepatutnya 4 jam boleh jadi sampai 10 jam. Itu yang ramai hilang sabar dan memandu ikut suka hati tu. Tahun lepas viral kes pengguna lebuh raya menggunakan laluan kecemasan hingga mengganggu laluan ambulans untuk sampai ke lokasi kemalangan. Sebenarnya, perangai pemandu yang mementingkan diri sendiri ni yang menambah lagi kesesakan jalan raya. talian whatsapp jpj

Tahun ni kalau korang nampak kereta yang bodoh sombong guna laluan kecemasan, sila ambik gambar atau video dan hantar ke talian WhatsApp JPJ. Biar JPJ yang ambik tindakan kat diorang. Kalau sebelum ni kite hanya mampu  bagi hon lepas tu dok maki sendiri. Paling kuat pun dok luah perasaan kat media sosial. Tapi tahun ni JPJ dah perkenalkan nombor whatsapp untuk memudahkan kita melaporkan aduan. No talian WhatsApp JPJ adalah 011-5111 5252 (klik).

handwriting-fonts

Haaa senang kan, kite dah boleh jadi mata-mata untuk JPJ. Tapi korang kena maklumkan sekali lokasi dan masa kesalahan tu dibuat. Tak kisah la kesalahan yang macam mana pun, sama ada menggunakan laluan kecemasan atau bawa muatan lebih sehingga membahayakan pengguna lain.

Haaa satu lagi ambik juga gambar atau video orang yang menggunakan telefon ketika memandu. Ni pun satu lagi penyakit jugak, tambah-tambah bile jalan jem semua orang nak mengadap phone. Aku dah kena dah, masa tu jalan tengah jem tiba-tiba belakang kereta kena sondol belakang. Alasan orang tu sebab terlelap, tapi aku syak die main telefon. Grrr…

Oh yaaa… Peringatan! Hanya penumpang jer boleh ambik gambar atau video. Kalau driver yang ambik gambar, korang pun sama jer buat kesalahan menggunakan telefon ketika memendu.

So, hati-hati ketika memandu dan jangan pentingkan diri sendiri. Semoga kite semua selamat sampai ke kampung halaman.

(Sumber Gambar: Bernama Image)

Filed Under: Info, Isu Semasa Tagged With: Aduan JPJ, no whatsapp jpj, Talian WhatsApp JPJ

« Butang baju melayu pun diberi sentuhan moden
Perak & Johor pernah raya awal sehari dari negeri lain »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative