Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Apakah adab kita sebagai tetamu apabila beraya?

July 4, 2017 by Admin 3 Comments

Spread the love

Puasa sebulan, raya pun mesti nak sebulan jugak kan. Tapi ok jer sebab bulan raya ni banyak peluang kita untuk mengeratkan silaturrahim dan bulan raya ni jugak peluang lebih terbuka untuk kita menjernihkan hubungan yang keruh. Bukan maksudnya bulan lain tak boleh tapi dah jadi tradisi kite, bulan mulia ni hati kite lebih mudah memaafkan dan meminta maaf.

Dalam berseronok berhari raya dan kunjung mengunjung tu, jangan dilupakan adab kita sebagai tetamu. Baru-baru ni aku ada banyak twit pasal #AdabBeraya kat twitter aku, bukan aku nak warning tetamu yang nak datang ke rumah aku tapi twit aku tu sebagai peringatan untuk aku apabila beraya kat rumah orang. Meh aku kongsikan antara pesanan yang terlintas dalam fikiran aku.

Haaaa bersepah twit aku pasal adab berhari raya ni. Ada yang kata lepas ni orang nak datang beraya kat rumah aku pun dah tak selesa sebab banyak sangat pantang larangnya. Huh… Terpulang la korang nak fikir apa, cuma pesanan aku ni hanya terpakai untuk keadaan tertentu jer.

Contohnya macam twit aku pasal jangan demand mintak air macam-macam dengan tuan rumah, kalau tuan rumah offer tu lain ceritanya. Kalau tuan rumah dengan ko meang dah macam adik beradik, takda hal pun nak mengada-ngada. Ini aku maksudnya rumah yang tak sesuai untuk korang demand itu ini. Contohnya rumah mak sedara yang setahun sekali korang ziarah. Bila dah ziarah tu demand itu ini, haaa nanti tak pasal-pasal jadi buah mulut mak mak sedara korang tu.

Contoh lain pasal twit jangan suap anak orang makan sesuka hati. Kena sesuaikan dengan situasi. Bayangkan ko pergi beraya rumah kawan ko dan kat rumah tu ade la budak yang ko tak kenal. Mungkin anak sedara tuan rumah. Pastu ko memandai bagi budak tu makan kuih raya, walhal budak tu ada alahan telur. Dah tak pasal-pasal naik gatal-gatal badan budak tu. Haaaaa itu contohhhh…

So, pesanan tu kena sesuaikan dengan keadaan k. Sentap okeh bila aku buat pesanan gitu ada yang kata aku cerewet sampai takut nak datang rumah aku. Huhuhu… Pesanan aku tu general dan aku twit apa yang terlintas kat kepala jer.

Selain twit aku pasal adab berhari raya, ada juga twit rakan-rakan lain yang sempat aku cedok melalui hastag #AdabBeraya. Meh aku kongsikan…

Haaaa… dalam banyak-banyak pesanan #AdabBeraya tu, ada tak yang terkena kat batang hidung korang? Kehkehkeh… Kalau ada pesanan lain yang korang nak tambah boleh tinggalkan kat ruangan komen k.

Korang yang ada twitter tu jangan lupa follow twitter aku (www.twitter.com/lan_careno) kite berkenalan kat sana pulak.

Filed Under: Info, Isu Semasa, Parenting, Tips Tagged With: adab beraya, Raya

« Perak & Johor pernah raya awal sehari dari negeri lain
Dedikasikan ucapan melalui poskad kreatif ‘Hello Kitty Hello Post’ di Hello Kitty Town JB »

Comments

  1. Dorsett Pink says

    July 4, 2017 at 1:17 pm

    Thanks atas peringatan ni. Entey ni sangat berguna

    Reply
  2. Suria Amanda says

    July 5, 2017 at 9:57 am

    BAGUS PERKONGSIAN NI..KADANG ADA YANG TAK PAHAM KONON SEDARA RAPAT..

    Reply
  3. lokman says

    July 14, 2017 at 6:35 pm

    kena jaga adab yg penting

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative