Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Akiff dengan Azif tak kekok ambik gambar raya di studio.

July 18, 2017 by Admin 9 Comments

Spread the love

Macam mana dengan hari raya korang tahun ni? Korang dalam kategori penerima tetamu atau kategori jadi tetamu. Rumah aku setiap tahun akan jatuh kategori penerima tetamu. Start lepas solat raya sampai ke malam memang ade jer orang datang. Baju raya yang pakai pagi raya tu tak sempat nak melaram. Sebab tu tiap tahun jarang aku ade gambar raya di pagi raya.

Miss Permaisuri memang setiap masa kat dapur, keluar ke depan kejap jer. Nak berselfie dengan die pun kekadang tak sempat.. Sebab tu sekarang ni aku lagi suka ambik gambar raya sekeluarga kat studio sama ada sebelum raya atau selepas raya. Yang penting dapat bergambar sekeluarga dengan baju raya.

Tahun lepas aku buat photoshoot raya di Creative Visual Studio kat Cheras. Tahun ni kitorang pilih studio yang sama jugak untuk photoshoot raya. Bezanya tahun lepas kitorang shoot lepas raya tapi tahun ni kitorang shoot sebelum raya. Untungnya shoot sebelum raya sebab boleh gunakan gambar studio tu untuk buat e-card raya macam kat bawah ni. Hehehe…

Untuk studio photoshoot kali ni, aku pilih waktu malam sebab lebih selesa dengan time kitorang. Dengan Creative Visual Studio, korang tak perlu risau bab masa sebab studio ni dibuka 24 jam. Kalau rasa nak buat pukul 3 4 pagi pun boleh jer. Harga pakej tetap sama, tak ikut waktu. Macam kitorang hari tu aku ambik slot pukul 10 malam. Meh aku tayang sikit antara koleksi gambar photoshoot raya hari tu.

Selesai photoshoot raya, giliran Akiff dengan Azif pulak beraksi dengan baju casual. Sajer nak shoot untuk koleksi gambar peribadi diorang. Akiff bab bergambar memang takde masalah, cuma Azif jer la yang susah sikit nak dengar arahan. Tapi keseluruhannya anak-anak aku memang senang diuruskan. Tak kekok depan camera dan tak menyusahkan photographer bertugas.

Hari tu aku ade request sekping gambar untuk tiru possing yang sama macam tahun sebelum tu. Kononnya nak jadikan gambar tu sebagai gambar wajib setiap tahun la kesahnya.

Korang yang berminat nak ambik gambar studio untuk raya macam ni boleh contact detail kat bawah ni k. Sekarang ni ade promosi photoshoot amal raya serendah RM49 jer. Promosi ni sedang berlangsung dan kini dilanjutkan sehingga 6 Ogos 2017.

WhatsApp: 016-6664034
Facebook : Creative Visual Studio
Instagram : @cvsproduction
Lokasi: No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor

Filed Under: Advertorial, Akiff, Azif, Family, Parenting, Personal, Photography, Produk, Review, Servis Tagged With: family, photoshoot raya, Photoshoot studio, Raya, studio photoshoot murah

« Elakkan penyakit kencing manis. Kawal dengan Steevia, penawar kencing manis.
Seronok bawak anak-anak jenjalan naik MRT tapi… »

Comments

  1. Yanty Lee says

    July 19, 2017 at 8:46 am

    Bole dah jadi model budak2 ni.

    Reply
  2. Qaseh says

    July 19, 2017 at 10:34 am

    Lawa gambar , eeee mcm nak brgambar jgk tp pk Rayyan ni jenuh nak kejar

    Reply
  3. Julia Johari says

    July 19, 2017 at 12:29 pm

    heheh pandia si kecik tu melompat amik gambar ye…sekejap je anak2 dah besar…gambar la kenangan paling menarik utk di tatap masa tua2 nanti

    Reply
  4. Anuar says

    July 19, 2017 at 4:39 pm

    Kecik-kecik dah pandai beraksi di hadapan kamera… Bila besar nanti boleh ikut jejak daddy jadi blogger…

    Reply
  5. YB Shehan says

    July 19, 2017 at 10:51 pm

    murahnya. suka plak. last buat aktiviti photoshoot setiap tahun masa hannah 3 tahun. alamak.. dh lama sgt x buat..

    Reply
  6. sueizza says

    July 20, 2017 at 5:10 pm

    Jangan lupa print simpan hehhehee jarang org skrg nak print gambar eheheh

    Reply
  7. Radhia says

    July 21, 2017 at 9:55 pm

    photogenik sangat anak-anak Lan..

    Reply
  8. Mama Kembar 3 says

    July 23, 2017 at 9:19 pm

    Best gak buat photoshoot family camni kan. Pandai nya dak encem dua orang tu posing, macam model kanak kanak je gayanya

    Reply
  9. sohoque says

    July 25, 2017 at 12:37 pm

    bestnya kecik2 dah pandai bergaya dpn kumira. aku sampai tua x tau nak berlakon dpn kumira ni. gambar kawen semuanya aku serius. hahahah…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative