Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Genting Highland Theme Park 20th Century Fox World bakal dibuka kepada umum

July 31, 2017 by Admin 16 Comments

Spread the love

Rasanya dah lama sangat theme park Genting Highland ditutup. Dulu zaman bujang banyak kali jugak aku naik ke Genting dengan kengkawan. Boleh dikatakan semua benda main kat situ aku dah try. Tapi start tahun 2013, Genting Highland ditutup kepada umum untuk kerja-kerja pembinaan baru taman tema yang lebih gah yang akan dikenali sebagai 20th Century Fox World Theme Park.

Tapi tahun 2014 aku ada pergi bercuti ke Genting Highland bawak Miss Permaisuri dengan Akiff. Masa tu outdoor theme park tengah rancak dimusnahkan. Yang dibuka masa tu hanya indoor theme park jer. Tapi ok la kan untuk aku yang ada anak kecik sebab indoor hanya ada rides untuk bebudak jer. Masa tu kitorang bermalam di 1st World Hotel yang merupakan hotel terbesar di dunia. Turun hotel jer terus masuk theme park.

InsyaAllah bila taman tema baru dibuka nanti aku nak bermalam kat sana lagi. 20th Century Fox World dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2018. Kiranya sempat lagi ni nak mula menabung dari sekarang. Hehehe…

Kalau ikutkan sumber yang aku baca, katanya themepark terbaru ni asalnya dirancang dibuka tahun 2016 tapi projek delay dan dijangka siap sepenuhnya tahun 2018. Tapi kalau dari pengamatan aku, tahun depan pun belum tentu lagi sempat siap. Huhuhu…

Nah aku share gambar yang aku jumpa kat google yang diambil pada Januari 2017 oleh Sofi Rgb.

Beberapa fakta menarik yang korang perlu tahu tentang 20th Century Fox World :

    1. Merupakan theme park pertama seumpamanya di dunia yang dibuka oleh Twentieth Century Fox.
    2. Ilustrasi gambaran keadaan taman tema apabila siap sepenuhnya adalah seperti di atas ini.
    3. Theme park ini meliputi keluasan 25 hektar yang dibina berdasarkan film yang pernah dikeluarkan oleh Twentieth Century Fox seperti Ice Age, Rio, Alien vs. Predator, Planet of the Apes, Night at the Museum dan banyak lagi.
    4. Terdapat 25 rides atau permainan yang bakal disediakan kepada pengunjung mengikut tema film.
    5. Harga tiket masuk apabila siap kelak dianggarkan sekitar RM150 seorang.

Selama ni aku ingatkan hanya outdoor jer yang dibuat baru, rupanya indoor theme park pun akan berwajah baru sepenuhnya.

Baru ni aku ke Genting Highland untuk bawak Akiff dengan Azif main kat indoor theme park, tapi apa yang mengejutkan sebab kat atas sana hanya Snow World, bowling dan jugak Fantasy World jer yang dibuka. Yang lain semua ditutup. Tahun lepas ade jer kengkawan yang naik ke Genting diorang kata indoor masih beroperasi seperti biasa. Cisss… Serius tak tahu langsung indoor pun dah ditutup..

Menurut staff kat situ, indoor theme park dijangka dibuka pada Krismas tahun ni atau paling lewat pada Chinese New Year tahun depan. Wahhh… tak sabar tunggu Genting Highland dibuka sepenuhnya.

Loading

Filed Under: Info, Isu Semasa, Travel Tagged With: 20th Century Fox World, Genting Highland, themepark

« Seronok bawak anak-anak jenjalan naik MRT tapi…
Applikasi Quiver menarik untuk si kecil! Objek 3D timbul di screen ikut warna lukisan. »

Comments

  1. yanamib says

    July 31, 2017 at 5:27 pm

    pi outlet je lah pasni… 🙂

    Reply
  2. IQ aka Izyan Balqis says

    July 31, 2017 at 5:40 pm

    IQ pun sempat pergi masa indoor dibuka sahaja, masa tu first time naik genting. dpat main indoor pun ok la, tu la, ingatkan 2016 dah buka, tunggu tahun depan la nampaknya

    Reply
  3. ciksepet says

    July 31, 2017 at 5:48 pm

    agak lama tak pergi sana … tunggu dah siap semua baru pergi lagi .. hehe

    Reply
  4. Haida Eyda says

    July 31, 2017 at 6:02 pm

    Xpernah pergi lagi…nampaknya kene tunggu siap br pegi

    Reply
  5. Qaseh says

    July 31, 2017 at 6:18 pm

    Sekali je g sana time bujang2 luu .. lepas outdoor tutup dah xjejak kaki lg

    Reply
  6. Lya says

    July 31, 2017 at 6:36 pm

    Lama jugak tak g genting..ingat2 last pergi 2015 kalau tak silap .. biasa kalau ke batang kali mmg singgah genting ..

    Reply
  7. Mizi says

    July 31, 2017 at 7:42 pm

    Casino macam mana buka tak.

    Reply
  8. Jueliza says

    July 31, 2017 at 8:46 pm

    UIHH LAMA DAH TAK PI..ADA DEKAT 10 TAHUN KOTTT

    Reply
  9. mas saari says

    July 31, 2017 at 10:15 pm

    Lama jugak tak naik Genting sebab tau tengah renovate. Nampaknya 2019 nantilah baru pergi, kumpul duit dulu. Hehehee!

    Reply
  10. Khairul Zamri says

    July 31, 2017 at 11:20 pm

    Banyak juga construction tu memang makan masa yang lama nak bawa alatan dari bawah ke puncak bukit lagi. Dah siap esok memang meriah lah

    Reply
  11. Bahrain says

    July 31, 2017 at 11:57 pm

    teruk juga renovate dorang ni.. hahaha..memang licin habis… tak sabar nak tggu dah siap,…macam manalah gaknya.. mesti cantik dan harganya pun cantikkkhaha

    Reply
  12. Haidar says

    August 1, 2017 at 1:24 pm

    Musim cuti sekolah nanti bolehlah bawa anak-anak pergi sana.

    Reply
  13. SUHARNI LAMUSA says

    March 16, 2018 at 4:50 pm

    DAH BUKA KER THEME PARK NI SEPENUHNYA…RANCANG NAK PERGI BERCUTI DGN FAMILY BULAN NOVEMBER 2018 NI.BOLEH BAGI INFO

    Reply
  14. Okje says

    March 17, 2018 at 12:35 pm

    Tulah mmg lama betul tutupnya…. sekarang ni pi GH pun tak puas, tak dpt main apa apa harap sejuk jerlah , itu pun tak berapa nak sejuk hihi

    Reply
  15. piden says

    April 24, 2018 at 3:52 pm

    mmg lame ttp..sbbnya diorg bhenti operasi dlm stahun utk mhormati kematiian goh tong rasanya…stop utk buat keja2 smua 2..sbb 2 kita rs punya lh lame sgt2 diorg nk buat baru theme park…

    Reply
  16. Shima says

    September 5, 2018 at 9:37 am

    Dh sekarang ni theme park out door dh siap ke belum

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative