Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Dedikasikan ucapan melalui poskad kreatif ‘Hello Kitty Hello Post’ di Hello Kitty Town JB

July 4, 2017 by Admin 10 Comments

Spread the love

Korang pernah tak pergi Hello Kitty Town kat Nusajaya Johor?  Aku belum pernah lagi tapi InsyaAllah satu hari nanti nak jugak bawak Akiff dengan Azif pergi enjoy kat sana. Walaupun Hello Kitty tu sinonim dengan bebudak perempuan tapi tak salah untuk bawak anak-anak lelaki ke situ sebab bebudak tak kisah pun semua tu asalkan tempat tu boleh buat diorang main dan enjoy.

Hello Kitty ada peminatnya yang tersendiri dan aku rasa memang ramai sangat yang obses dengan watak comel ni kan. Baru-baru ni ada viral pasal baju raya Hello Kitty dan ada jugak aku nampak kat facebook video rumah Hello Kitty. Sampai macam tu sekali penangan Hello Kitty ni…

Ikutkan sejarah, karektor Hello Kitty berasal dari Jepun. Nama asalnya adalah Kitty White iaitu anak kucing putih. Kitty White dicipta pada tahun 1974 oleh Yuko Shimizu dan telah menjadi kegilaan gadis-gadis Jepun malah karektor katun ni popular di seluruh dunia. Kalau nak tahu, Hello Kitty Town di Nusajaya Johor adalah yang pertama dibina di luar Jepun.

Bermula 7 Jun 2017 hingga 31 Julai 2017, Sanrio Hello Kitty Town sedang menjalankan kempen Hello Kitty Hello Post dengan kerjasama Petron Malaysia. Kempen ni adalah khas untuk pengunjung yang melawat ke sana dalam tempoh tersebut.

Kempen ni sebenarnya membawa mesej bahawa “Everything starts with Hello” dimana pengunjung berpeluang untuk mengirimkan poskad khas Hello Kitty yang mana pengunjung boleh design sendiri secara kreatif dan kemudiannya boleh la tulis ucapan dalam kad tu untuk dihantarkan kepada orang yang sentiasa berada dalam ingatan.

Untuk design kad tu, pengunjung kena pergi ke Wishful Studio dalam Hello Kitty Town tu dan siapkan poskad tersebut kat sana. Poskad paling kreatif dan penuh makna berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dari Hello Kitty Town.

Untuk korang yang menyertai kempen ni, setiap penyertaan poskad yang dimasukkan ke dalam mainbox akan menerima Petron Miles Card dan juga voucher 35% off untuk 2 pass masuk ke Sanrio Hello Kitty dan Thomas Town. Penerima poskad korang tu pulak akan menerima voucher 30% off  untuk pass masuk ke Sanrio Hello Kitty dan Thomas Town.

Poskad paling kreatif dan penuh makna akan menerima hadiah dari Petron dan Hello Kitty. Ada 2 katigori hadiah yang akan diberikan iaitu untuk dewasa berusia 18 tahun ke atas dan juga kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah.  Tiga pemenang bagi setiap ketigori akan dipilih untuk memenangi hadiah. Hadiah utama adalah PETRON Miles Privilage Card bernilai RM5,000 dan banyak lagi hadiah lain.

Untuk makluman lanjut boleh hubungi detail di bawah:

Website: www.puteriharbour.com
Facebook: https://www.facebook.com/SanrioHelloKittyTown
Instagram: https://www.instagram.com/sanriohellokittytown/

Filed Under: Event, Travel Tagged With: Hello Kitty Hello Post, Hello Kitty Town

« Apakah adab kita sebagai tetamu apabila beraya?
Rosa Malacca hotel hipster terbaru yang cantik giler »

Comments

  1. lisak says

    July 4, 2017 at 12:41 pm

    walaupun duduk johor , tapi tak pernah pergi lagi hahaha . one day nk pergi jugaa

    Reply
  2. Permatabiru says

    July 4, 2017 at 12:41 pm

    Klu ada rezeki nk bawa juga anak2 ke sna.kaisara suka betu kitty dr kecik dlu.m

    Reply
  3. ERAZ FADLI says

    July 4, 2017 at 12:43 pm

    Teringin nak bawak anak2 pergi Hello Kitty Town ni…

    Reply
  4. Dorsett Pink says

    July 4, 2017 at 1:15 pm

    Baru saya tahu pasal sejarah hello kitty. Terima kasih ya sebab share info ni..

    Reply
  5. IQ aka Izyan Balqis says

    July 4, 2017 at 1:49 pm

    IQ pernah pergi masa mengandungkan Qa’id. best tempatnya tapi kalau bawak anak lagi best! sebab ada banyak akviti yang boleh anak turut serta.

    Reply
  6. Faizal Fredley says

    July 4, 2017 at 1:56 pm

    alahai comelnya….

    Reply
  7. Anuar says

    July 4, 2017 at 3:01 pm

    Setakat ni belum pernah lagi sampai ke sini…
    In Shaa Allah, panjang umur nanti sampai juga kami ke sini…

    Reply
  8. sueizza says

    July 5, 2017 at 1:42 am

    sahkan budak,mak budak ni pun teruja kalau dapat pi walau tak minat mana hahahha

    Reply
  9. Julia Johari says

    July 5, 2017 at 8:24 am

    Bertuah kalau dpt menang tu lan…aminnnnn mana tau rezeki anak2 lan nanti…

    Reply
  10. Haidar says

    July 7, 2017 at 1:46 pm

    Hebat hello kitty sampai viral baju raya hello kitty thn ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Susahnya nak jadi Youtuber.. Baik jadi Blogger lagi senang.
  • Siap dah pasang pintu kitchen cabinet yang aku tempah dengan tukang kayu pallet.
  • Settle beli semua keperluan sekolah Akiff di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • Review Film : Ejen Ali The Movie. Filem Animasi tempatan yang cukup membanggakan
  • Bila kerajaan wajibkan penggunaan Car Seat bermula tahun 2020
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2019 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative