Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Main dan teroka potensi kerjaya anak dengan applikasi My Champion

July 14, 2017 by Admin 9 Comments

Spread the love

Dulu masa sekolah rendah bila cikgu tanya cita-cita, mesti aku jawab nak jadi cikgu. Hehehe.. Iyer la sebab masa tu kerjaya seorang guru jer yang betul-betul depan mata. Bila dah besar sikit aku bercita-cita nak jadi askar macam abah. Sebab masa tu aku membesar dalam kem. Tapi bila makin besar aku dah tak nak jadi askar, aku nak jadi apa pun aku tak tahu. Go with the flow jer kata orang… Hahaha…

Ibu bapa zaman dulu diorang fokuskan didikan agama dan akademik sahaja. Kemudian bila dah besar terpulang kepada anak tu sendiri untuk jadi apa yang dia nak. Berbeza dengan ibu bapa sekarang yang dari anak kecil dah buat perancangan masa depan anak. Aku sendiri pun dah ada rancangan aku sendiri untuk anak-anak aku tapi bergantung kepada potensi dan minat diorang jugak. Kalau ok baru teruskan, kalau tak ok takda paksaan.

Untungnya parents zaman sekarang sebab banyak sumber yang ada untuk kita melihat sendiri potensi anak dari kecil. Sebagai contoh, korang boleh bawak anak korang ke Kidzania. Kat sana nanti biar diorang explore sendiri kerjaya apa yang menarik minat diorang. Selain tu, korang boleh install jer applikasi My Champion dalam tab atau phone dan bagi anak-anak main applikasi ni.

Apa itu My Champion?
Ialah sebuah education games yang direka khas oleh CHAMPS bagi mengenalpasti potensi kerjaya anak-anak. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Objektif utama My Champion adalah untuk menyerlahkan bakat anak-anak untuk mencapai cita-cita serta meningkatkan kefahaman ibu-bapa terhadap potensi anak. Permainan ini juga sesuai dimainkan bersama anak dan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Untuk mulakan permainan ini, korang hanya perlu download dan install secara percuma applikasi My Champion dari App Store atau Google Play ke dalam smartphone dan daftarkan akaun melalui facebook atau email. Kemudian dah boleh mula bermain. Applikasi ni menyediakan 2 bahasa pilihan iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Apa yang menarik tentang My Champion.
Ada 5 pilihan kerjaya untuk dipilih buat masa sekarang iaitu doctor, athlete, celebrity, pilot dan chef. Setiap kerjaya yang dipilih perlu melalui beberapa peringkat soalan sebelum ‘graduate’. Selepas setiap soalan akan ada info trivia menarik yang berkaitan dengan kerjaya tu.

Meh aku kongsikan sikit antara contoh soalan kuiz yang diberikan untuk kerjaya pilihan doktor.

Contoh trivia menarik yang diberikan pulak seperti bawah ni.

Bila dah complete level untuk kerjaya pilihan tu, nanti korang boleh claim reward iaitu cash voucher yang mana korang boleh tebus melalui website www.watsons.com.my

Menarik kann… Belum ramai yang tahu berkenaan apps ni sebab ia baru jer dilancarkan beberapa hari lepas iaitu pada 11 Julai 2017 dengan kerjasama Watsons Malaysia. Aku berpeluang melihat sendiri majlis pelancaran tersebut bersama jemputan khas dari Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa.

So, korang jangan tunggu lagi. Kena jadi orang yang terawal untuk mencuba permainan My Champion ni. Aku dah pun bagi Akiff cuba dan aku lihat Akiff cenderung kepada kerjaya seorang ahli sukan. Dalam usia 5 tahun aku dah hantar Akiff ke kelas badminton dan harapnya applikasi ni dapat menyerlahkan lagi fahaman aku sebagai parents tentang potensi dan minat Akiff.

Untuk info lanjut layari www.watsons.com.my

Filed Under: Advertorial, Event, Info, Parenting, Produk, Servis, Technology Tagged With: App for kids, my champion apps, watsons

« Anak tak suka makan ubat? Perlu paksa atau pujuk?
Elakkan penyakit kencing manis. Kawal dengan Steevia, penawar kencing manis. »

Comments

  1. ciksepet says

    July 14, 2017 at 11:14 am

    bagus gak ni .. daripada anak2 dok tengok yg bukan2 kt hp like main game or etc .. download apss ni boleh la mendidik sedikit banyak dekat budak2

    Reply
  2. Miera Hassan says

    July 14, 2017 at 11:18 am

    Bestnya apps macamni.. Menarik..boleh bagi pendedahan awal pada kanak2..

    Reply
  3. umminani says

    July 14, 2017 at 11:18 am

    bolleh try download.

    Reply
  4. mieza S says

    July 14, 2017 at 11:19 am

    bestnya. ni kalau install unt org y berumur melebihi 12 tahun lepastu claim hadiah dkt watson aci tak ? hehehe

    Reply
  5. Moha says

    July 14, 2017 at 11:19 am

    Bagusnya apps ni.. memang dicari2 apps macam ni. Tq lan

    Reply
  6. mas saari says

    July 14, 2017 at 2:22 pm

    Menariklah apps ni, selain anak² seronok main games boleh jugak bagi pendedahan kepada mereka tentang kerjaya yang diminati.

    Reply
  7. YB Shehan says

    July 14, 2017 at 4:24 pm

    Ok sok leh try donlod.. heheh

    Reply
  8. Haidar says

    July 14, 2017 at 11:45 pm

    Daripada anak-anak main game mengarut, baik main game berfaedah ni. Terima kasih berkongsi.

    Reply
  9. Khairul Zamri says

    July 15, 2017 at 11:11 pm

    Bagus betul game macam ni sebab membina minda anak-anak kecil.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
  • Korang wajib singgah kedai makan best ni di Kuala Selangor. Sedap dan berbaloi!
  • Bercuti ke Avillion Port Dickson. Hotel lama & usang tapi ok laa…
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative