Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Rosa Malacca hotel hipster terbaru yang cantik giler

July 5, 2017 by Admin 18 Comments

Spread the love

Cantik tak gambar atas ni? Gambar ni aku snap di sebuah hotel hispter sekitar bandar Melaka. Ruang kat atas ni bukan ruang lobby hotel tapi ruang menunggu di area parking hotel. Giler gempakkkk!

Aku tahu pasal kewujudkan hotel hipster terbaru di Melaka ni melalui instagram sebab ada member yang tag aku katanya hotel Rosa Malacca ni sama sebijik macam hotel hipster kat Ipoh yang aku pernah stay dulu iaitu M Boutique Ipoh dengan M Boutique Stesen 18.

Kebetulan awal bulan 5 hari tu aku ade urusan kejer kat Melaka, itu yang aku booking untuk stay kat sini. Aku booking melalui agoda.com dengan harga kurang RM200 satu malam. Menurut awek reception hotel yang peramah tu, harga yang aku dapat ni adalah harga promo sebab hotel ni masih baru. Nanti lepas habis promo harga akan jadi lebih mahal.

Hari tu aku sampai kat hotel dah waktu malam dah. Dari luar dah nampak seketul bangunan yang unik dan cantik. Dinding bata bangunan tu menyerlahkan keunikan hotel ni dari luar. Tapi sekali tengok macam scary pun yer gak. Hehehe… Tapi kalau dah nama pun hipster memang cenggitu design die, ala-ala old school gittew.

Bab parking takde masalah sebab aku nampak ruangan parking ade banyak jugak. Kat bahagian ground floor hotel ada ruangan menunggu jer. Tapi best gak lepak borak-borak kat area situ. Tapi sebab aku sorang jer hari tu, takde sape yang nak diajak borak. Huhuhu…

Masuk jer dalam hotel dah boleh nampak dekorasi yang cukup menarik. Untuk urusan chek-in kena naik ke atas sebab reception area ada kat tingkat 1.

Lif area di tingkat bawah hotel.

Keluar jer dari lif ni, aku disapa oleh staff hotel yang sangat friendly. Lupe pulak nama dia apa, tapi layanan dia cukup mesra. Terbaek!

Reception counter

Unik dan menarik kan? Kat sini jugak diorang ada display beberapa item merchandise yang dijual. Level ni jugak ada cafe dan port borak. Area cafe kat dalam aku tak ambik gambar sebab ade beberapa couple tengah beromantika kat situ. Kang kata aku sajer nak ambik gambar curi diorang pulak. Menu kat cafe pun aku tak try sedap ke tak…

Tapi sempat la aku melepak kejap kat area luar cafe. Menarik giler kawasan ni.

Bilik aku kat tingkat tiga. Aku dapat bilik yang jauh dari lift. Laluan ke bilik pun kemain scary. Dah la sunyi…

Antara sebab kenapa aku cakap hotel ni sama sebijik macam hotel hipster kat Ipoh adalah disebabkan lampu luar bilik ni. Memang sama sebijik macam hotel hipster Ipoh tu. Cuma bezanya yang sana lebih scary dari sini. Hehehe…

Okeh jom masuk tengok keadaan dalam bilik.

Ini lah dia keadaan dalam bilik. Cukup selesa dan bersih. Wifi dalam bilik pun laju. Plug usb charger pun dah disediakan. Kemudiahan iron pun dah siap ade dalam bilik, tak perlu call housekeeping mintak lagi dah. Chanel TV pun banyak dan jelas. Memang puas hati sangat… Bilik yang aku dapat ni jenis yang non smoking room. Kalau didapati merokok dalam bilik, boleh dikenakan denda wooo…

Keadaan dalam tandas pun bersih dan kemas cuma kekurangan takde bath tub jer. Kalau ada memang terbaek. Tapi rain shower yang ada tu pun dah puas mandi dah sebab tekanan air memang kuat dan air sejuk panas pun berfungsi dengan baik.

Secara keseluruhannya aku memang suka sangat dengan hotel ni. Kalau tanya aku next time nak stay sini lagi tak. Yup… Ofcoz aku akan stay sini kalau datang ke Melaka. Miss Permaisuri dah warning dah, nanti nak jugak stay sini.

Untuk info lanjut berkenaan hotel Rosa Malacca ni boleh layari www.rosa.com.my atau follow instagram @RosaMalacca. Instagram diorang gambar cantik-cantik woooo….

Loading

Filed Under: Hotel, Personal, Review Tagged With: hipster, Hotel, hotel hipster, Hotel review, Melaka

« Dedikasikan ucapan melalui poskad kreatif ‘Hello Kitty Hello Post’ di Hello Kitty Town JB
Anak tak suka makan ubat? Perlu paksa atau pujuk? »

Comments

  1. sal says

    July 5, 2017 at 8:08 am

    perghh….menarik gak…nampak je scary tp bila tgk dalam..jatuh chentaaaa….

    Reply
  2. TATI MANSUR says

    July 5, 2017 at 8:14 am

    Hotel ni nmpk wau sangat especially bilik dia..

    Reply
  3. Julia Johari says

    July 5, 2017 at 8:23 am

    WoW! ruang menunggu parking tu kerlassssss sungguh! Memang rare betul rosa hotel ni ye…x pernah menginap hotel hipster…nak try la sekali…mmg owner hotel ni suka masukkan pokok pisang artificial dalam hiasan dalaman ye…nampak sangat ada nilai2 tradisi hipster disitu…

    Best! Rosa juju nak dtg ni hehe

    Reply
  4. YB Shehan says

    July 5, 2017 at 8:25 am

    Woww.mmg lawa lahhh

    Reply
  5. Explorasa says

    July 5, 2017 at 8:25 am

    Fuuuh memang cantik dan unik… nak review gak leh tak?

    Reply
  6. umminani says

    July 5, 2017 at 8:32 am

    Hotel yang sangat cantik
    ni kalau stay sini mau mood nak stay lama2.. takat sehari mcm tak cukup jer
    .huhuu

    Reply
  7. Fazrol says

    July 5, 2017 at 8:37 am

    Cantik.. Kalau sampai melaka nak try laa..

    Reply
  8. Mama Kembar 3 says

    July 5, 2017 at 8:43 am

    Lawanyaaaa. Lenkali pi melaka boleh lah try

    Reply
  9. Moha says

    July 5, 2017 at 9:00 am

    Luasnya bilik dia.. cantik pulak tu. Suka tengok dekorasi hotel ni.

    Reply
  10. azni says

    July 5, 2017 at 9:12 am

    nak pergii…. teringin nyer hotel mcm nih.. i is sukaaa

    Reply
  11. mas saari says

    July 5, 2017 at 9:26 am

    Memang cantik sangat. Dekorasi sekitar hotel dan dalam bilik nampak mewah!

    Reply
  12. Miera Hassan says

    July 5, 2017 at 9:58 am

    Cantiknya deko dia..

    Reply
  13. IQ aka Izyan Balqis says

    July 5, 2017 at 10:00 am

    ok, memang menarik hotel ni, cantik dan serius hipstur sgt. hehe. tapi melaka ni dah jadi hometown dah, so…bila la ada peluang nak menginap dekat hotel di melaka ni. hehe

    Reply
  14. Eirna Nurasikin says

    July 5, 2017 at 1:32 pm

    Memang nampak cantik dari luar…Kita pun suka gak hotel hipster mcm ni..Unik…

    Reply
  15. yanieyusuf says

    July 7, 2017 at 5:22 pm

    wah menarik hotel ni.. deko dia cantik tu.. teringin lak nak bercuti kesini..

    Reply
  16. Haidar says

    July 7, 2017 at 5:39 pm

    Tengok gambar pun terus buat hati tergerak nak tidur kat hotel ni..Tq for the review..

    Reply
  17. Syakilla Azam says

    July 20, 2017 at 2:41 pm

    Killa baru je cadang2 nak gi jenjalan melaka… tq bro atas perkongsian ni.. cantik gila hotel ni.. tak sabar nak tunggu cuti sekolah ni..

    Reply
  18. Azura says

    April 21, 2018 at 1:26 am

    macam best je…dah lama tak pegi melaka,kalau pergi lagi bolehlah stay kat sini.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative