Tarikh keramat 17.07.17 akhirnya Mass Rapid Transit (MRT) dirasmikan dan mula beroperasi dari Sungai Buloh ke Kajang. Dah lama aku tunggu projek MRT ni siap. Bukan sebab aku pengguna tegar pengangkutan awam tapi sebab projek pembinaan MRT ni banyak bagi kesan terhadap kesesakan jalan raya di kawasan aku. Memang jammed giler masa pembinaan dulu tapi bile dah siap ni, terasa syukur sangat sebab memang terasa kesesakan tu berkurang.
Dari rumah aku ada 3 stesen yang berdekatan yang semuanya jarak lebih kurang 5 minit jer dari rumah. Bertuah rasanya bila rumah yang aku beli tiba-tiba berada dalam lingkungan MRT Stesen.
Haaa… Baru-baru ni aku bawak Miss Permaisuri dengan anak-anak cuba sendiri pengangkutan awam yang dikatakan bertaraf dunia ni. Lepas maghrib kitorang keluar rumah dan aku park kereta kat stesen MRT. Kalau tak silap aku, setiap stesen MRT ada disediakan kawasan parking. Kalau stesen Bandar Tun Hussien Onn dekat rumah aku tu ada kawasan parking terbuka. Stesen MRT Sri Raya pun dekat dengan rumah aku jugak tapi situ disediakan parking bertingkat. Rate parking MRT aku tak pasti berapa sebab hari tu takde caj lagi tapi harapnya tak membebankan. Tapi kalau nak lagi jimat, MRT ada sediakan bas transit ulang-alik ke stesen dengan hanya bayaran RM1. Dah takyah fikir bab parking cuma kena buat research la sikit ada tak bas yang lalu kawasan rumah korang tu.
Hari tu kitorang takde nak kemana-mana pun. Cuma naik MRT ke Stesen Stadium Kajang pastu pergi makan kat medan selera satay kajang Haji Sahmuri tu pastu balik pulak. Haaa lepas ni kalau korang nak pergi makan satay Kajang Haji Sahmuri yang popular kat Kajang tu boleh la naik MRT jer then turun stesen Stadium Kajang. Medan selera tu betul-betul depan stesen jer.
Seronok dak Akiff dengan Azif dapat naik train. Ni pengalaman pertama Azif naik train. Akiff dah pernah naik masa kecik dulu. Kitorang walaupun dok KL tapi bila sesekali dapat naik train terasa macam jenjalan kat tempat orang pulak. Hahaha…
Bagus la stesen MRT ni sebab ada pengadang untuk elak orang turun atau jatuh ke landasan. Tak macam stesen LRT atau Komuter tu. Nak lepaskan bebudak ni kat stesen tu tak risau sangat. Korang kalau pergi stesen MRT mohon alert tiles lantai yang colour hitam tu. Jangan berdiri dalam kawasan tu sebab situ laluan keluar masuk train, dan pastikan orang keluar dulu baru kite masuk.
Bebudak ni dah teruja tunggu train sampai. Tapi bila dah sampai si Azif tu tak nak masuk pulak sebab takut. Cisss…. Tapi kejap jer, dah masuk dalam train ok dah die. Tempoh menunggu train tak lama pun, 8 minit jer kalau tak silap aku. Kalau terlepas train pun takde hal. Hari tu aku sengaja bagi terlepas train sebab nak bergambar dulu kat stesen. Hahaha…
Apa yang aku perhatikan, stesen MRT kali ni mesra OKU. Kat stesen ada Lif pastu kat dalam train pun ade ruang untuk kerusi roda. Masa nak masuk dalam train tu si Azif nangis, takut agaknya. Pastu bila dah lama sikit baru die nak jenjalan dalam train tu.
Perkhidmatan MRT kali ni aku tengok memang mesra OKU. Dari parking hingga ke dalam train semua kemudahan khas disediakan. Ada lift disediakan dan dalam train pun ada ruang untuk mereka yang berkerusi roda.
Tapi kan, hari tu sengaja aku guna lift OKU ni untuk turun ke parking. Masa tu takde orang lain, dan aku guna pun sebab nak tahu servis diorang macam mana. Hehehe…
Masa nak balik sengaja aku pilih ruang paling depan dalam train sebab nak bagi bebudak ni tengok kat luar. Syok wooo… Bapak budak yang syok lebih sebenarnya. Hahaha…
Seronok bawak anak-anak jenjalan naik MRT tapi pengangkutan pilihan utama aku sekeluarga masih lagi berkereta sendiri sebab lebih selesa kemana-mana walaupun dalam jalan jammed sebab yang penting anak-anak selesa. Tak perlu bersesak dan beratur, nak mentido dalam kereta pun takda hal. Tapi sesekali kalau mood rajin datang dah tentu aku akan bawak diorang naik MRT lagi.
Haidar says
Sasaran kerajaan penggunaan MRT hanya sekadar 500000 pengguna dibimbangi tidak dapat menampung kos pembinaannya yang dikatakan termahal di dunia.
Justeru diharap warga kota akan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam sehingga ke tahap berjuta-juta orang.
IQ aka Izyan Balqis says
rumah sewa lama dulu memang seronok, stesen depan rumah, tapi dah pindah jauh plak dari kawasan MRT, tak dapat la nak cuba.
Suria Amanda says
Warga kota x kisah la siapa pun bila kerajaan dah sediakan kemudahan untuk memudahkan smeua jangan la cuba2 vandalisme..sayang la sikit kan…nak buat bukan sikit2 harga..belum 2 minggu sana- sini dah rosak…SA pilih MRT sebab mudah dan cepat sampai ke tempat kerja berbanding bawak kereta stress hari2 dalam jammed
Pencari Makan says
pergh… harap harga tidak terlampau mahal untuk memudah lebih ramai dapat merasai…
NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN says
Memang bagus untuk elakkan jem ni. Dah senang sekarang komuter, lrt, putra semuanya dah ada. Cuma nak gunakan saja. Harapnya kemudahan awam ni bertahan lama lah